Kempen Pilihanraya 3

September 21, 2011

 Oleh: MSK

Matlamat

Apa matlamat kita masuk bertanding dalam pilihanraya? Semua orang akan kata “Nak menang”. Tapi realitinya, bukan semua kita boleh menang. Dalam pilihanraya, kita hanya memerlukan majority satu undi untuk menang. Kalau dalam pertandingan satu lawan satu, kita mungkin perlukan 51% untuk menang. Tapi kalau dalam tiga penjuru, mungkin kita hanya memerlukan 40%.

Ada juga tempat yang kita susah nak menang. Pas boleh menang di Gua Musang? PKR boleh menang di Pekan? DAP boleh menang di Kepala Batas? Tempat macam ni, orang masuk bertanding setakat perang saikologi.

So, kita berikan tumpuan kepada tempat yang boleh menang. (Winnable). Kalau nak menang Putrajaya, kita perlukan 112 kerusi Parlimen. Itu kerja pemimpin parti peringkat atasan. Aku tak mau kacau.

Kalau diperingkat negeri, ambil contoh Perak, Pakatan memerlukan 30 kerusi untuk menang mudah dengan majority satu kerusi. Itu juga tugas pemimpin Pakatan peringkat negeri untuk buat keputusan Dun mana yang perlu diberi tumpuan.

Aku cuma nak bantu petugas peringkat Parlimen atau DUN.

Aku ambil contoh DUN Lubuk Merbau. Dalam PRU 2008, calon Pas menang dengan majority 72 undi. Apa matlamat bertanding kali ini?

Mempertahankan kerusi…itu matlamat aku. Ada juga member yang bila aku tanya..depa jawab..”mampuih pi.” See…aku yang dok kutuk Pakatan pun masih ada niat baik walaupun ada yang kutuk aku kata aku dah lari dari perjuangan…sebaliknya ramai yang masih dok pegang jawatan dalam parti boleh cakap “mampuih pi.”  Hanya kerana tak suka calon.

Macam mana nak mempertahankan kerusi?

Pertama sekali, kita kena tau berapa undi yang kita perlukan untuk menang. Jangan cakap dalam peratus saja..kena tau angka. Cakap peratus, semua orang tau.

Dalam kes Lubuk Merbau, kita perlukan 5,500 undi untuk menang. Jumlah pengundi, 13958. Kita anggarkan jumlah yang akan keluar mengundi ialah 75%. Jumlah keseluruhan yang akan mengundi ialah 10,468. Mana nak cari jumlah ini? Siapa depa? Dimana depa?

Kita perhatikan keputusan PRU 2008.

Dalam PRU yang lepas, Pas memperolehi 4664 undi berbanding 4592 yang diperolehi oleh BN. Kalau lah semua pengundi yang mengundi Pas dulu akan terus mengundi Pas kali ini, Pas akan kalah sebab jumlah pengundi sudah berbeza.

Ada pengundi yang mengundi Pas dulu mungkin dah mati, mungkin dah pindah dan mungkin juga dah fed-up.Siapa yang dah mati..itu kita boleh tau. Sapa yang pindah..yang ni pun kita boleh tau. Sapa yang fed-up? Yang ni kita tak tau.

Pasal apa Pas boleh menang dalam PRU yang lalu di Lubuk Merbau? Adakah kerana orang-orang Melayu sudah menerima perjuangan Islam Pas? Adakah kerana orang India sudah menerima Pas?

Yang ni kena jujur…aku kata Pas menang sebab orang India dan Cina marah kat BN. Hanya sedikit orang Melayu yang berubah kepada Pas. Sokongan orang Melayu kepada Pas masih ditakuk lama…mungkin ada pertambahan sikit kerana tak suka kat Umno.

Cuba bandingkan antara keputusan 2004 dengan 2008.

Klik pada gambar kalau nak besarkan.

Tahun 2004, Pas hanya memperolehi 36.3% undi. PRU 2004 adalah PRU paling teruk dalam tempoh 10 tahun dan jumlah undi yang diperolehi oleh Pas merupakan undi dari hardcore Pakatan. Pertambahan sebanyak 13% lagi yang membolehkan Pas menang tipis adalah dari undi swing. Kalau diperhatikan, peningkatan mendadak undi yang diperolehi oleh Pas ialah dari Daerah-daerah mengundi yang berwarna biru, manakala Daerah mengundi yang bewarna kuning menyaksikan peningkatan yang sedikit.

Daerah Mengundi yang berwarna kuning menyaksikan peningkatan undi hanya sekitar 5%. Manakala yang berwarna biru meningkat dengan tinggi.

Siapakah mereka yang memberikan undi swing ini. Kita tengok dengan lebih detail Daerah Mengundi berwarna biru.

Oohhhh!! Dikawasan yang berwarna kuning, pengundi Melayu hampir mencecah 100%, tapi undi Pas hanya meningkat sekadar5%. Tapi dikawasan yang berwarna biru, undi kepada Pas ada yang meningkat melebihi 100%. Adil atau tidak kalau aku katakan bahawa Pas menang kerana undi Cina dan India? Adakah kerana Cina dan India ini sudah memahami perjuangan Islam Pas? Ataupun pasai depa fed-up dengan BN?

Apa pun, selepas menang…apa yang sudah kita buat di Lubuk Merbau? Umno dah tentu kata Pas tak buat apa-apa? Terpulang kepada PAs untuk membuktikan apa yang depa dah buat selama ini. Nak tau sama ada pengundi di daerah Mengundi berpuashati atau tidak dengan Pas, kena buat culaan. Yang tu bukan kerja aku…tu kerja hangpa.

So, kita dapat sedikit gambaran, sapa yang menyokong kita…sapa yang hardcore dan sapa yang boleh swing kekiri atau kekanan. Dan kita pun tak boleh harap trend 2008 akan berterusan dalam PRU kali ini.

Jumlah pengundi sudah jauh berbeza. Cuba perhatikan Kg. Station, Kg. Basong dan Kg. Buaya. Ini tempat dimana swing berlaku pada tahun 2008, tapi sekarang jumlah pengundi sudah jauh berbeza. Kemana perginya pengundi Kg. Station sehinggakan berkurangan begitu banyak? Darimana datangnya pengundi Kg. Basong yang meningkat begitu banyak…sedangkan kawasan kampungnya tidak berubah?

Kalau hangpa masih mahukan undi di Kg. Station dan Kg. Basong, hangpa kena jejaki pengundi ini. (Yang ni kena buat kursus satu hari macam mana nak menjejak pengundi). 

Kalau ikut trend semasa, aku boleh kata undi Cina masih boleh meningkat sekitar 5%. Undi India mungkin akan berkurangan sekitar 20%. Kalau undi Cina meningkat 5%, berapa pertambahan undi yang kita dapat. Kalau undi India berkurangan 20%, berapa undi kita hilang? Yang ni kena buat "What-If Analysis"

Jadi tumpuan perlu diberikan kepada undi Melayu. boleh ka? Undi Melayu ni pulak, kena pecahkan kepada yang lebih detail.

Yang tua…yang tu toksah harap sangat la nak berubah. Kalau nak harap pun..kena cari undi orang muda…terutamanya yang baru nak mengundi. Siapakah pengundi dibawah umur 30 tahun diLubuk Merbau? Dimana depa duduk? Siapa depa?

Dibawah ini adalah pecahan pengundi mengikut umur dan Daerah Mengundi.

Ok..kita dah tau prestasi terburuk kita tahun 2004. Kita juga dah tau prestasi terbaik kita tahun 2008. Kita juga dah tau dikawasan mana penyokong kita tinggi dan kawasan mana penyokong kita rendah. Kita juga tau kawasan mana yang boleh swing, dan kawasan mana yang penuh dengan hardcore.

Kita juga dah tau kawasan Melayu, India atau Cina. kita juga dah tau kumpulan umur. So, dengan data ini, pakar strategi kena duduk berbincang tentang apakah strategi yang perlu dibuat untuk mendapatkan 5500 undi.

Matlamat kita untuk menang dan sasaran kita ialah mendapatkan 5500 undi. Esok kita masuk peringkat seterusnya…Mensasarkan pengundi.

 

 

 

 

Category: Dunia Blogger, Matsamankati, Realpolitik | RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.

12 Comments

  • tanpa nama

    salam

    Pak Mat tak terlambat ke, kalau kita tak penah dekati pengundi tiba-tiba cari dorang. politik ni produk, bagus mana produk tapi orang tak yakin tak boleh juga. contoh politik menegakkan negara islam. bukankah ia satu produk yang baik lagi suci. tapi napa orang tak yakin?

    winnable seats. Kena realistik. Negeri hardcore BN mana boleh menang, matlamat mesti nak curi kerusi saje. kena tumpu kerusi yang boleh curi. kalau mati-matian kempen kat Pagoh ke tak ade faedahnya.Orang cakap kawasan yng orang melayu kurang dari 65%, kerusi tu ada peluang skit menang.Jentera push kat kawasan ini la. Sabah Sarawak tak tau la macam mana nk tengok.haha

    • matsamankati

      Setuju. Kalau muka tak pernah nampak, tiba-tiba nak suruh orang undi kita..ingat senang ka? Tok sah kata undi…kalau ada orang yang aku tak kenai datang kerumah tiba-tiba nak bagi sedekah pun aku curiga. Tu orang nak bagi..bukan nak mintak!

      Tentang winnable seats, yang tu boleh diperdebatkan. Kadanag-kadang tempat yang kita tak sangka boleh menang…menang. Tempat yang kita ingat menang, boleh kalah. Banyak faktor diluar kawalan kita. Contohnya Calon, isu nasional, kejatuhan ekonomi. Semua itu boleh mempengaruhi pengundi. Tapi ini isu yang diluar kawalan kita.

      Apa yang aku nak tonjolkan disini ialah apa yang kita boleh buat dan didalam kawalan kita.

      Ambil satu contoh: Hubungan dengan orang Umno. Ramai penyokong Pakatan tak mau buat benda ni…sebaliknya orang Umno tu dianggap musuh nombor wahid. Macam mana kalau tiba hari mengundi, dan dia tak suka calon dia. Kalau dia baik dengan kita, boleh jugak dia bagi undi protes..tapi kalau dia pun kita anggap musuh…adakah dia nak bagi kat kita?

      Macam mana kalau Anwar masuk penjara?
      Macam mana kalau Muhyidin disingkir dari TPM?
      Macam mana kalau Khairy Jamaludin tidak terpilih jadi calon?
      Macam mana kalau HRP diterima oleh BN?
      Macam mana kalau Hasan Ali masuk Umno?
      Macam mana kalau SNAP bergabung dengan USNO, SAPP dan parti baru dibawah United Borneo Front?

      Cuma bersedia la dengan segala kemungkinan.

      • tanpa nama

        kat sabah dan sarawak PR tak payah tamak . dapat bertanding 60% kawasan pun dah ok.selebihnya bagi parti tempatan. cuma mesti gaduh kawasan winnable seats.semua parti nak bertanding kawasan ini sahaja di sana nanti. Kat kedah pun dah nampak. Kawasan lynas ada peluang menang, jadi ada yang nak langgar status quo.Kawasan yang menang sebelum ni tak payah la nak rebut.Kat Johor pun macam itu bergaduh juga.

  • kaderan

    bro mat,terimakasih,your kempen pilihanraya series buat aku teruja dan baca dua tiga kali.this what i,ve been waiting from you.

    hak cipta terpelihara ke? kalau tak aku nak ciplak.

    • matsamankati

      Benda yang dapat free, aku bagi free. Kalau aku kena bayar, hangpa pun kena bayar.

  • chor

    Hj Zainuddin? Menang? Kalau PAS bubuh orang lain jadi calon, mungkin menang. Semenjak pagar rumah dia makin tinggi ni aku nampak peluang menang dia makin rendah! Tak tau la kalau sehari dua ni dia roboh pagar rumah dia mungkin menang kot?

    • john

      tapi chor.. selama ni PAS bubuh calon lain tak pernah menang pun.. walaupun masa tahun 1999 reformasi tgh memuncak… aku pikir bukan pasal pagar rumah kita kena tukar calon.. yang mana dah buktikan kemenangan biarlah dia bertanding lagi.. tapi kalau dulu masa tsunami 2008 pun dia kalah… yg tu kita mgkn kena tukar la…

  • abg mat,klu d sabah aku rasa Bn masih kuat sekitar 55% je kmgknan boleh kemenangan.Kawasan Ketua Menteri Sabah dun sibuga masih ok.kekuatan beliau ialah byk perubahan pembangunan dibuat.jd PR tak perlu letak calon kat sanalah buang duit ja.klu BA nak bertanding d sabah, bgus bg kat DAP(tapi calon mesti ikut kaum tempatan bukan cina).PKR dan PAS kurang diminati.Kalau ada parti baru lg bagus. Ramai yg mau muka baru bertanding dan diterajui oleh parti baru.

    • matsamankati

      Jangan lupa, Sabah adalah negeri pertama yang berjaya menumbangkan kerajaan BN. Aku tak berapa fasih dengan politik Sabah, sebab ianya lebih intrigue dari Sarawak.

      • betul…betul…betul…org sabah diam2 berisi mcm ubi kayu kalau dibiarkan lama, ubi jadi kayu..kalau batang ubi selalu dicabut tak jadi ubi..Org sabah klu dah marah dia tak cakap depan tp terus bertindak..

        Tu aku yakin kali ni kerajaan Sabah di terajui oleh orang bebas…sejarah baru malaysia.

        Tapi kawasan kampung saki baki BN menang tipis..

    • newborn-otai

      sabah n kelantan …
      dua negeri yang punyai citarasa berbeza….
      lain lain majoriti ‘yes man’ …

      tapi orang muda sekarang …. sukar di teka …
      citarasa tak menentu, kerana mereka merasakan bahang kerakusan pemimpin masa lalu …
      semoga pemimpin sekarang dapat menyelami citarasa mereka …

  • chor

    Secara dasarnya, terdapat 3 jenis penempatan di Mesia.

    1. Kawasan lama yang wujud berabad-abad dulu.

    Di kawasan ini, ikatan persaudaraan sesama penduduk adalah teramat kuat. Sentimen ‘orang kita’ adalah no 1 melebihi sentimen parti dan isu2 semasa.

    2. Kawasan yang ujud di era bijih timah.

    Di kawasan ini ikatan persaudaraan masih longgar walaupun telah ada ikatan persaudaraan akibat perkahwinan sesama penduduk tempatan.

    3. Kawasan yang wujud setelah Mesia merdeka.

    Di kawasan ini penduduk masing2 menguruskan hal kendiri dan ikatan persaudaraan hanya berlegar di sekitar kaum keluarga.(keadaan yang sama di bandar besar di mana PR menang)

    Calon yang sesuai mengikut kawasan.

    Kawasan 1.

    Calon yang paling sesuai adalah tokoh tempatan yang berjaya atau yang dihormati oleh penduduk setempat.

    Kawasan 2.

    Calon dari luar boleh bertanding tetapi mesti telah dikenali ramai.

    Kawasan 3.

    Di sini isu2 semasa amat memainkan peranan.

    Masaalah.

    1. Dengan perlantikan PJ PAS negeri oleh TG Presiden adakah PJ PAS negeri benar2 disenangi oleh penduduk negeri? Adakah perlantikan calon melalui kabel PJ PAS negeri benar dapat diterima oleh pengundi?

    2. PKR. PKR kini dilihat cenderung melantik calon yang direstui Ketua Umum dan Timbalan Presiden Parti. Pemilihan calon di lihat cenderung untuk mengukuhkan kedua2 mereka di dalam parti bukannya mengukuhkan kedudukan parti dalam negara.

    Kalau TG Hj Hadi, Anwar dan Azmin benar2 ikhlas dan bijak, aku cabar ketiga2 mereka bertanding di luar kawasan tradisi mereka pada PRU13 nanti!

    Setakat ini, aku tak nampak Pakatan Rakyat akan mengambilalih Putrajaya selepas PRU13.

Sponsors

Premium Wordpress Theme

Sponsors

kategori