Kisah disebalik bangunan PKR
Pada 9 April 2008, sebulan selepas PRU 2008, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan dalam Malaysiakini, PKR membeli bangunan 10 tingkat untuk dijadikan Ibupejabat PKR.
Apa yang menarik dalam kenyataan Azmin dalam Malaysiakini itu ialah, “parti itu telah menubuhkan urusetia parti itu, termasuk membeli sebuah bangunan baru 10 tingkat di Tropicana, Damansara.”
Bila bangunan itu sudah diduduki, aku tengok ia hanya 5 tingkat. Sebenarnya, PKR menggunakan dua lot 5 tingkat. Bila aku tanya Azmin, dimana bangunan 10 tingkat, dia kata dua lot kali 5 tingkat sama juga dengan 10 tingkat. Aku kalah, sebab dia pakar matematik…ijazah dari Amerika. Aku pulak setakat belajar mattermatic dari Pak Akop..Universiti Kg. Gerachi.
Bukan aku saja yang teruja..ramai juga yang teruja dengan ‘pembelian’ tersebut. Baca saja komen dalam blog Anwar Ibrahim.
Dalam bulan Februari 2011, baru aku tau. Ingatkan Tipah saja tertipu, rupa-rupanya Matsamankati pun kena tipu.
Sekitar bulan March, aku dah dapat tau Ibupejabat PKR bermasalah. Masa tu aku Tanya kat Firdaus Christopher, orang kanan Zaid Ibrahim, mengapa parti KITa tak ada Ibupejabat..sebaliknya menggunakan pejabat Zaid. Chris menjawab…. tunggu enam bulan. Lepas PKR keluar, KITA masuk.
Masa tu baru aku tau, rupanya bangunan itu milik John Soh Chee Wen. Dan PKR ‘menyewa’ bangunan tersebut tanpa membayar sewa. Mungkin dalam akaun saja ada tertulis keluar masuk tapi hakikatnya, PKR tak bayar kat John Soh.
John Soh adalah rakan karib Anwar. Selepas PRU 2008, John Soh menawarkan bangunan tersebut kepada PKR dan sebagai balasan, Anwar melantik John Soh kedalam Biro Politik PKR. Semuanya bagus pada masa itu, sehinggalah Pemilihan PKR 2010.
Semasa pemilihan, John Soh memihak kepada Zaid dan ini menyebabkan Anwar marah sebab Anwar mahu John Soh membantu Azmin. Bila John Soh memihak kepada Zaid, Azmin kekurangan dana untuk kempen Timbalan Presiden, lantas meminta pertolongan kroni Khir Toyo, iaitu Salim Khan, bos syarikat Gapurna.
Azmin dan Anwar menerima penajaan dari syarikat Umno, tetapi sebaliknya, Anwar dan Azmin mencanangkan bahawa Zaid adalah ejen Umno. Dan orang lebih percaya kepada Azmin dan Anwar bahawa Zaid adalah Trojan Horse dan ejen Umno, sedangkan merekalah sebenarnya ejen Umno.
Tanya Khalid Ibrahim, mengapa Khalid tidak berani mengambil tindakan terhadap kes PKNS dan Gapurna.
Dalam Sarawak 2011: Penilaian Semula #3. aku tulis tentang kronologi tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Zaid, John Soh dan Jeffrey Kitingan membantu SNAP di Sarawak. Anwar memintas pergerakan mereka bertiga ini dengan melabelkan SNAP sebagai ejen Umno dan mendapat dana dari Umno. Orang percaya cakap Anwar dan SNAP mendapat tamparan hebat apabila orang melabelkan mereka sebagai ejen Umno.
John Soh dan Jeffrey give-up dengan SNAP, kerana bukan mudah untuk melawan Anwar. Tetapi dalam masa yang sama, Anwar mencipta terlalu banyak musuh. Dan akhirnya John Soh menghalakan senapangnya kepada Anwar. John Soh bertekad untuk menentang Anwar.
Anwar kehilangan funder, lantas mencari ganti John Soh untuk kempen PKR di Sarawak dan dia meminta tolong dari Sng Chee Hua. Anak Sng chee Hua, Larry Sng digugurkan dari bertanding atas tiket BN. Sng Chee Hua meletakkan calon proksinya, George anak Lagong untuk bertanding di Pelagus. Anwar menghadiahkan George anak Lagong kerana ia merupakan tokoh Dayak.George Anak Lagong dipecat dari PKR kerana bertanding di Pelagus, tetapi itu hanya sandiwara.
Anwar mendapat penajaan dari jutawan BN Sarawak, tapi yang jadi ejen Umno ialah SNAP.
Dalam laporan Malaysiakini, Bendahari PKR, William Heng berkata bahawa ini bukan masalah PKR, sebaliknya masalah tuanpunya bangunan. Tetapi peliknya, William tak tau siapa pemilik bangunan, “I can’t remember lah, I’ll have to check and get back to you,” sedangkan dia adalah bendahari PKR. William berkata, PKR membayar sewa setiap bulan, tetapi lagi pelik, William tak tau berapa jumlah sewa yang dibayar. William berkata, “The rental average is RM2,000 per floor. So we pay about RM10,000 to RM20,000 a month,”. Fakap la.
William tak tau jumlah sebenar yang dibayar kerana PKR tak pernah bayar. Dan John Soh tidak mahu membayar kepada bank kerana mahukan PKR keluar dari bangunan tersebut. Salah satu cara ialah dengan membiarkan pihak bank melelong bangunan tersebut.
Apakah John Soh mempunyai masalah kewangan sehingga tak dapat nak bayar kepada bank? Come on la. Harga bidaan paling maksima 1 juta seunit. 10 unit baru 10 juta. Tunggu saja pada hari lelongan tersebut. Dan cuba perhatikan, siapakah yang akan membeli bangunan tersebut.
PKR nak pergi kemana? Kalau ikut kata William, mereka ada pilihan untuk mencari tempat lain atau terus menyewa disitu. Sebenarnya PKR sudah ada tempat lain iaitu di Shah Alam. Sudah ramai petugas-petugas PKR sudahpun membuat kerja-kerja dari sana. Tetapi bangunan tersebut adalah milik kerajaan negeri. Kalau lingkup dalam pilihanraya nanti, kena pindah lagi la.
Mengapa PKR terlalu banyak masalah? Kerana terlalu banyak musuh. Dan kalau diperhatikan kepada ‘musuh-musuh’ yang tercipta yang sekarang menentang PKR, kita akan dapati..ianya tidak dapat lari dari Azmin. Kerana terlalu sayangkan Azmin, Anwar mencipta terlalu ramai musuh.
Aku harap, Roziah Ismail dan Setiausaha Sulitnya, Zahariman, baca apa yang aku tulis ini, sebab aku dah bagi tau kat depa awal-awal…seawal bulan Januari, “If we can put you up…we can also bring you down.” Jangan sombong!!
Aku tau, akan ada yang akan komen mengutuk aku. “Hoi Matsaman, jangan buat fitnah la.”
Aku tau, kalau aku yang cakap…semua orang minta bukti, minta empat saksi..mungkin ada yang akan suruh aku buat sumpah laknat. Tapi kalau Anwar yang cakap…tak perlu empat saksi, tak perlu bawa bukti..sebab Anwar Utusan Tuhan. Apa cakap dia, tidak ada yang benar melainkan yang benar belaka.






12 Comments
Terbaek…bang Mat.
Baru aku tau kisah di balik Pejabat PKR.
Tapi mungkin tak semudah itu untuk KITA masuk bekas pejabat PKR.
Depa mungkin dah standby taktik lain..
KITA tunggu…
Aku dapat tau, KITA sudah pun mendapat tempat tidak jauh dari Tropicana.
aku dah pernah tulis, umno dan x umno 2×5.
Macam AIDS dgn Siflis. Dua2 disebabkan cara hidup songsang. Dua2 kalau nak sentuh kena lapik tangan kalau taknak berjangkit!
err.. pelapik tangan tu jangan lupa dibakar kasi mati kuman!
Dia orang ni lupa ke skrg ni bukan lagi zaman serupa dgn zaman masa anwar mula-mula masuk umno dulu. Segala info hanya dihujung jari. Kenapa ahli politik melayu ni bebal sangat… baik umno, pas atau pkr… sama je. Susah sangat ke nak berubah?
Betui Chor…..masa parti tu baru atau lemah macam parti KITA semua orang sokong dan sayang leee.Tapi bila dah parti tuuu besar dan kuat macam UMNO dan PAS dan PKR akan mula leee orang semua benci dan meluat……..dah Fitrah dunia..manusia semua tak kena di dunia ni sebab depa semua akan kena di Akhirat nanti…….hahahah
bila dah beso … dah ghase kuat
oghang kecik kecik yang bejuang betoi, dah kena duduk ditepi
oghang beso beso, yang baghu sampei, yang ambik alih…
makin ghamei oghang beso yang nyebeghang .. makin rancak le, pati yang makin membeso…
kumpulan asei, refomasi, abim, jim dan tah hape hape lagi …. ‘sila undur dighi, tugaih kome dah selesei, tenaga kome tidak diperlukan lagi’ …. sekaghang ni tugaih kume pulak … ‘bahagian kaut “ghanimah” ….
jangan tanya, apa kome dapat, tapi tanya ape kome patut bagi’……
dan lagi….
Jangan tanya ape kume bagi,tapi tanya, ape patut kume dapat… pasenye, kume ni pemimpin, layak menyelanak, menyamun, merogol hak, serta semelaginye dan sat nike jenih bobrok lagi …bukan senang jadi pemimpin, dan tak semua layak jadi pemimpin …. macam kome, mana mampu jadi pemimpin …. tugaih kome ikut aje ape yang kume kata …
tu pasenye bila pati dah beso, pemimpin pun beso kepala, oghang pun mola meluat….
itu ikut pikio teman ….
ate …. mengkome pikio kot mane pulak …
Macam cerita Si Luncai !
Penilaian yang tepat.
Azmin pakar 2 x 5 je? Patut la kalah kat Sarawak!
Dengan Azmin menjadi pengarah pilihanraya baru PKR, dah ternampak-nampak fenomena di Sarawak akan melanda PKR Semenanjung di PRU 13.
Frust pulak la Boomers yang telah dijanjikan Azmin jawatan Pengarah GLC, Ahli Majlis, Ketua Kampung. Dan yang paling frust ialah ketua cabang calon DUN PKR yang dijanjikan jawatan MB dalam pemilihan PKR tempohari!
Apa nak buat, panjang lagila umur UMNO nampaknya!
bila baca blog 9/5/08 tu macam yo yo oh je. rupanya hampes. sholat hajat dah berpuluh kali buat, tak nampak pun hasilnya. jika benarlah diorang tu maksum tentu nampak dah apa yang dihajatkn. tapi ALLAH MAHA KUASA, sikit demi sikit terpalit kepada dirinya. mari kita doa ramai2 semoga terbuka hati semua orang yang buta hati tu bertaubat.
Bravo Bang Mat..
Wahai Pemimpinku!! Ubah sebelum REBAH!!!!