Yang mana satu organik?
Oleh: MSK
Ada banyak lagi yang aku nak cakap pasai pendidikan, tapi sebagai seliingan, aku nak penuhi permintaan Nizam yang nak tau beza sayur organik atau tak organik kat TESCO. bukan kat Tesco saja, malah hari tu pun sorang member dari Kedah pun tanya soalan sama.
Apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku ingat dalam kepala hotak, mungkin ada kesilapan pada tarikh ataupun kronologi.
Sekitar tahun 1984-85, seorang amoi Cina baru balik dari belajar di Asian Rural Institute, Jepun. Namanya Tan Siew Luang. Amoi ni belajar tentang pertanian organik di Jepun dan aku kenal dia melalui NGO yang aku sertai. Bila dia balik ke Malaysia, dia nak buat model pertanian organik dan oleh kerana apa yang dia belajar adalah teori yang sesuai di Jepun, dia minta aku join dia supaya dapat berkongsi pengetahuan tentang pertanian di tempat kita.
Apa yang aku tau ialah amalan pertanian tradisi, menerusi pengalaman masa kecil. Amalan tradisi ini disatukan dengan teori organik moden supaya ia saling melengkapi. Lama kami berteori sebelum dapat mencapai satu model yang praktikal. Satu perkara yang susah sikit dengan amoi ini ialah dia mengambil pendekatan holistik. Bukan takat berkebun saja..malah seluruh kehidupannya organik. Tak boleh hisap rokok, tak boleh pekena ayaq. Aku rasa dia lebih Islam dari aku masa tu walaupun dia bukan Islam. Aku pun masa tu tengah loqlaq.
Akhirnya Siew Luang membuka kebun organik yang pertama di Sungai Buluh diatas tanah yang disewa kepunyaan Dato Salleh Mohd nor. Presiden Malayan Naature Society masa tu dan mendapat sedikit grant dari Center for Economic and Environmental Research (CETDEM) dibawah Gurmit Singh. Atas masalah keluarga dan masalah awek, aku back off dan berpisah dengan Siew Luang. Dia ke Sungai Buluh, aku ke Bangkok.
Siew Luang membuka kebun organik yang pertama di Malaysia. Tapi dia bukan minat nak komersilkan produknya, dia hanya minat untuk meluaskan pengetahuan organik menerusi seminar dan kempen. So, aku boleh kata, pertanian organik di Malaysia dipelopori oleh Siew Luang dan CETDEM. Akhirnya, Siew Luang kahwin dengan Gurmit Singh. Aku pun tak ada contact dengan depa lepas tu.
Pertengahan tahun 90an, aku mula berkebun di Cameron Highlands, dan mula kontek dengan member-member dikalangan organic farmers. Masa tu dah ramai. Ong boon Keong membuka Penang Organic Farm di Penang Hill. Steven Soh membuka ladang organik di Sungkai dan Cameron Highlands, di Bangi ada Gan Organik Farm. Secara komersil sudah ada Country Farm yang diusahakan oleh Selena, di Subang Jaya dah ada Kenji Fresh Food yang di usahakan oleh Kirby Ho.
Semua yang terlibat dalam pertanian organik ini datang dari pelbagai latar belakang. Dan masing-masing mengikut faham masing-masing dan menggunakan piawaian yang berbeza.
Bagi mereka yang belajar di Australia, depa akan ikut standard yang ditetapkan oleh Bio-grow. Bagi yang belajar di Amerika, depa akan ikut standard Nasa. Yang di Eropah akan ikut standard KRAV atau pun Grolink. Setiap standard ini berbeza dari segi ‘strict’ atau tidak. Walaubagaimanapun, setiap standard tidak boleh rendah daripada Basic Standard yang ditetapkan oleh International Federation of Organic Agriculture Movement (IFOAM).
Contohnya, standard yang ditetapkan oleh KRAV cukup ketat. Tetapi dalam masa yang sama, label KRAV cukup diyakini oleh pengguna. Label KRAV boleh masuk pasaran Eropah dan Amerika dengan senang. Harga yang tinggi pun orang tak kisah sebab bukan senang bagi petani untuk mendapatkan pengiktirafan KRAV.
15 tahun pertanian organik berada di Malaysia, tapi Jabatan Pertanian tak pernah ambil peduli. Cuma apabila Singapura mula masuk ke Malaysia dan mula menguasai pasaran organik, baru Jabatan Pertanian sedar.
Tahun 2000, buat pertama kalinya, aku dan kawan aku diminta untuk membantu Jabatan Pertanian belajar tentang organik. Projek organik Jabatan Pertanian di letakkan dibawah Timbalan Pengarah, Mohd Noh Sanik. Dan buat kerja kehulu hilir ialah Robert William.
Perkara pertama ialah bagaimana nak buat piawaian sendiri yang dinamakan Organik Standards of Malaysia. Dalam masa yang sama, Jabatan Pertanian mahukan penyertaan petani dan pekebun Melayu. Projek awal dibuat di Labu Negeri sembilan yang melibatkan dusun dan di Terengganu yang melibatkan tanaman sayur.
Kalau nak terus ikut standard yang ditetapkan oleh KRAV atau IFOAM, susah la nak buat. Masalahnya kerana semua ahli politik mahu hasil yang cepat. Kalau nak ikut standard KRAV, sesuatu ladang itu memerlukan pemerhatian dan pemeriksaan untuk tempoh dua tahun baru boleh sah. Dalam masa dua tahun itu, kalau petani melakukan perkara yang bertentangan dengan standard KRAV, contohnya depa tabur baja urea…maka KRAV tidak akan memberikan pengiktirafan. Sanggup? Ramai petani kita tak sanggup.
Jabatan Pertanian akhirnya berjaya mewujudkan Sijil Organik Malaysia (SOM), tapi ramai pengusaha tanaman organik yang sudah established tak setuju dengan SOM. Sebabnya banyak loopholes yang terdapat dalam piawaian tersebut, terutamanya tentang pemeriksaan dan labelling. Setiap label orgnaik perlu ada nombor siri supaya kita boleh audit jumlah pengeluaran. Kalau kebun sayur seekar, tapi hasil sayuran macam sepuluh ekar…kita kena check. Mungkin berlaku penipuan. Tapi Jabatan Pertanian tutup sebelah mata.
Audit trail penting dalam organik. Setiap pengguna mempunyai hak untuk meneliti setiap transaksi. Itu sebabnya aku kata mengapa Raja Permaisuri Agong sekarang ni lebih arif tentang organik.
Pada tahun 2000, masa tu Sultan Mizan masih Sultan Terengganu. Konvoi Sultan Mizan menahan satu lori yang membawa sayur organik. Pegawainya bertanya dimana kedai organik tersebut. Bila diberitahu, Sultan Mizan mahu melawat kedai tersebut dan membuat audit trail. Hanya apabila berpuashati setelah menyemak buku akaun, jumlah keluar masuk..baru Sultan Mizan setuju. Dan Kenji Fresh Food merupakan pembekal sayuran organik kepada Istana Terengganu.
Pada tahun 2000, pasaran organik hanyalah 1% daripada jumlah pengeluaran sayuran. Sekarang aku tak tau, tapi kalau melihat kepada lambakan produk organik di pasaran, aku mula ragu.
Pada tahun itu juga, dalam satu kajian yang kami buat, hampir 15% daripada produk organik dipasaran adalah palsu. Label saja organik, tapi produknya diambil dari tempat lain. Kemudian ditambah pula dengan sijil yang dikeluarkan dengan penguatkuasaan yang lemah, lagi teruk.
Sekarang…sapa-sapa pun boleh melabelkan produk mereka sebagai organik. Tak salah. Aku pernah berhujah dengan Pengurus Jualan sebuah syarikat yang mengeluarkan jus pegaga sebab dia menggunakan label "Organik".Rupa-rupanya, dia sendiri tak tau apa-apa tentang persijilan.
Balik kepada soalan Nizam tentang sayuran organik di TESCO, cuba tanya kepada pengurus ataupun sapa-sapa yang bertanggungjawab tentang produk organik dipasaraya tersebut. Depa ikut standard mana? Ataupun cuba tengok pada label produk tersebut..mesti ada rujukan kepada siapa yang memberikan ‘accreditation and certification". Sebagai contoh.."Certified by KRAV", ataupun "Certified by Grolink", "Certified by Bio-grow". Ini untuk barangan impot. Kalau barangan tempatan, siapa yang confirm barangan tersebut adalah organik? Mesti ada sijil SOM dari Jabatan Pertanian.
Tapi paham-paham la standard Jabatan Pertanian. Sapa yang pernah berurusan dengan Jabatan Pertanian tau la. Pintu belakang sentiasa terbuka.






17 Comments
Thank you tuan… Malaysia Boleh!!!
Sentiasa ada pintu belakang. Serupa dengan sijil halal jakim. Kalau jakim reject, masih ada plan B. Ada pulak syarikat yang boleh keluarkan sijil halal alternatif.
Apa punya hukum macam ni?
yang masalah nye … bila sampai malaysia, ditambah dengan “MS” (masalah sedikit), kat depan ape ape juge, lebel standard antara bangsa …
bila ada ‘ms’ – dah jadi ‘malaysia boleh’ …. serupa proton … mitsubishi – japan standard, bila jadi proton – malaysia standard (MS), proton, yang juai kat luo, japan standard balik, yang kat dalam sekadar MS …
ate ….. !!!
Kelemahan yang berlaku di Malaysia ialah
1. kesedaran
2. pemahaman
3. komitmen
4. penguatkuasaan
5. integriti
Kerana sudah terlalu lama di bawah “perlindungan” British.Dan disambung dibawah “perlindungan” umno.
saya tahu tesco jual sayuran ‘organik’ di bawah label d’lonek.
tapi saya difahamkan d’lonek bukanlah organik cara abang mat explain kat atas, tapi lebih kepada ‘tiada racun serangga digunakan’, lain semua sama.
jadi apa yang abang mat recommend?
Of course, kalau tak pakai racun serangga tu lebih baik daripada yang pakai racun. Dan kalau dia nak bubuh label organik pun tak salah.
Kalau nak sayuran yang disahkan organik, boleh tengok senarai pengeluar kat sini. Tapi ini adalah pengeluar organic yang berdaftar denganOrganic Alliance Malaysia saja.
http://www.certificationalliance.org/ver1/omd/location_bycompany.php
Bang MSK,
Thanks for the info. Teman ingatkan organik nie tanaman secara tradisional, tak pakai racun atau baja moden…semua pakai yang asli…
Sebenarnya, pertanian tradisional itu lebih baik dan lebih organik dari “organik”. Itu sebabnya, label “natural” lebih diterima dari label “organik”.
Organik ni pun macam ugama. Sama ada hang percaya atau tidak. Pekebun organik yang berjaya adalah mereka yang berjaya menanam keyakinan dikalangan pengguna bahawa produk mereka memang real.
Ramai orang tanya aku kat mana boleh dapat sayuran organik yang boleh dipercayaai Aku cuma rekomen satu saja. GK Organic Farm di Bangi. Tak ada certification. Tapi cuba pi kebun dia dan tengok macam mana dia hidup.
Dan jangan pandang dia ni selekeh walaupun kadang-kadang dia jalan tak pakai kasut…sebab dia ni ada Masters in Agriculture. Pernah jadi Manager di kilang baja.
-MSK,btul ke kalo nk tgk sayur tu organik or x,kite tgk pada daun die..kalo daun die cntik je xde lubang2 lngsung,kemungkinan bsar die byk pkai racun utk bunuh ulat, dan sebaliknya jika ade lubang2 skit tu, syur tu yg terbaik sebab x pkai racun..bole trima ke konsep ni?..
-dgn lambakan sayuran or buahan di pasaraya besar skitar kl ni, agak susah jgak sbenarnya nk mengesan yg organik or x, lebih2 lg ngan penguatkuasaan yg lemah, senang2 je sume diorang label organik, bgitu jgak dgn tanda halal..
Tak semestinya. Otak kapitalis ni kreatif. Benda yang reject boleh jadi first class. Benda tiruan boleh jadi original.
Pernah aku check disebuah kebun, dia tanam sayur macam biasa pakai racun dan baja kimia. Tapi musim tu, serangan serangga teruk dan banyak sayurnya rosak dimakan serangga. Dia jual sayurnya sebgai orgnik!! Dia tak rugi, tapi sebaliknya dia untung.
Macam tu jugak dengan ayam kampung. Ayam biasa yang reject, dijual sebagai ayam kampung.
Asas pertanian organik ialah, ketahuilah dari mana sumber makanan tersebut.
-tgk je la kes susu botol baby yg xde BPA, kementerian kesihatan suruh hold dulu, so mane2 susu botol yg xde BPA dibenarkan jual smpai tahun 2012..wlaupun tau kesan botol yg sebegitu x baik utk kesihatan baby, tapi stil dijual utk mengelakkn kerugian pd kapitalis..sudahnya, kalo g tgk kat manjaku or kedai2 barangan baby, hmpir sume botol susu ade BPA, yg murah or yg mahal sume same..
Aku tanya pengundi umur 118 kat Manong rahsia umur panjang. Dia kabo makan nasik wajib package dengan petai atau jering! Kalau kencing kena hala tempat keras. Tak boleh kencing direct ke ayor. Kalau anu tumpor tuannya tak lama lepaih tu akan tumpor jugak.Kalau nak badan sihat dan panjang umor kena jaga anu. Kalau anu sihat badan pun otometik sehat katanya. Kalau laman tumbuh rumput jangan racun, cangkui! Aktiviti mengcangkui akan kuatkan pinggang. Lagi satu, amalkan minum ayor labu. Labu ayor tu pulak letak ataih para belah ataih dapur kayu! Sebab tu aku boleh ngayuh besika pegi balik Manong Kuala katanya. Bila aku nanya lagi dia kabo “udoh ler tu! panjang umor sangat bukannya baguih pun! mengkalu anok2 ndok bagi duit bulan2 takper ler juga. Yang banyoknyer aci deme sesok aje deme ngecek duit aku!” KAH KAH KAH!
Alamak! yang paling penting lupa nak tulih! Hj Talib kabo aku ” Kome kalu nak makan, pikiorkan kesihatan anu kome! Bebudak sekaghang ni lain! Melantak mikiorkan melayan tembolok deme aje! Tu pasei muda2 udoh ceghei beghei!”
“Ater, ngisap ghokok tu takpe pilok?” Aku nanya pasei dia ngisap ghokok tak beghenti.
“Ishhh kamu! ngisap ghokok ni sumber inspirasi! Mengkalu takde inspirasi maner ghoper kamu nok menghaghung idup ni lama2!”
hih hih hih!
nice..
Terima kasih abang MSK atas penjelasan. Ingatkan organic tu yang terbaik dan sama dengan natural. Memang masalah kat Malaysia ni penguatkuasaan yang banyak lompang, akhirnya mengakibatkan masalah-masalah lain yang berturutan. Contohnya, jalan raya dibina dengan spesifikasi had muatan tidak melebihi kadar tan tertentu. Tapi apabila lori2 lebih muatan guna & tak dikenakan tindakan, maka jangka hayat jalan berkurangan. Berlubang sana-sini, rosak dan sebagainya. Kos pembaikan dan penyelenggaraan bertambah sebab masalah tersebut terus berulang, berulang dan berulang… sama macam masalah penguatkuasaan berkaitan produk organik. Yang menanggung kitalah, kita sebagai pengguna, rakyat dan pembayar cukai.
MSK
Teman bela ayam kampung , boleh ke ayam kampung teman buh label ayam organik…teman langsung tak bagi ubat…semulajadi membesor.
Apa ke faedah makan benda organik ni dgn bukan organik…ayam tetap ayam……fening teman.
Nampaknya aku kena buat lagi satu posting. Macam mana boleh jadi organik dengan tak organik. Esok la.