Sarawak 2011: Penilaian Semula #3

April 20, 2011

Oleh: MSK

Apa yang dikatakan oleh Yong Teck Lee tentang PKR dalam Free Malaysia Today semalam memang tepat.

Sabah Progressive Party (SAPP) has blamed poor strategy by PKR for the failure of the Pakatan Rakyat coalition to deny Barisan Nasional (BN) a two-thirds majority in the Sarawak state election.

SAPP president Yong Teck Lee said PKR was too ambitious and instead of concentrating its resources on marginal areas, the party had spread itself too thin all over the vast state.

Mengapa PKR mahu bertanding begitu banyak kerusi? Kalau satu DUN memerlukan RM100,000…49 DUN sudah 4.9 juta ringgit?Dari mana depa duit untuk belanja pilihanraya? Sedangkan banyak daripada Cabang yang ditandingi oleh PKR tidak ada jentera pilihanraya. Yang ada cuma calon. Ini diakui sendiri oleh Baru Bian.

Tak ada sapa yang bertanya dan tak ada siapa yang ambil tahu. Yang orang lain ambil tahu dan bising ialah SNAP yang dikatakan ditaja oleh BN.

MZ (pengkomen) menyuruh pembaca membaca tulisan bobjot.0rg tentang SNAP. Banyak persoalan ditimbulkan oleh bobjot. Aku cuba jawab apa yang aku tau.

Apabila Zaid Ibrahim menarik diri dari PKR, dia tak duduk diam. Selain daripada menghidupkan kembali AKIM (dimana akhirnya menjadi KITA), Zaid juga membantu menghidupkan United Borneo Front yang diterajui oleh Jeffrey Kitingan. Di Sarawak, Jeffrey berhubung dengan ahli-ahli PKR yang fed-up dengan Azmin dan Anwar. Dan mereka-mereka ini menghidupkan kembali SNAP.

Anwar tau, SNAP lebih berpengaruh dari PKR. Tambahan pula, kebanyakan daripada calon PKR adalah dari SNAP, dan langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membenam SNAP.

Zaid Ibrahim menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden pada 8 November 2010. Menjadi Presiden AKIM pada 15 Disember dan mengubah perlembagaan AKIM menjadi KITA. Pada 16 Disember, Jeffrey menubuhkan UBF. Pada 16 Februari, MCLM menjalin kerjasama dengan SNAP. Pada 23 Februari 2011, UBF mengadakan pertemuan pertama dengan SNAP di Miri. Sebulan kemudian, pada 25 March, MCLM memutuskan hubungan dengan SNAP.

Mengapa MCLM lebih percaya kepada SNAP daripada PKR? Itu kena tanya Haris.

Dalam masa yang sama, Sarawakreport.org menjalin kerjasama dan membantu PKR untuk PRN Sarawak 2011. Steven Ng mengakui perkara ini. “I was asked if I wud be willing to help PKR prepare for the Swak elections“.

Steven juga menulis,” Fast forward to pre-Xmas 2010. A certain old guard politician from Sabah had approached tis party offering $$$. Guess who tis man is?”

Jawapanya ialah Jeffrey Kitingan. UBF ditubuhkan pada 16 Disember. Sepuluh hari sebelum Krismas. Dari mana Jeffrey dapat duit?

We looked into the funding source & discovered tat it was coming from a dodgy biznessman from Malaya. Same guy who used to fund Merchant Sq.

Who’s the guy who used to fund Merchant Square?

Bagi yang bukan ahli PKR, Merchant Square adalah Ibupejabat PKR. Dan siapa yang menanggung PKR? John Soh Chee Wen.

Soh Chee Wen adalah anggota Biro Politik PKR, tetapi apabila Zaid menentang Azmin, Soh Chee Wen memihak kepada Zaid. Dan ini menyebabkan Anwar marah. Maka timbullah cerita Zaid ditaja oleh John Soh, sedangkan selama ini, PKR ditanggung oleh John Soh. Malah bangunan yang diduduki oleh PKR itu juga milik John Soh.

John Soh membantu Jeffrey untuk memperkuatkan SNAP dan orang-orang yang menjalankan kerja-kerja ini ialah Datuk Salehuddin Hashim, Paul Kadang dan Jonson Chong. Siapa mereka ini?

Datuk Salehuddin: Bekas Setiausaha Agung PKR.

Paul Kadang: Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR.

Jonson Chong: Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR / Pengarah Komunikasi.

Dalam keseluruhan plot ini, tak ada satu pun nama pemimpin Umno atau BN yang keluar.Yang ada semuanya mereka yang tak puashati dengan PKR.

Salahkah John Soh membantu SNAP? Tak salahkah John Soh membantu PKR?

Anwar perlukan dana untuk PKR Sarawak dan orang harapannya sudah lari membantu SNAP. Akhirnya Anwar mencari seorang lagi jutawan dari BN, Sng Chee Hua. Anak Sng Chee Hua, Larry Sng,  adalah Timbalan Menteri dalam kabinet Taib. Dan Sng Chee Hua besetuju untuk membantu PKR dengan syarat dia mempunyai suara untuk menentukan sebahagian daripada calon PKR.

Calon Pelagus adalah calon proksi Sng Chee Hua. PKR meletakkan calon yang tak popular sebagai kambing hitam, manakala Calon yang lebih kuat adalah orang PKR sendiri. George anak Lagong adalah ahli PKR, tetapi disedekahkan kepada Sng Chee Hua dan akhirnya menang di Pelagus atas tiket Bebas. PKR sebenarnya ‘menjual’ Pelagus untuk mendapatkan dana.

Adakah ini perkara baru? Tidak.

Semasa PRU 2008, Dominique Ng menjadi Pengerusi PKR Negeri. PKR tak ada duit untuk menghadapi PRU. Salah satu cara untuk mendapat dana ialah dengan ‘menjual’ kerusi kepada BN dengan memberikan kemenangan tanpa bertanding. Ada tiga kerusi dimana BN menang tanpa bertanding pada PRU 2008. Tanjung Manis, Kapit dan Selangau. Cuba semak balik, bagaimana ianya boleh berlaku.

Urusan ‘menjual’ kerusi ini dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi PKR Sarawak  dan ‘urusan’ jual-beli diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PKR pada masa itu, Haji Baha (Calon PKR Tupong)  Masalah timbul apabila kerusi ‘terjual’ tapi duit tak dapat. Kemana hilangnya duit itu? Itulah yang menyebabkan mengapa PKR Sarawak terpecah kepada tiga atau empat kem.

Anwar tau, SNAP merupakan saingan kuat kepada PKR. Jangan kata orang-orang Iban tak tau politik. Pemimpin SNAP lebih dipercayaai daripada ‘katak-katak’ yang melompat dalam PKR. Dan Anwar menyedari hal ini. (Disini)

Untuk membenteras pengaruh SNAP, Anwar menggunakan taktik yang sentiasa digunakannya. Apabila Zaid dilihat lebih berpengaruh dari Azmin, Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa Zaid adalah Trojan Horse. Zaid ditaja oleh Umno. Dan ia berkesan.

Dengan SNAP juga, Anwar menggunakan taktik ini dengan mengatakan SNAP ditaja oleh Umno. Pihak yang mula-mula mendedahkan bahawa SNAP ditaja oleh Umno ialah Sarawakreport.org. Apabila sarawakreport.org yang ‘mendedahkan’ cerita ini, maka ia lebih berkesan. Dan apa hubungan Anwar dengan Sarawakreport.org?

SNAP lingkup. Tetapi apakah PKR mendapat faedah daripada kemusnahan SNAP?

Dua-dua lingkup.

PKR sepatutnya boleh menang di 18 kerusi. Dalam posting pagi semalam, aku tulis “DUN Krian bukanlah DUN favourite. Kalau ikut senarai DUN tumpuan, Krian jatuh nombor 18. dan kalau Krian boleh menang, DUN lain juga ada harapan untuk menang.

Disebelah tengahari pula, Yong Teck Lee bercakap perkara yang sama. “If the opposition had concentrated its resources on these 15 areas, then it could have won a formidable 28 or more (seats), thus denying BN its two-thirds majority.

Hari ini pula, Kit Siang mencadangkan DAP bercantum dengan SNAP!! Hello Kit! Bukankah SNAP parti Trojan Horse yang ditaja oleh Umno? (>DAP parliamentary leader and MP for Ipoh Timor Lim Kit Siang today proposed that DAP and the Sarawak National Party (SNAP) merge in time for the next general election in order to better serve the Iban-Dayak community.

He.he. Kit Siang knows better.

As Raja Petra wrote: “You can’t hope for the voters to vote for you merely because they hate a certain leader or a certain party. You have to get them to vote for you because they love you and/or trust you. It must be a unity of love, not a unity of hate.

Category: Dunia Blogger, Exclusive, Matsamankati, Realpolitik, Sarawak 2011 | RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.

9 Comments

  • syainad

    PAS hanya tanding 5 DUN termasuk 2 DUN yg PAS langsung takde cawangan…maksudnya PAS tanding sekadar mampu soal jentera, kewangan dll bukan mudah sebenarnya… patutnya PKR tanding kena ada kekuatan sendiri, bukan mengharap kekuatan pati lain (PAS, DAP).. apalagi mengharap kelemahan parti lawan (PBB@UMNO).. terima kasih artikel atas, kesimpulannya “ALLAH LEBIH TAHU APA YG ADA DLM HATI PERUT MANUSIA”

  • assassin

    Politicians yang pakai ‘software’ lama akan pupus menghadapi pengundi baru dengan ‘software’ baru dan mempunyai pengetahuan agama yang lebih mendalam. (kena lapik-lapik, mungkin ada yang terasa)

  • PAS sebenarnya tak mampu dari segi jentera dan dana untuk bertanding 5 kerusi. Tapi nak buat macamana, dah PRK pun tak mau kerusi tu, takkan nak bagi BN menang percuma. Lagi pun kawasan tu majoriti orang Islam. Takkan nak suruh DAP bertanding kat situ kot?

    PAS bertanding di Muara Tuang dan Tanjung Datu pun dengan target untuk tak hilang wang deposit dan PAS berjaya. Bonusnya, PAS berjaya bertapak di kedua-dua Dun tu dengan tubuhkan banyak cawangan yang mungkin PAS pun tak terfikir mampu sebelum ni.

  • mustapha

    Bagi PAS bertanding di 5 DUN ada Pro/Kontra, dari segi syiar islam PAS berjaya tapi dari segi politik PAS kalah disemua tempat. Tapi apakah kemenangan itu menentukan kejayaan…sebabnya PAS selalunya terkejut kalau menang dan setiasa COOL jer kalu kalah… so be prepared for next election…

  • chor

    Sebelum Jepun menyerang Malaya, mereka menghantar perisik yang menyamar sebagai penjual aiskrim bertebaran ke seluruh pelusuk negara mendapatkan maklumat untuk memastikan kejayaan menakluki Malaya.

    Apakah kemungkinan bertebaran “Penjual Aiskrim” ini dalam Parti2 PR untuk memastikan kejayaan kelangsungan hidup BN(UMNO)?

    Pasti!

    Aku tak nampak ‘line-up’ yang ada dalam Pakatan Rakyat sekarang dapat menumbangkan UMNO!

    Dalam ‘line-up’ pun ada yang dah jadi ‘Penjual Aiskrim’!

  • DAP Melayu

    Pilihanraya umum ke 13 nanti beri peluang kepada PAS bertanding di Parlimen Kuching dan Parlimen Miri…..gerenti PAS menang !

    Mahukan DAP beri laluan atas nama kerjasama dan persefahaman ? Saya ingin melihat PAS menang di kawasan majoriti pengundi Cina. UMNO dan PERKASA tidak lagi boleh menuduh pengundi Cina sebagai rasis !

  • mz

    msk,
    aku punya komen simple saje..

    aku tenagok,
    bertanding semua pon salah
    tak bertanding semua pon salah (pru2006, 3 kerusi diberi menang percuma)- pon kata jual.

    camnopon aku nak bgtau- perangai hang, RPK dan aku sama saje. tp itu dulu ler..masa terlampau idealisitk dan semua benda yg salah skit pon dikutuk tak hingat.
    tp bila dah tua2 ni dan difikirkan utk benda yg lebih besar termasuk dlm berstrategu, aku dah kurangkan mengutuk. bukan bermakna aku bersetuju dgn kelemahan tersebut tp aku fikirkan tak mau jadikan PR lemah dah last2 skali apco juga yg berjaya.. aku punya tumpuan sekrg hanyah hapuskan apco dulu, yg lain kita crite kemudian. ape2 yg boleh bg boleh tanggung dan kelebihan kepada apco hendaklah dielakkan..

    itulah strategy baru aku bila fikir masak2.. tumpukan pada sasaran utama dahulu.. yg lain settle kemudia.. namun lain org lain startegy.. sebab ada gak yg nak dua2.. last2 skali terelpas teruss…

    • admin

      MZ,
      Sama ada betul atau tidak 3 kerusi dijual pada PRU 2006, tanya Dominique dengan Haji Baha. ini bukan aku yang tuduh, tapi depa yang cerita.

      Aku dah lama diam. Benda ni bukan baru, tapi kalau diteruskan jugak…tak ada bezanya dengan Umno.

    • shamir

      Salam MZ,bagi aku apa juga kelemahan yg kita kutuk dulu bukan utk melemahkan parti tetapi lebih kepada check n balance,peringatan dan teguran bagi memperkuatkan dan memantapkan parti tersebut tetapi ada diambilkira oleh parti yg dikutuk?ada kah pemimpin2 parti yg dikutuk ini berubah?

      Aku kurang bersetuju kalau strateginya ‘hapuskan apco dulu dan yg lain kita cerita kemudian’.Alasan aku senang saja…aku tak mau ‘buang berok dan gantikan dengan monyet’.Tak ada bezanya sebab yang menderita tetap RAKYAT!!!

      Apa yang nak aku sarankan ialah,kita harus bertindak sebagai pendesak yang kuat agar parti yang menawarkan diri sebagai alternatif kepada perjuangan RAKYAT ini benar2 mau berbalik kepada RAKYAT dan benar2 mau mengubah senario politik tanahair kepada satu suasana yang cukup menjamin.Aku tak mengharapkan kesempurnaan tetapi pemimpin2 dan parti2 yang menawarkan diri untuk perjuangan RAKYAT ini harus ada kemahuan dan keinginan menjurus ke arah tersebut.

      Apa yang aku lihat sekarang ialah parti2 dan pemimpin2 yang kononnya ingin membela RAKYAT sebenarnya juga berorientasikan parti yang dibenci.Budaya,tindak-tanduk dan sepak terajang politik mereka tak berubah,yang berubah hanya lambang atau logo.RAKYAT masih digula-gulakan seperti dulu.Tidak ada satu pun program atau perancangan jangka masa panjang bagi membantu RAKYAT yang benar2 memerlukan.Maksud aku RAKYAT yang benar2 memerlukan ialah RAKYAT yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Anak2 tak ke sekolah kerana kekurangan dana.RAKYAT yang tak berkad pengenalan mengakibatkan segala bantuan dinafikan dll.

      Sebenarnya kita semua pejuang dan bukan ahli politik.Pejuang yang mempunyai matlamat dan alasan yang kuat untuk berjuang.

      Kalau ada yang tersalah atau tersilap,aku mohon maaf.

      wasalam…

Sponsors

Premium Wordpress Theme

Sponsors

kategori