ABU: Adakah Malaysia sebuah negara yang gagal?

January 5, 2012

Hari tu aku bersembang dengan seorang pemimpjn PKR peringkat Cabang. Dia cukup seronok sebab anaknya dapat 5A dalam UPSR. Bagus la. Tapi yang menarik, bila dia kata sistem pendidikan sekarang sudah meningkat. Kalau dulu, sekolah kampung macam di Sauk nak dapat 3 orang yang dapat 5 A pun susah…tapi tahun ini ada 11 orang dapat 5A. Ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan kita sudah meningkat dan mampu melahirkan pelajar yang pandai.

Kalau hangpa setuju dengan kenyataan diatas, lebih baik hangpa toksah baca posting aku seterusnya. Sat lagi hangpa marah kat aku pulak.

Minggu lepas aku melilau pekan Ipoh untuk mencari tempat tinggal untuk anak aku yang bersekolah di Ipoh. Sekolah tu tak ada asrama jadi terpaksa tinggal diluar.

Aku merayau disekitar Taman Campaka dan memang banyak hostel swasta. Rumah teres dua tingkat yang disewakan kepada pelajar. Kadar sewa ialah RM650.00 untuk satu semester dan ditambah RM120 untuk duit api dan air. Jumlahnya RM770.00 satu semester dan perlu dibayar sekaligus sebelum masuk. Campur dengan yuran dan pelbagai bayaran lagi, aku kena cari lebih dua ribu ringgit!!

Yang ni tak ada masalah, tak ada duit boleh hutang, tapi bila aku diberitahu bahawa seramai 6-8 orang ditempatkan dalam satu bilik..aku tak mau. Bayangkan satu rumah teres dua tingkat didiami antara 20-30 orang pelajar!! Macam mana nak belajar?

Bila balik ke rumah, aku bersembang lagi dengan orang kampung tentang apa yang aku baru dapat tau. Tapi orang kampung ni kata” Budak-budak sekarang ni nasib baik sungguh. Dulu kalau tak pas LCE tak boleh masuk Tingkatan 4, tapi sekarang nak masuk universiti cukup senang. Tak ada duit, boleh pinjam duit PTPTN. Banyak benda yang kerajaan dah buat. Cuma sama ada budak tu nak belajar atau tidak.”

Kalau hangpa juga berfikiran macam orang kampung yang aku jumpa ni..tak payah baca la posting aku. Nanti hangpa marah kat aku.

Apa yang aku nak tonjolkan disini ialah kepelbagaian tahap pemikiran, harapan dan sasaran yang ada dikalangan kita. Aku kata sistem pendidikan sedia ada berada pada tahap yang rendah. Tapi ada orang kata sistem pendidikan kita bagus.

Aku kata pendidikan dinegara ini mestilah percuma…orang kata..”tak kan semua kerajaan nak tanggung?” So, terdapat jurang disini pasai semua orang melihat dari pelbagai sudut dan perspektif. Kalau nak berbahas..sampai bila pun tak habis. Dan aku fikir itu tidak perlu. Apa yang perlu ialah satu piawaian untuk dirujuk bersama.

Pertama sekali, selepas 54 tahun merdeka..adakah negara kita sudah maju atau masih mundur atau masih membangun? Ataupun sedang diambang keruntuhan? Apa piawaian yang digunakan? Pendapatan Perkapita? Tahap kemiskinan? Kebebasan bersuara? Pencapaian akademik? Macam-macam boleh diukur mengikut piawaian tertentu.

Aku tak berapa kisah kalau negara kita masih membangun ataupun separa maju, tapi apabila badan-badan antarabangsa mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara yang berada diambang keruntuhan, itu membimbangkan.

Jangan percaya cakap aku dan jangan terus percaya kepada kajian NGO luar negeri..tapi nilai sendiri mengikut kriteria dan piawaian yang ditetapkan. Kalau tak puashati, boleh buat piawaian sendiri.

Satu badan antarabangsa yang dikenali sebagai Fund For Peace membuat ranking negara-negara yang diambang keruntuhan ataupun diklasifikasikan sebagai The Failed States. ( Boleh diperolehi disini.)

The Failed States bukanlah petunjuk sama ada negara itu maju atau tidak, tetapi petunjuk sama ada akan berlaku kekacauan, revolusi ataupun kebangkitan rakyat.

Malaysia tidak lah begitu teruk kalau dibandingkan dengan Myanmar, Bangladesh atau Pakistan. Malaysia boleh lah dikatakan the best among the worst. But among the best, Malaysia is the worst.

Ada beberapa kriteria yang dalam klasifikasi ini.

1. Hubungan kaum atau puak. Apakah terdapat ketengangan kaum yang berlaku? Sejauh mana seriusnya?

2. Pelarian ataupun perpindahan manusia.

3. Ketidakpuasan hati kumpulan-kumpulan tertentu. Apabila rakyat tidak berpuashati, mereka akan membuat kumpulan-kumpulan tertentu dan kemudiannya mencabar kumpulan lain.

4. Human Flight ataupun pengaliran keluar tenaga manusia. Sebagai contoh, berapa ramai yang membuat keputusan berpindah ke luar negara kerana tak puashati dengan keadaan dalam negara.

5. Pembangunan yang tak seimbang. Contoh: ada negeri yang dibantu sepenuhnya, dan ada pula negeri yang ditindas sepenuhnya.

6. Kemiskinan. Peningkatan kos sara hidup berbanding pendapatan.

7. Perkhidmatan awam. Adakah makin baik atau makin teruk.

8. Hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Apabila hak asasi dinafikan, tentu ramai yang menentang. Kemudian lebih banyak undang-undang dicipta untuk mengekang tentangan. Akhirnya rakyat akan turun kejalanraya.

9. Penggunaan agensi keselamatan. Apabila sesuatu pemerintah itu sudah tidak merasa selamat, dia akan menggunakan kekerasan sama ada dengan menggunakan polis, tentera untuk mengekang tentangan.

10. Terjadinya kumpulan-kumpulan elit. Puak-puak elit akan menubuhkan kumpulannya sendiri dan cuba menentang kumpulan lain.

11. Campurtangan luar. Apabila pemerintah merasa sudah tidak selamat, dia akan meminta bantuan dari luar. Tak kira la dari Israel ka, dari Amerika ka.

Fund For Peace telah meletakkan Malaysia setaraf dengan Libya ditangga 111!! Boleh tengok senarai penuh (disini) dan buatlah perbandingan sama ada Malaysia masih selamat atau tidak.

Jangan terus kutuk Fund For Peace kerana menghina Malaysia dan jangan terus memberikan macam-macam label. Fikir dulu.

Category: Dunia Blogger, Matsamankati, Realpolitik | RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.

20 Comments

  • bab pendidikan..sokong…memangggggggg HAMPEH!!..sapa kata pendidikan kat malaysia baguih..pi balik ketuk pala hangpa la…dulu tahun 80an cukup susah nak dapat student yg betul2 pandai..ada tapi 1-5 org je..tapi sekarang belambak..tapi yg sekarang ni pandai kot lain..sebab tu kita boleh tgk ramai budak2 sekolah banyak yg pi rewang kot lain..tu tak kira yg bab masalah sosial..tak caya?/? google je pasai melayuboleh..jgn tekejut kot2 ada yg kita kenal nanti.

    cikgu2 dulu kalau ngajar murid2 terus respek sampai skang..tapi cikgu sekarang nak ngajar pun susah sebab dasar pendidikan kita dah banyak ubah kepada kerja pejabat…itu tak masuk lagi kena paksaan sokong tegar kerajaan,…haa..bab ini buleh pi cari cikgu2 yg baru masuk maktab, pi tanya depa apa yg BTN dah buat masa orientasi…

    bab duit memang susah nak cakap, takdak duit tak buleh jugak tapi ingat tak kita pada satu keadaan mana kjaan kata nak buat ‘INFLASI SIFAR’?? ingat lagi ke…apa dah jadi ?? adakah inflasi dah sifar…

    harga barang sekarang melambung macam hampeh..dulu kalau nak beli susu setin rm1.50 je tapi pi la cari susu apa yg buleh dapat harga ni..rata2 kedai/supermart jual rm2.20..itu belum harga barang2 asas yang lain..

    malaysia ni cuma kaya dgn duit asing..tak caya pi tengok semua tempat ..mana tempat yg takdak pekerja asing??? kalau sapa2 kata ekonomi kita buleh naik sebab pekerja asing pi google balik betui ke benda ni??? sebab apa yg aku perasan pekerja asing yg mula kawal ekonomi setempat..

    • Ha ha ha

      Ha ha ha..

      Dulu Pak Menteri Tak Pandai Statistik..la ni Pak Menteri pandai…Lies of Statistic..MSK expert pasal hal nih …ha ha ha.

  • chor

    Pandangan aku ttg Malaysia,

    PENDIDIKAN
    1. Budak U sekarang sama level passed LCE dulu2.

    2. Tujuan pendidikan sama macam yang dibentuk penjajah dulu2. Pendidikan hanya sekadar melahirkan kuli. Sepatutnya pendidikan pengurusan organisasi patut diajar bermula di sekolah rendah. At least, pengurusan keluarga dan perkembangan organisasi luarbandar (tempat penduduk yang tak dapat meneruskan kecemerlangan akademik)
    akan bertambah baik dan mampu berdikari.

    EKONOMI

    Pengeluaran hasil luar bandar dibentuk untuk tujuan dimanipulasi pemerintah. (Bandingkan dengan persatuan petani di Barat di mana petani berupaya mengawal bermula dari pengeluaran sehingga ke peringkat pemasaran)

    Wallahualam.(banyak lagi kalau dicungkil satu persatu)

  • maaf sedara…

    PEMBETULAN: malaysia di no 66 di dunia…

  • anak Cikgu

    setiap tahun kuar result UPSR ka, PMR ka, SPM ka mesti lebih bagus dari thn sebelumnya…betul ka makin ramai pandai ataupun markah lulus makin rendah…
    Tak pernah nak dengar result jatuh dr thn sebelumnya…

    Pasal PTPTipu, org kampung tu tak tau betapa peminjam tpaksa bayar interest yg tinggi 3-4% tiap tahun, tukar sistem ujrah nampak cam bagus,islamic, tp lagi hampeh kena bayar lagi byk….pastu stil kena 1% atas baki setiap thn..

  • adieputera

    sapa kata tahap pendidikan di malaysia ni dah baguih memang BANGANG.. setiap menteri UMPORNO yang jaga sekolah nak tunjuk bahawa tahap pendidikan di bawah tangannya makin tinggi dan bagus jadi markas lulus setiap tahun akan dikurangkan agar ramai yang lulus yang dapat B akan dapat A yang dapat C akan dapat B begitulah seterusnya.. hasilnya jadilah seperti yang dikatakan oleh chor.. Budak U sekarang sama level passed LCE dulu2.

  • sistem pendidikan Malaysia bagus?? kalau bagus, kenapa masalah sosial makin menjadi2.. tu tanda2 pendidikan Malaysia makin melingkup.. Dulu nak dengar kes buang anak cukup jarang, tapi la ni dah jadi macam biasa..
    takkan tu pun kita nak banggakan kot…
    keh keh keh keh keh…

    • chor

      madie,
      Kes buang anak tu ada kaitan dengan had umur perkahwinan yang dihadkan 18 tahun ke atas yg pernah MSK sentuh sebelum ni. Ni semua keje ustaz2 biol kat Jabatan Agama negeri. Pasal tu dah makin ramai yg dah tak respek kat ustaz2. Sepatutnya ustaz2 yg sedar perkara ni patut mampu mengubah keadaan yg tak berpandukan Al-Quran ni. Sebaliknya apa yg berlaku geng ustaz2 PR lebih kecoh pasal konsert Inul dgn Justin Bieber. Kompom ustaz2 ni taik meniru masa ambik periksa. Pasal tu bebal! Tak abih2 kat masjid mengajar pasal bab bersuci dgn kisah israq mikraj. Upgrade la sikit!

      (Mintak tolong cyberboron betulkan kenyataan aku ni. Aku mengaji agama tak tinggi. Statement aku ni cuma persepsi je)

      • adieputera

        Dalam Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 Seksyen 8 ” Tiada suatu perkahwinan pun boleh diakad nikahkan dibawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika hakim syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu” maksudnya kalau bawah umur boleh nikah dengan syarat perlu mendapat kebenaran hakim syarie… dah banyak kes kahwin bawah umur ni yang dah diberi kebenaran..

  • Hashim

    Setelah 59 tahun semakin mundur…bolehkah ABU membawa perubahan???

    * Awat belajaq kat Ipoh, kalau kat Sri Iskandar aku ada sewakan rumah semo-d aku cuma $630 semester 7 orang satu rumah ada perabut, Astro..ada WiFi percuma..duit api air bayar sendiri….perempuan sahaja…

    • matsamankati

      Dapat offer kat Ipoh..kena duduk kat Ipoh la.

  • prioryofjenin

    hashim. senang citer pasni hg suruh la govt bagi pilihan student nak study mana. tak pun suruh govt pindahkan poli kat s.iskandar. ok?

  • BINJAI

    aku tak kata yg dapat a belambak2 tu bermakna pandai, aku duduk dalam sistem pendidikan dan pekerjaan…semua tu adalah modal politik nak bagi syok mak bapak zaman sekarang bahawa konon sistem kita baguih…., lagipun soalan berulang-ulang, kalau hari2 buat lama2 jadi la terer utk jawab. cuma sapa yang tak bole dapat a walaupun 1 memang kategori betul2 kuang pandai…

    bila depa downgrade terutama spm, maka ramai yang lulus, bila lulus takkan mak bapak kata “hang tak payah p belajaq la, p kerja kilang dah cukup la” macam zaman kita dulu….jadi mak bapak kena p hantaq belajaq la, bila nak masuk u awam tempat penuh, masuk pulak ikut merit, maka sapa yang baru tak sangka lulus tp lulus lak maka budak2 ni la yg akan masuk u swasta….tp jgn takut..ptptn ada..

    akhirnya kat swasta lagi sekali diaorg di downgrade kan akhirnya keluaq kerja tak dak, hutang pulak dgn gomen…

    so memang malaysia di ambabg kehancuran bermula dgn pengabaian sistem pendidikan

  • newborn-otai

    bab pendidikan ni ….
    kome tok sah sentuh le … buat nyakitkan ati dan ngabihkan boghaih aje….

    keputusan spm ke pmr ke upsr ke ….seghope ….
    kalu pak menteghi tahun itu, nak nunjukkan deme lebeh baik daghi sebelumnye … maka bukan takat luluih, ‘markah dia tegojon’ … A+ tu pun, ikut teghojon … bila A+ pun teghojon yang lain lain tu tok sah kigha le…..

    habih kalu udah ghope itu punya ‘peghangei pak menteghi’ … sape yang nanggung akibatnye … anak anak kite leeeee ….
    bila dah belambak yang dapat A+ … deme nak pegi mane …
    jangan ghiso … lukah dipergentingan disediakan … IPT – Awam ade, tak cukup, semi awam-swasta (negeri punya), tak cukup juge, pasei dah belambak yang dapat A+, tak pe… swasta tulin(Cekik daghah) ade….yang penting ‘duit kasi’ ….. beghutang le kome sampei mampoih ….

    IPT swasta ni sape punya … kome buleh check tengok …. ALP – ahli lembaga pengarah, ALP-ahli lembaga penasihat, ALP-ahli lembaga penyangak dan pelbagai ALP dibelakang IPT swasta ni ….

    itu satu daghi sebab, keputusan sentiasa kena cemerlang dan berlipat kali ganda setiap tahun …. selain daghi ‘untuk “proud” pak menteghi’ ….

    yang naya … budak budak … hampeh pun dapat A juga …

    dulu dulu tahun 60an, 70an, 80an, kalu A1, A2 ni … kome tanya apepun deme jawab ….pasei markah A1 n A2 memang lebeh 85% … la ni A+, tanya tengok, berapa markah deme … beghani pak menteghi nak istihar … sorry leeee …

    tu sebab teman kate nyakitkan ati, ngabih kan ‘boghaih (beras)’ …

    • YaBauk

      newborn-otai aje ngan ye bebeno kate mike ” menahan lukah di segentin” sudahnye anak muda jadi cepat tua belom abih belajo udoh diugut dengan PTPTN(Pandai Tipu Penyangak Terbesar Negara). Mengkalu dulu dapat koje gaji memola belanja member rapat, kedua hantar makbapak, ketiga buat kenduri kesyukuran, la ni dapat gaji memola bayo ke PTPTN

      • newborn-otai

        bukan takat bayo utang ajeee … siap ngan bunga dia sekali sejak daghi mola minjam …. lebeh daghi along ….

        zaman teman dulu dulu, buleh milih-milih biasiswa … masa tu duit kerajaan pun tak banyak macam la ni ….baghu nak membangun … tapi, ghope ghope nye lagi kaya kerajaan, lagi kedekut dan tamak halobe jadi nye … ‘membazio’ aje yang lebeh … deme kigha temolok deme ajeee….

Sponsors

Premium Wordpress Theme

Sponsors

kategori