Ramadan Special
Oleh: MSK
Hari Sabtu…aku tunggu anak angkat aku dari Jepun. Sapa yang mengikuti tulisan aku sejak dari Ureka.asia dulu, tentu pernah dengar nama Makiko.
Makiko baru berumur duapuluhan. Dulu dia bekerja sebagai System Engineer di Tokyo, tapi sejak tahun 2006, dia berhenti kerja setelah mendapat tahu dia mengidap kanser. Doktor memberitahunya, bahawa dia tidak mungkin mencapai usia 30. Sejak itu, Makiko melakukan kerja-kerja amal dan cuba mendapat rakan dan keluarga seberapa ramai mungkin.
Tahun 2008, aku mula mengenalinya dan dia menganggap aku sebagai keluarganya. Kali ini adalah kali ketiga dia datang ke rumah aku. Itupun secara tiba-tiba. Hari Khamis aku dapat mesej, hari Sabtu dia dah sampai.
Makiko mahu merasai hikmah Ramadan dan keseronokan AidilFitri. Dia nak tau macam mana rasanya berpuasa dan berhari raya.
Pukul 11 malam, Makiko sampai dengan bas Transnasional dari KL. Dia tak makan malam lagi dan mengadu kat aku dia lapar. Dan dia nak makan makanan Melayu. Kat mana aku nak cari makanan Melayu kat Kuala tengah-tengah malam ni?
Puas melilau..aku singgah di Simpang Lawin. Yang ada hanyalah masakan Thai. Aku order nasi Padprik..dia makan nasi Pattaya.
“Pasai apa tak ada makanan Melayu?” dia tanya.
Aku tak tau nak jawab. Apa yang dia cakap memang betul. Semua restoran yang buka waktu malam tak jual makanan Melayu. Yang ada makanan Thai, Cina, Western, Mamak. Aku pun tak tau…apakah makanan Melayu yang biasa dimakan waktu tengahmalam.
“Sebenarnya…orang Melayu tak makan waktu malam. Selalunya depa makan malam sekitar pukul 8-9. Lepas tu depa tidur. Tu pasal dalam istilah Melayu tak ada “supper”.Yang ada cuma makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.”
“Ooooooo. Tapi pasal apa restoran ni penuh dengan orang Melayu?” dia tanya balik. “Dan semua makan masakan Siam?”
“Makan saja lah!!” aku jawab.
Dia balun cukup-cukup nasi Pattaya. “Sedap!!” katanya. Dah lapar memang la semua sedap.
Sampai dirumah dekat pukul 1 pagi. Lepas cuci badan..dia masuk tidur. “Bila kita mula puasa?” dia tanya isteri aku.
“Esok…kita puasa waktu siang.” Isteri aku jawab. Dia pun masuk tidur.
Pukul 4.45 pagi, isteri aku dah mula keriau. “Bangun!!…bangun!!!…makan sahur!”
Aku macam biasa la..kalau boleh dah dekat waktu Imsak baru nak makan. Makiko terkejut bila dikejutkan untuk bangun makan sahur.
“What?? Makan lagi?” dia tanya.
“Ya…kalau tidak nanti..tak larat nak puasa.” Bini aku bagi tau.
“Tapi…saya baru makan tak sampai 4 jam yang lalu. Perut pun masih penuh.” Dia jawab.
“Kalau tak mau makan…minum saja pun cukup la.” Bini aku jawab.
Makiko pun bangun..kesat taik mata…berkumur dan duduk kat meja makan.
“Mengapa orang Islam berpuasa?” dia tanya.
Tang bab ni..aku kurang minat nak jawab.
“Pertama…sebab wajib. Puasa adalah rukun Islam…sapa yang tak puasa, tak sempurna Islam nya. Kedua, supaya kita boleh merasai kesusahan orang lain yang tak ada benda yang nak dimakan.” Jawab bini aku.
“Tapi..orang susah tak bangun pagi-pagi macam ni untuk makan! Kadang-kadang…depa tak tau entah bila depa akan dapat makan.” Makiko balas balik.
“Makan saja la.” Aku jawab. Makiko tak makan..perut dia masih kenyang.
Sambil makan sambil bersembang. Tak sedar dah pukul 5.30 pagi.
“Cepat-cepat makan.” Kata bini aku. “Lagi 15 minit lagi waktu Imsak. “
“Imsak tu apa dia?” Makiko tanya.
“Waktu terakhir kita boleh makan. Lepas Imsak tak boleh makan dah. Kalau makan batal puasa. Tak dapat pahala…sebaliknya dapat dosa sebab tak puasa.” Aku jawab.
“Pahala tu apa dia?” dia tanya balik. Teruk la aku.
“Pahala itu ialah balasan kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. Puasa juga adalah satu kebaikan.” Aku jawab.
“Kalau macam tu…orang miskin yang tak ada barang makan tentu dapat lebih banyak pahala kan?” dia tanya balik.
Aku garu kepala.
“Dah baca niat ke belum?” bini aku tanya.
Fuh!!! Lagi lima minit waktu Imsak…kena baca cepat-cepat.
“Nawatu saumaghadin an aadha i fardu shahrir ramadana hazihissanati lillahi taala.” Dekat nak tergeliat Makiko belajar niat puasa.
“Kena cakap bahasa Arab?” dia tanya.
“Boleh cakap Melayu…” aku kata. “ Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadan tahun ini, kerana Allah Taala.”
“Kita nak puasa hari ini atau esok?” dia tanya lagi.
“Esok la.” Aku bagi tau.
“Hari Isnin?”
“No..hari Ahad. Esok hari Ahad.” Aku cakap.
“Tapi sekarang sudah pukul 5.45 pagi hari Ahad. “ Makiko balas balik.
“Orang islam ikut calendar lunar. Hari baru bermula selepas Maghrib dan dimulai dengan waktu malam. Siang bermula selepas Fajar dan berakhir waktu Maghrib” Aku jawab.
“Kalau macam tu, niat puasa kena baca sebelum waktu Maghrib la?” Makiko tanya lagi.
“Tak boleh…kalau baca niat waktu siang…batal puasa.” Aku jawab.
Makiko menggeleng kepala. Aku pun garu kepala. Selama ini tak ada sapa tanya benda ni..dan aku tau…jawapan yang aku bagi tu pun banyak bercanggah. Tak apa la…nanti aku tanya Ustaz.
Lepas sahur…Makiko masuk tidur balik. Dia tidur sampai tengahari. Aku pun faham..jauh dari Tokyo Ke Kuala Kangsar.
Pukul 12.30 tengahari Makiko bangun. Lepas mandi, dia terus kemeja makan dan minum air mineral.
“Wooit!! Tak puasa ka?” anak aku jerit.
“Cupp…cuppp!! Terlupa.” Kata dia.
“Makcik buat apa?” dia tanya bini aku yang tengah dok sosek-sosek kat dapur.
“Nak masak la…untuk berbuka puasa nanti.” Jawab bini aku.
"Pukul berapa nak buka puasa?" dia tanya.
“Pukul 7.30.”
“Mengapa sekarang dah start masak?” Makiko tanya lagi.
“Wooiii…bukan senang nak masak beriani. Nak masak kurma kambing lagi. Nak masak dalca lagi.” Kata bini aku.
Makiko macam tak percaya. Aku faham apa yang ada dalam kepala dia. Orang susah tak ada peluang nak masak beriani, kurma kambing dan dalca.
Makiko menghabiskan masa dengan melayari internet…bukak Facebook. Aku nampak dia tulis dalam Facebook dia..”Today is my first day fasting in Malaysia.”
Pukul 4.00 petang, aku ajak dia keluar.” Makiko!..jom pi Bazar Ramadan.”
“Bazar Ramadan tu apa dia?” Makiko tanya.
“Tempat orang jual kuih-kuih Melayu…masakan Melayu.” Aku jawab.
“Bukan kah ini bulan puasa…siapa yang nak makan?” dia tanya lagi.
“Kita beli untuk nak buka puasa nanti.” Aku jawab.
“Tapi kan Mak cik dah masak nasi beriani?” dia jawab balik.
“Kalau nak tengok kuih-kuih la. Kalau bukan bulan puasa…susah nak cari.” Aku kata.
Berkerut kening Makiko. “Bukan bulan puasa tak ada makanan…bulan puasa banyak makanan?”
Aku rasa macam nak jentik je budak Jepun ni.
Walaumacamanapun, dia ikut jugak…nak rasa macam mana rupa Bazar Ramadan.
Pukul 4.30aku kat Lenggong. Kalau tengok gerai menjual makanan…lebih hebat dari pasar malam. Aku pun beli la kuih-kuih yang susah nak dapat. Lepas tu aku terus Kekuala Kangsar. Nak merasa suasana Bazar Ramadan.
“Whoa!! Penuh satu stadium dengan makanan?” tanya Makiko. Memang penuh Arena Square Kuala dengan barang makan. “Siapa yang nak makan ni?”
“Orang yang puasa la.” Aku jawab.
Makiko tak beli kuih dah. Dia kira gerai. Sekerat jalan dia berhenti. “Ada lebih kurang 50 gerai. Kalau satu gerai jual makanan bernilai RM500.00, satu hari orang Kuala Kangsar makan makanan bernilai RM25,000.00. Wow!!”
Pukul 7.15 aku sampai rumah. Ngam-ngam untuk waktu berbuka. Sampai dirumah bini aku dah siap dengan hidangan untuk berbuka. Anak aku tambah lagi dengan sate dan cakui. Kurma Yusoff Taiyoob yang bertangkai pun sepinggan. Cendoi satu jag. Penuh satu meja.
Kami duduk mengelilingi meja sambil menunggu bunyi siren dari Balai Polis Sauk.
Sebaik saja bunyi siren..masing-masing baca doa.
“Allahhumma lakasumtu, wabika amantu, waalarizkika aftartu, birahmatika Ya arhamarrahimin.”
“Apa maknanya?” tanya Makiko.
“Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.”
“You don’t pray for the poor?” Makiko tanya aku.
“Don’t worry…God will take care of them.” Aku jawab.
Makiko tak larat nak makan. Dia cuma tengok saja makanan yang ada diatas meja. Dia termenung…dan aku perhatikan airmatanya menitis.
“Pasal apa?” aku tanya.
“There are almost 1 billion hungry people in the world starving for food. And here I am..pretending to understand their sufferings…and yet having more than I can eat.”






15 Comments
Ish… awat tak habaq awai-awai…. hehehehe
terbaik!
bro …
makiko … lebeh hebat dari tok guru …
baghu tak sampei satu haghi di ghomah mika …
macam macam tazkirah yang mika dapat …
tazkirah percuma secara praktikal nye ….
tazkirah kepentingan puasa, adab adab puasa serta semelagi nye berkaitan puasa, termasuk dari sudut agama, siap ngan niat nye sekali ….
TOK guru hanya ajar secara tiori ….
tapi makiko mengajar siap ngan praktikalnye sekali ….
teman salute kat mika …lebeh lebeh lagi makiko …
bro…
yang paling aku tersentuh …
penutup tulisan mika tu ….
……“You don’t pray for the poor?” Makiko tanya aku.
“Don’t worry…God will take care of them.” Aku jawab.
Makiko tak larat nak makan. Dia cuma tengok saja makanan yang ada diatas meja. Dia termenung…dan aku perhatikan airmatanya menitis.
“Pasal apa?” aku tanya.
“There are almost 1 billion hungry people in the world starving for food. And here I am..pretending to understand their sufferings…and yet having more than I can eat.” ……..
ate nak buat ne … takat tersentuh ajeeee … belanja ngan makan seghupe tu juge ….tak sampei menangis ….
tapi malu juga teman, makiko yang baghu sampei dah menangis masa ngadap makanan ….!!
Betul jugak makcik(kat kilang aku panggil jepun² ni pakcik/makcik) ni cakap..
kadang² saya tengok kat pasar ramadhan lagi kita membazir dari hari biasa..
pernah jugak saya menangis tengok lauk pauk, kuih muih banyak sebab teringat masa belajar dulu duit takdak,makan cucur je masa sahur dan berbuka..
saya rasa masa tu baru betul² ikhlas saya puasa..
memang la bulan puasa bulan rezeki tapi jangan la sampai membazir lebih dari bulan tak puasa..
baik tak payah puasa..
Abang Mat..!
Tak kisah hanya rekaaan atau betul2..
Tapi isi ceritanya dah lama saya terfikir..Kalau sekitar Ipoh nie..berlambak bazar ramadhan.. dan kalau di himpun kuih2 dan makanan lain yg tak habis di jual.. mau hampir penuh setadium perak tu..
dan saya terharu pada ayat..“There are almost 1 billion hungry people in the world starving for food. And here I am..pretending to understand their sufferings…and yet having more than I can eat.”
Sedangkan di Malaysia sendiri pun rasanya beribu yg lapar..!
Terima kasih abg Mat..Kisah yg menyentuh hati untuk saya renungkan..!
Niat puasa ringkas
私は明日を空腹時だ
…orang-orang Islam yg mematuhi perintah ALLAH swt dapatlah pahala. Bapak teman cakap “pahamlaa..!”. Maksudnya, syariat itu kena difahami..! Bila dah faham baru nampak kebaikan.., katanya lagi.
Teman tanya pada pembantu rumah semasa bersama dia ke bazar ramadan di Arena Square.., di tempat kamu ada mcm ini tak..? Takder pun, katanya. Tiada orang menjual makanan di bulan ramadan di sana(Indon), mungkin di bandar besar ada kot.., jelasnya lagi..!
Katanya lagi, makanan di sini berlebih-lebih sangat..! Apa yang peliknya, bila waktu berbuka bukan mcm orang yang susah sehingga tiada makanan untuk dimakan tetapi ditimbuni oleh makanan…! Sudahnya jadi sawa..,cepat-cepat teman menutup rungutannya.
Memang wajar Makiko menitiskan ayor mate…!
We don’t actually pray for the poor because Allah givest sustenance to whom he pleasest, without measure (Aali Imran, 27).
Encouragement to be charitable
1. Those who (in charity) spend of their goods by night and by day, in secret and in public, have their reward with their Lord: on them shall be no fear, nor shall they grieve. (Al Baqarah, 274)
2. Those who believe, and do deeds of righteousness, and establish regular prayers and regular charity, will have their reward with their Lord: on them shall be no fear, nor shall they grieve. (Al Baqarah, 277)
3. There more encouragements from verse 261 onwards fron the same Surah to be charitable.
4. Apart from charity, other means to reduce poverty are through Zakat, Waqaf, Faraid and neighbour obligations.
Hit On..MSK..Ha ha ha..
Setakat ni baru jer beli kueh dua kali kat banzar ramadan ..tu pun tak abis dari 2 ringgit..ha ha ha.
” And here I am..pretending to understand their sufferings…and yet having more than I can eat.” Terharu…aku mmg boikot bazar ramadhan. Aku ada kata kat kawan aku, agak2 orang miskin ada ka kemampuan pi bazar ramadhan….
cara…ni baru best.hahahaha!kaw2 kasi sama ini cerita.
jzkllah.kisah yg myentuh hati n byk pengajaran.sama2 kta perbaiki diri n jgn lupa doa hidayat kat seluruh manusia khususnya org jepun.
bos..
keep it up. you ve been brilliant lately. melayu bodoh needs educations.
Haha, teman ngan laki teman hari2 buka di masjid.. Ambik berkat berbuka beramai2. Org pon dh semakin bagus skrg.. Ramai berlumba2 sponsor juadah buka pose utk org2 yg buka di masjid….