Merapat Jurang Realiti 2

August 16, 2011

Oleh: MSK

Perubahan politik yang berlaku dikebanyakan negara-negara diseluruh dunia bukan digerakkan oleh parti-parti politik tetapi kerana kemarahan rakyat terhadap pemerintah.

Revolusi Iran berlaku kerana rakyat Iran marah kepada Shah Iran…bukan kerana gerakan yang dilakukan oleh Ayatollah Khomeini. Khomeini berada dalam buangan di Perancis dan mempunyai sedikit hubungan dengan rakyat Iran. Apabila Shah Iran tumbang, baru muncul Khomeini dan dia menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat seterusnya. Khomeni bijak kerana dia turun sebelum diturunkan dan menjadi negarawan ulung.

Begitu juga di Afrika Selatan. Mandela berada didalam penjara dan dibebaskan apabila rejim kulit putih sudah tidak ada pilihan lain untuk mengekang kebangkitan rakyat Afrika Selatan. Mandela menjadi hero dan berjaya menyatukan puak-puak yang bertentangan di Afrika Selatan. Mandela juga bijak kerana berundur sebelum diundurkan.

Yang terbaru, kebangkitan rakyat di Timur tengah bukan digerakkan oleh parti politik. Di Mesir ianya digerakkan oleh Ikhwanul Muslimin. Selepas Hoesni Mubarak berundur, Ikhwanul Muslim tidak mahu mengambil tampuk pemerintahan kerana mereka hanya mahukan perubahan..bukan untuk merampas kuasa.

Di Malaysia…ramai yang berkata bahawa apa yang berlaku di Mesir, Afrika selatan atau Indinesia itu tidak akan berlaku disini kerana suasananya berbeza. Sebenarnya, Hoesni Mubarak, Shah Iran dan P.W Botha juga bercakap perkara yang serupa sebelum mereka digulingkan.

Walaubagaimanapun, aku bersetuju kalau dikatakan apa yang berlaku di negara lain itu tidak akan berlaku di Malaysia seperti mesin fotostat. Sebab-sebab kebangkitan rakyat di Iran, di Afrika selatan dan di Mesir itu mungkin tidak berlaku di Malaysia, tetapi mempunyai sebab-sebab yang lain. Tetapi perubahan itu tetap akan berlaku.

Perubahan di Malaysia lambat berlaku kerana tidak ada pertubuhan bukan kerajaan yang kuat seperti Ikhwanul Muslimin ataupun Hamas. Dan kita tidak mempunyai hero seperti Che Guevara, Mandela ataupun Ayatollah Khomeini.

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah lama mahukan perubahan. Tetapi setiap kali momentum perubahan itu mula melonjak, ianya dimatikan oleh parti politik yang menjerit mahukan perubahan. Memang ironis politik Malaysia.

 Perubahan awal berlaku pada tahun 1998 apabila berlakunya reformasi. Apakah reformasi itu berlaku kerana rakyat sayangkan Anwar? Tidak. Reformasi itu berlaku kerana rakyat marahkan Mahathir. Apa yang berlaku kepada Anwar hanyalah percikan yang menyebabkan kebakaran.

Selepas pilihanraya 1999, reformasi mati kerana ianya dirampas oleh Keadilan. Reformasi menjadi milik Keadilan…bukan milik rakyat. Apakah semua reformis itu menyertai Keadilan? Tidak. Malah lebih ramai reformis yang menyertai Pas dari menyertai Keadilan.

Reformasi 1998 berjaya membuat sedikit perubahan dimana Pas menambah satu lagi negeri yang dikuasainya di Terengganu. Tapi Pas juga merampas reformasi dengan mengatakan bahawa rakyat sudah menerima perjuangan Pas yang mahu menubuhkan Negara Islam.. Silap besar!!

Menjelang 2008, satu lagi kebangkitan rakyat berlaku. Rakyat bangkit kerana tidak berpuashati dengan BN. Dan pada masa itu..rakyat tak kira sama ada Pas, PKR, DAP, PSM, atau apa saja parti yang bertanding…semuanya disokong asalkan bukan BN.

Sekarang..kemana saja kita pergi, pemimpin Pakatan Rakyat akan mendabik dada bahawa kejayaan itu adalah kerana rakyat sudah menerima prinsip-prinsip dan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Hello brader!! Tahun 2008…Pakatan Rakyat pun belum wujud. Malah sehingga sekarang pun…apakah dasar-dasar Pakatan Rakyat? Apakah perubahan-perubahan yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat?

Semasa PRU 2008 dulu, salah satu ayat kempen yang digunakan ialah “BN umpama kereta buruk yang tak boleh diperbaiki lagi. Kita tukar saja.”

Selepas 3 tahun…apakah yang dikatakan sebagai kereta baru?

Ambil contoh di Kedah…apakah pembaharuan yang dibuat? Kerajaan Kedah masih juga meneruskan dasar-dasar yang dibuat oleh Umno. Malah Akta Kolej dan Universiti yang dicanangkan akan dihapuskan oleh Pakatan Rakyat kalau memerintah…digunakan oleh Kerajaan Kedah untuk membenteras demo yang dibuat oleh pelajar-pelajar disana.

Yang berubah hanya parti yang memerintah. Yang kita mahukan ialah perubahan system…bukan hanya perubahan parti.

Aku boleh faham mengapa Mat Sabu sedikit kecewa. Dalam satu ceramah…Mat Sabu mencadangkan supaya Najib ditahan dibawah ISA kalau Pakatan memerintah. Dan semua hadirin setuju..siap dengan takbir.

Ini kerja gila. Kita mahu sesuatu itu diubah kerana ia mencengkam kita. Tapi kalau perkara yang sama digunakan untuk kita mencengkam orang lain…kita setuju. Ini hipokrit.

Perubahan bukan lah seperti kempen makan durian atau kempen hapuskan aedes. Habis kempen, kita buat kerja seperti biasa. Apa yang sudah kita buat ialah membuat sesuatu yang lebih baik dari orang lain. Dalam masa 100 hari, kita buat macam-macam untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik dari BN. Kita tunjuk kepada rakyat bahawa kita jimat duit negeri lebih banyak dari BN.

Itu bukan perubahan tetapi memperbaiki keadaan. Sama juga macam repair kereta buruk. Kita mahu kereta baru.

Kalau BN dulu pakai enjin 16 valve…kita kena pakai enjin hybrid. Tapi kalau kita masih lagi ambik Toyota KE20 dan modify…memang la kita jimat duit, tapi itu bukan perubahan.

Kepimpinan Pakatan Rakyat gagal menerajui perubahan kerana terputus hubungan dengan realiti. Sama macam Matsamankati yang nak jadi Umar Ibn Aziz, tapi dia sendiri tak tau apakah keperluan orang yang hendak ditolongnya. Matsamankati hanya cuba melakukan pembaharuan…bukan perubahan. Kalau dulu orang susah kena naik bas pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat minta beras, Matsamankati cuba menghantarnya sendiri. Matsamankati tak buat perubahan…dia hanya membuat penambahbaikan. Itu pun dia gagal sebab dia tak tau tentang keperluan.

Tapi kalau penambahbaikan pun pemimpin Pakatan tak mampu nak buat…nak buat perubahan macam mana? Dan aku pun tak boleh nak salahkan pemimpin Pakatan saja sebab depa pun kena ikut cakap penyokong. Nanti kalau penyokong tak undi…lagi teruk.

Kita kena hadapi realiti. Perubahan perlu berlaku dari rakyat itu sendiri…bukan pemimpin politik. Pemimpin politik hanya akan muncul apabila perubahan itu sudah menampakkan kejayaan. Satu frasa yang aku pinjam dari Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS..”Penumpang Reformasi”.

Aku bukan pakar strategi politik. Aku tak pernah pun ambik sains politik. Yang aku ambik ialah sains pemakanan. Apa yang boleh aku cerita ialah pengalaman dan pembelajaran selepas pendidikan formal. Sekolah dan university tidak mengajar realiti.

Kejatuhan pemimpin politik yang korup hampir sama dimana saja. Mereka menang besar dalam pilihanraya, tetapi tersungkur selepas itu.

 Sekarang ini aku cukup seronok mengambil contoh Bangladesh sebab Malaysia sudah setaraf dengan Bangladesh. Malah rakyat Bangladesh juga sudah ramai yang jadi pengundi Malaysia.

Nak lawan SPR tu satu hal..tapi dalam masa yang sama…mengapa tidak kita gunakan pengalaman rakyat Bangladesh ini yang telah berjaya menjatuhkan Presiden Husain Mohd Ershad? Tidak pernah kita dengar tentang “People’s Power di Bangladesh. Tak pernah kita dengar “Reformasi” di Bangladesh. Tapi macam mana Ershad boleh tumbang?

Adakah Ershad tumbang kerana karisma Sheikh Hasina Wajid? Bullshit. Sheikh Hasina Wajid hanyalah penumpang Reformasi manakala orang yang menggerakkan perubahan ialah Mohamed Yunus. Malah Anwar sendiri menghantar team untuk belajar dari Mohamed Yunus dan membantu memperkukuhkan Umno. Sehingga sekarang benteng yang dibuat oleh Anwar untuk Umno itu masih tidak dimampu dipecahkan.

Ironis kan?

Category: Dunia Blogger, Matsamankati, Realpolitik | RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.

7 Comments

  • Cik Siti

    Bila sebut fasal perubahan dan penambahbaikan… saya betul2 setuju dengan tulisan saudara… Saya berasal dari Baling, Kedah. BN n PAS bergilir menang di situ pada setiap pilihanraya. tp Baling masih ditakuk yg sama, dan keruntuhan akhlak remaja kian meningkat. mmg disitu tiada tempat yg boleh bersosial, tp makin meningkat jumlah anak luar nikah. Saya juga tak tahu apa yang ADUN buat di situ. Yang saya nampak ialah banner2 ucapan selamat berpuasa dan selamat hari raya.

    • jangan kita fikirkan apayg orang lain buat kebaikan untuk untuk kita.. Tetapi kita fikirkan apa kebaikan yg kita buat untuk diri sendiri dan juga orang lain.. Fikirkanlah wahai Cik siti..

      • Mudim

        Fikir memang boleh fikir tapi jika setakat fikir saja habok pun takde. Bila nak buat kena ada penyokong. Jika tidak tinggallah dok sorang asyik befikir saja. Tindakan NATO.

  • fiqrirullah

    well said saudara.
    politik kita di malaysia ini bukannya sakit tapi cedera.
    kalau sakit masih boleh ditahan dan masih mampu bekerja.
    tapi bila cedera. sikit kerja pun tidak guna di buat kerana akan menyebabkan kepincangan.
    andai semua pemimpin yang kita ada ini sedar.

    • Mudim

      Well saudara Fiqrirullah.
      Sebenarnya ramai pemimpin kat Malaysia ni dah tempang. Tempang pemikiran dan tempang tindakan. So kita rakyat ni nak buat pembaharuan ke atau nak buat perubahan?

  • albangsari

    Assalaamualaikum,
    Mohamed Yunos pengasas Bank Grameen dan pemenang hadiah Nobel tu ke? Apa yang beliau lakukan? Menarik untuk diketahui.

  • Tahun 2007 ade orang kuat UMNO bekas Bendahari Bahagian Jerlun masuk PKR sebab kecewa Pak Lah tak bagi projek seperti yang dijanjikan.

    Kata nya atas pujukan DSAI untuk membantu PKR Kedah. Mula2 depa kumpul ahli-ahli termasuk Pakida , lepastu buat mesyuarat Penaja Bahagian di hotel, Depa tak tau Bahagian dah ujud ada Jawatankuasa 2006-2007 tapi pejabat kat rumah. Depa nie main Redas je sebab arahan Pusat yang tak ngam dengan pengerusi Negeri masatu.

    Masa pemilihan 2007-2010 atas kesepakatan dengan jawatankuasa lama terbentuk jawatankuasa Bahagian baru. Lepas mesyuarat habis tempikan selogan keramat …REFORMASI..3X Ketua bahagian baru kata apa…ini bukan zaman reformasi..rupanya dia masih marah selogan tu…..ha…ha,, Lanie dia jadi PMPN Kedah…

Sponsors

Premium Wordpress Theme

Sponsors

kategori