Jurang Realiti 3
Trend politik sekarang pun sudah mengikut trend sistem pendidikan dan sistem ekonomi.
Kalau dulu, ibubapa, guru dan sekolah bergerak secara dinamik, sekarang mereka dikotak-kotakkan untuk memudahkan kapitalis mengaut keuntungan melalui sistem pendidikan. Keputusan peperiksaan bukan lgi terletak ditangan guru..tapi ditangan politikus. Kalu peratus yang lulus rendah, maka markah lulus pun diturunkan untuk membolehkan lebih ramai pelajar lulus dan seterusnya layak untuk melanjutkan pelajaran.
Peluang untuk masuk universiti dan kolej sekarang terbuka luas. Tak ada duit boleh pinjam PTPTN. Janji…pelajar mesti dikekalkan disekolah atau institusi pengajian tinggi. Lebih ramai pelajar di universiti, lebih banyak untung yang dikaut. Emak bapak cari duit tengah mati..mampuih pi la. Lagi pun, emak bapak mana yang tak suka anak depa masuk universiti?
Guru-guru hanya makan gaji dan menurut perintah. Siapa yang kreatif dan cuba untuk melakukan sesuatu diluar kurikulum.. kena tukar. Sapa yang menurut saja perintah…selamat. Sapa yang bodek..lagi bagus..boleh naik cepat.
Dalam proses pengkotakan ini, ibubapa tak tau apa yang guru buat disekolah. guru tak tau apa yang kementerian buat. Kementerian pulak hanya ikut cakap Menteri. Hancur la.
Dalam ekonomi juga macam tu. Kalau dulu, ada banyak pengilang beras dan mewujudkan persaingan. Hasilnya..beras masih murah. Tapi bila BERNAS mengambil alih, maka petani pun tak tau apa yang BERNAS buat. Bila BERNAS impot beras dari Thailand, Vietnam atau China…pun petani tak tau. Pengguna pun tak peduli kalau BERNAS ambil padi dengan harga yang murah tapi dijual dengan harga yang tinggi.
Serupa juga dengan gula. Pasai apa sebelum monopoli gula oleh FELDA dulu harga gula boleh dikawal pada paras yang rendah. tapi bila FELDA memonopoli bisnis gula..tiba-tiba harga gula naik melambung? Sebab kita tak tau apa yang FELDA buat
Sekarang…politik sudah mencontohi pengkotakan sistem pendidikan dan ekonomi.
Kalau dulu nak jumpa wakil rakyat cukup senang. Tak ada pun Pusat Khidmat Masyarakat. boleh jumpa wakil rakyat kat kedai kopi. Tapi sekarang nak jumpa wakil rakyat cukup susah. Dah buat appoinment pun boleh kensel. Pusat Khidmat Masyarakat cukup banyak…tapi aku pun tak tau apa yang depa buat. Orang pi mengadu, depa tulis…lepas tu, diam.
Dulu…pemimpin, rakyat dan parti saling memerlukan. Dan memang Umno masa tu bagus. Tu pasai Pas dan DAP tak boleh nak hidup. Bila aku kata Umno…aku maksudkan Umno yang dulu…tapi Umno yang dulu sudah diharamkan. Yang ada sekarang Umno lain.
Bukan la baik sangat pun. Tahun 70an pun dah ada skandal. Masa tu dah ada skandal TLDM sebanyak 54juta yang membabitkan Ketua Turus Tentera Laut, Datuk K. Thanabalasingam. Ada juga 77 juta skandal F-5E yang membabitkan Datuk Sulaiman Sujak. Tapi pasai masa tu tak ada internet..orang kampung tak tau.
Dari situ depa belajar macam mana nak menipu. Yang penting..jangan sampai rakyat tau apa yang depa songlap. Maka dicipta pelbagai undang-undang yang menghalang maklumat dari bocor. Akhirnya…rakyat hanya diminta mengundi. Lepas undi..mampuih pi kat hangpa. Itu perangai Umno.
Yang jadi masalah, Pakatan pun dah ikut macam tu.
Sebelum mengundi depa cakap Ketuanan Rakyat dimana rakyat jadi Tuan. Tapi bila lepas mengundi…hilang semua slogan.
Politik sekarang sudah diperkotakkan. Tak kira la belah mana pun.
Politik mengasingkan rakyat dengan parti. Orang Umno dengan orang Umno saja. Orang PKR dengan orang PKR saja. Orang Pas dengan orang Pas saja. Rakyat yang tidak berparti tak tau apa yang orang parti buat sebab depa berada diluar kotak. Yang lebih teruk bila parti pun tak tau apa yang pemimpin parti buat. Sehinggakan bila sesuatu berlaku…ianya mengikut kapasiti. Contohnya bila Hasan Ali berbuat sesuatu, Khalid Samad kata…itu pandangan peribadi Hasan Ali. Sedangkan Hasan Ali itu EXCO dari PAS.
Kalau dulu..pemimpin bersama parti..tapi sekarang…pemimpin bersama pemimpin saja. Kita cuma nampak pemimpin parti bertekak dalam Dewan…tapi diluar depa berdakap. Projek-projek dibawah Hasan Ali pun bukan orang Pas yang dapat…kebanyakannya dapat kat orang Umno sebab orang Pas cuma pandai ceramah dan bentang tikar saja.
Kalau tak percaya lagi…cuba tengok sapa yang kaut semua projek dibawah Rodziah Ismail. Semua orang JIM. Orang PKR tak reti buat kerja.
Pemimpin dengan parti juga terpisah…apatah lagi dengan rakyat. Kadang-kadang nak salam dengan pemimpin masa ceramah pun tak boleh…banyak sangat bodyguard.
Apa yang terjadi bila pemimpin, parti dan rakyat terpisah?
Inilah yang berlaku bila ada pemimpin yang kata…"kita boleh menang 2/3". "Kita boleh tawan Putrajaya". Sebabnya depa hanya mendengar cerita lunak-lunak dari orang-orang disekeliling depa. Depa tak tau apa yang berlaku dibawah. Politik juga telah diperkotakkan.
Parti juga hanya dihidupkan dengan empat lima kerat geng-geng Boomers yang sepatutnya dah bersara dari politik. Dan orang-orang ini pulak tak bergaul dengan masyarakat. cuma nampak bila ada ceramah…bila Anwar datang, baru nampak muka. Ataupun bila Wan Azizah datang…depa duduk depan.
Pilihanraya nak datang lagi. apa peranan rakyat? Hanya mengundi? Apakah depa tak ada hak untuk menentukan sapa jadi calon? apakah Calon itu hak parti saja dan rakyat hanya perlu pangkah? Ataupun Calon itu milik pemimpin tertinggi saja…ahli parti pun tak ada hak?
Kalau tengok trend begitu la. Sekarang ni aku dah nampak bakal-bakal calon yang bakal bertanding. Sebab depa dah mula tunjuk muka. Tapi yang aku heran depa ni mai dari mana?Ada sorang tu dari Kuala Lumpur..tiba-tiba timbul kat Sungai Siput. Orang Sungai Siput pun tak kenai dia…dia boleh mengaku dia bakal Calon di Sungai Siput!!
Pilihanraya nak datang lagi. Apa peranan rakyat dalam pilihanraya ini? Apakah rakyat ada hak untuk memilih siapa calon yang depa suka? ataupun hak itu hanya untuk parti? Atau mungkin ahli parti juga tak ada hak…sebaliknya hak itu milik beberapa kerat pemimpin yang diatas?
Ini yang sedang berlaku. Hak rakyat hanya untuk mengundi. Hak parti hanya untuk buat kerja. Hak menjadi pemimpin ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin diatas.
Ini bukan tahun 70an. bukan juga tahun 2008. Tapi pilihanraya ini akan menjadi satu medan ujian untuk menetapkan piawaian. Sebelum ini, piawaian untuk menjadi pemimpin ditetapkan oleh pemimpin parti. Kalau pemimpin parti meluluskanya…maka lulus lah seseorang itu untuk menjadi pemimpin.
Tapi ini tidak akan berlaku dalam pilihanraya akan datang. Seseorang itu perlu lulus piawaian musuh. Kemudian kena lulus piawaian kawan. Seterusnya perlu lulus piawaian rakyat…baru lah seseorang itu layak menjadi pemimpin. Kalau setakat nak jadi calon dengan membodek pemimpin atasan…gagal.
Mereka yang sedang dibuai mimpi untuk menjadi calon dalam pilihanraya ini perlu faham tentang realiti masa kini. Setiap calon akan ditelanjangkan dan diperiksa apakah ada parut-parut Danok atau Betong. Dan yang akan menelanjangkan calon-calon itu buka saja dari musuh..tapi dari kawan sendiri.
Selalunya..hanya kawan rapat yang tau rahsia kita. Dan kawan rapat inilah juga yang akan menelanjangkan sesorang itu.








3 Comments
Bab duit dgn bu**t suma 2×5.
Tolong jengok kat sini untuk bantuan famili tahanan ISA http://tomatosusu.blogspot.com/2010/08/rayuan-derma-ramadhan-untuk-famili.html
aku perasan berkenaan dengan pendapat saudara mengenai segelintir “boomers” yang hanya muncul bila adanya pemimpin tertinggi.ah…bagi aku mereka ini langsung tak perlu dah…mungkin pengaruh mereka besar tapi mereka bukanlah yang akan merasa kehidupan ini untuk 30-50 tahun lagi.yang akan merasa dan berada dalam lingkungan kehidupan itu adalah aku dan gen-gen y yang lain serta golongan gen-gen x seperti saudara. dan mengenai calon bertanding.buat apa nak menyibuk menjadi wakil calon wakil rakyat sesuatu tempat kalau bukan orang asal kawasan tersebut?berapa kerat sangat masalah yang dia tahu.aku memang setuju.masalah ini perlu diatasi oleh PR. malah…buat apa nak simpan bodyguard sehingga menyusahkan rakyat nak berjumpa.kalau tidak apalah guna dari awal namanya digelar wakil rakyat/pemimpin.wakil rakyat/pemimpin ini umpama ketua kampung.cuma dalam skala yang lebih besar.asas nya tetap lah sama.
“Ada sorang tu dari Kuala Lumpur..tiba-tiba timbul kat Sungai Siput. Orang Sungai Siput pun tak kenai dia…dia boleh mengaku dia bakal Calon di Sungai Siput!!”
Ghasa macam kenai… kalau betoi dia pun peghenah ngaku kat aku 6 bulan lepas…