Lynas dan khalwat
Sejak beberapa hari lepas, masing-masing sibuk dengan perisapan demo Anti-Lynas. Aku tak pergi Kuantan tapi terlibat dengan demo di Bukit Merah, Ipoh.
Ketika terlibat dengan demo anti-Lynas ini, aku tak berpeluang dan melayari internet. Dan bila cuba melayari blog-blog pagi ini, aku cuba mencari berita-berita tentang demo anti-Lynas. Tak banyak. Malah berita tentang demo di Bukit Merah Ipoh hampir tiada.
Tapi yang banyak tertulis dalam blog-blog bahasa melayu ialah kes khalwat Dr. Badrul Amin. kes tersebut berlaku sebelum demo Lynas tapi masih hot. Sedangkan demo Lynas yang berlangsung semalam dah mati.
Kesimpulan aku ialah..orang Melayu lebih suka cerita sensasi dan cerita dalam bilik orang daripada isu-isu yang lebih besar. Pantang ada pemimpin yang kena tangkap khalwat…akan jadi headlines untuk beberapa hari. Apa saja yang berkaitan dengan seks..akan menjadi tumpuan kepada masyarakat Melayu. Come on la.
Pencabulan Teluk Rubiah tidak mendapat perhatian orang Melayu. Walaupun yang akan menerima kesan daripada pencabulan alam sekitar disitu ialah orang Melayu..tapi orang Melayu masih buat tak tau.
Demo di Bukit Merah semalam berjaya menarik hampir seribu orang. Kalau aku pisahkan kehadiran mengikut kaum, aku boleh katakan hanya 5% Melayu. 5% India dan 90% Cina. Tabik spring kepada muslimat Pas Pasir Salak yang turut hadir..kalau tidak mungkin aku tak nampak orang Melayu. (gambar mereka disini.)
Bukan niat aku untuk menjadi rasis..tapi cuma hendak menunjukkan bagaimana sesuatu masyarakat itu berfikir.
Kalau nak dikira siapa yang mendapat keuntungan dari satu-satu projek itu..kebanyakannya orang Cina. Orang Melayu yang mendapat untuk ialah orang Umno yang kutip komisyen. Tapi dari bekalan peralatan, kerja-kerja kontrak untuk membangunkan kilang..semuanya orang Cina.Orang Melayu bahwahan hanya menunggu untuk mendapatkan kerja yang gaji entah berapa.
Tapi sekarang orang Cina lebih mengutamakan keselamatan dan kesihatan. Depa sanggup berdemo walaupun yang akan rugi banyak kapitalis Cina. Orang Melayu pulak tak mau ambil pot, walaupun yang depa dapat kesan yang paling banyak.
Dalam demo anti-Lynas ini..orang Cina turun berdemo siap dengan bawa anak-anak yang kecil lagi. Manakala orang Melayu masih seronok dengan cerita khalwat orang lain.
Seperti di Teluk Rubiah, ramai orang tak tau tentang perancangan dan kesan-kesan pembangunan yang tidak mesra alam dibuat oleh Umno/BN. semuanya dibuat secara rahsia..dan rakyat hanya tau bila semuanya sudah bermula dan tidak banyak yang boleh dibuat selepas itu.
Kilang Lynas di Kuantan tu satu hal. Dah banyak berita yang dikeluarkan..kalau masih tak faham atau tak tau…aku pun tak tau nak kata apa lagi.
Di Perak..tahun lapan puluhan dulu dah ada kilang yang sama iaitu Asian Rare Earth di Bukit Merah. Gen Y mungkin tak tau sebab depa masih kecil.
Kilang ini akhirnya ditutup selepas mendapat bantahan dari penduduk setempat. Kalau nak tau cerita tentang ARE dengan lebih detail..siap dengan gambar, boleh tengok kat sini dan sini.
Salah satu gambar yang aku minat ialah yang dibawah ni.
Semasa demo semalam, aku terjumpa dengan salah seorang bekas pekerja ARE yang pernah ditangkap dibawah ISA. Dia bukan saja menceritakan tentang bagaimana masih lagi ada kilang-kilang yang memproses radioaktif ini di kawasan Bukit Merah.
Dia membawa aku ke kilang tersebut tetapi kilang tersebut dikawal dengan rapi. Malah kami diekori oleh sebuah kereta SB ketika kami masuk kesana.
Cuba perhatikan gambar dibawah ini dan bandingkan dengan yang diatas.
Ada sesiapa yang tahu tentang kilang ini yang tersorok didalam hutan di Banjaran Kledang?
Aku tak berapa kisah kalau kilang ini dikawal oleh pasukan keselamtan kilang, tapi kalau ianya turut dikawal oleh polis dengan meletakkan SB disana..aku syak ada sesuatu yang disorokkan.
Aku dapat tahu, semua kenderaan tidak dibenarkan masuk kekawasan kilang ini. Malah pekerja kilang ini juga diangkut dengan sebuah bas untuk keluar masuk.
Ini persoalan yang patut diambil berat oleh semua orang. Rakyat Kuantan sudah bangkit untuk menentang Lynas. Rakyat Perak juga kena bangkit untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku di Banjaran Kledang ini.









28 Comments
Setuju Bro MSK, orang Melayu masih dengan majalah Mangga dan yag sewaktu dgn nya… dan masih syok dengan cerita dalam kain wal hal negara dah jadi “nuclear waste dumping site” pun orang Melayu masih tak kisah…
tapi bang mat, saya ada terbaca rare earth material ni ada juga dalam henfon & lain-lain peralatan harian.
Betul. Kalau jumlah yang paling sikit dalam handphone orang kata bahaya dan boleh menjejaskan kesihatan, bagaimana pulak jumlah yang banyak yang terdapat dikilang-kilang? Lagi satu..yang paling bahaya ialah sisa-sisa radioaktif tersebut.
Salah satu sebab mengapa Lynas dibantah ialah.. dimana sisa-sisa radioaktif itu mahu disimpan?
Terima kasih bang Mat kerana reply.
So adakah mereka menentang rare earth itu sendiri ataupun cara pengurusan & implementation pemprosesan material itu? sekiranya pengurusan & implementasinya selamat adakah mereka akan sokong?
Ambil iktibar reaktor nuklear di fukushima Jepun. Masa buat dulu, saintis Jepun kata ianya selamat kerana belajar dari kes Chernobyll. Tapi bila berlaku Tsunami, reaktor tersebut gagal diselamatkan. moralnya, risiko kemalangan nuklear cukup tinggi dan setinggi mana pun standard yang digunakan oleh Jepun, ia masih belum selamat.
Diantara syarat-syarat yang dikenakan oleh Australia untuk syarikat Lynas ini beroperasi ialah menetapkan tidak ada penduduk dalam radius 25 kilometer. Tapi di Gebeng macam mana?
See..tak ada kerajaan yang mahu terima Lynas kecuali Malaysia kerana mereka tau risiko yang perlu diambil.
thanks for the explaination bang mat. saya pun selepas melihat laporan berita ini: http://www.youtube.com/watch?v=E_ch_Q6ZQvM turut berasa gerun dgn kesan kilang rare earth ini. cumanya mungkin terasa sedikit dilema sebab saya mahu gunakan telefon, komputer, kereta, dsb namun bahan-bahan ini turut mempunyai elemen-elemen rare earth tersebut. mungkin ada balance yang boleh dicapai dlm isu rare earth ni? apa pendapat bang Mat?
sisa-sisa radioaktif tu Australia dh ckp derang tak mahu terima.
logam nadir atau rare earth tu mmg digunakan untuk membuat barang2 letronik, contohnya spt rechargeable battery. logam ini bukan radioaktif, tapi di dalam lapisan bumi, logam ini biasanya terdapat bersama2 dgn bahan2 radioaktif.
untuk digunakan, logam nadir ini perlu dibersihkan dan disamping logam2 nadir tulin yg terhasil, bahan2 sisa radioaktif juga terhasil oleh proses dari kilang pembersih/penulen itu. sisa radioaktif inilah yg menjadi masalahnya sekarang.
Selagi orang melayu tak faham mana satu isu penting dan mana satu isu tak penting selagi itu lah dorang baghal.
Kalau Individu yang terlibat dengan kes rasuah pasir dan kes khalwat berkuasa maka ada potensi kilang memproses nadir bumi terus kekal wujud bila PR berkuasa. Orang melayu pikiaq kut ni kot?
aku anti lynas….rasa takut tengok kesanya,tapi kenapa kerajaan masih nak buat juga, sedangkan kesan sudah ada dan berlaku di bukit merah perak. ini kerana semua kerana duit bukan keselamatan generasi akan datang.
anti lynas……….
bangun rakyat malaysia kita tentang
yang paling bahaya ialah sisa bahan radioaktif, selepas di proses …
sisa ini perlu dilupuskan disatu kawasan yang tiada penghuni dan tidak akan dihuni …
sekira kawasan tersebut kemudiannye akan dihuni, sekiranye berlaku kebocoran sisa tersebut, maka semua makhluk dipersekitaran akan menerima akibatnye …
dimalaysia mana ada tempat untuk tujuan tersebut …
negara nye ‘sekolet-tet’ … itu sebab ditentang habis habisan …
kalu buat juga pemperosesan tersebut, sisa tersebut tidak akan diekspot keluar malaysia …. tapi akan dilupuskan/ditanam dipersekitaran malaysia … soalnye dimana ? dimana tempat yang tidak akan dihuni untuk selamanye dan jauh dari penempatan…?
Sekiranye kebocoran berlaku dimasa depan, kesanye akan meresap dalam udara dan merayap dipersekitaran negara, ‘akibatnye generasi pada masa tersebut’ yang akan tanggung akibat ….
apekah kerana ‘kepentingan perut dan dibawah perut’ pemimpin yang ‘merompak dan menyamun hak rakyat’, maka kita turut sama diperbodohkan untuk menyokong perlaksanaan tersebut … sekiranya pada masa kebocoran berlaku, kita telah ‘lama berada dialam barzah’, mahukah kita dikutuk dan dimaki oleh generasi tersebut, disebabkan kita membiarkan atau lebeh teruk lagi, menyokong pulak ‘pemimpin yang hanya mementingkan ‘perut dan dibawah perut mereka sahaja’ … ?
kita hanya mendapat janji janji kosong ….
kalu nak kata … ianye akan disimpan dengan baik dan selamat … itu janji sebelum berlaku … bila dah berlaku kebocoran .. semua yang dah makan ‘habuan’ akan menuding jari satu sama lain dan melepaskan diri ….
Projek dimalaysia tiada satupun yang selamat … semuanye “BOCOR dan TIRIS” …. kalu, “PULAREK di JOHOR” belum guna dah runtuh, stadium runtuh, dewan sekolah runtuh, MRR retak, tayar LRT jatuh timpa orang, lrt di melaka jem, dan satnika jenih lagi … apakah boleh yakin dengan sebarang projek berkait dengan ‘bahan radioaktif’ …. ?
apakah kita mahu ‘AMANAHKAN’ generasi akan datang, dengan “SISA BAHAN RADIAOAKTIF”, sedangkan pemimpin kita “makan hasil komisennye” dan kita hanya dijadikan “BEROK MAT YEH”….
dah le kita tinggalkan hutang yang berlambak, dalam keadaan negara kaya, ni nak “AMANAHKAN PULAK” dengan “SISA BAHAN RADIOAKTIF” … APA PUNYA OTAK orang malaysia ni ….
sepatunye kita tinggalkan untuk generasi akan datang dengan ketenangan, keselesaan dan kemudahan hidup …
ni tidak, sebaliknye pulak … “amanahkan dengan, negara bangkrap, dan sisa radioaktif” …. betul betul jahilnye kita ….!!!
bro newborn-otai,
gua mohon share komen lu di facebook gua..
selagi mana bro msk ok, saya ok sajee..
Kita orang Melayu kena berani menghadapi kenyataan dan jangan terus menyorok di sebalik tabir kepalsuan dan jangan terus tertipu dengan para pemimpin elitis. Kena terus keluar dari minda feudal yang membelenggu dan membuat kita lemah selama ini.
saya pernah masuk tempat ni..memang tersorok..dari jalan utama pun kena lalu offroad dulu..yg keje sy tgk byk foreigner je..kalau search dlm google pun x jumpa…dah tu sekeliling tu byk kolam ikan… setakat ikan mati tu x yah cite la.. xterkira kot..and kawasan ni dekat dengan hutan simpan n taman herba…
salam
gua bersetuju dengan pendapat kalian semua cuma nak tambah satu lagi. Penguatkusaan pihak berkuasa pihak berkuasa mana yang akan memastikan tahap keselamatan dimana kilang tersebut beroperasi mengukiu prosidur, sedangkan badan kehakiman boleh dibeli, SPRM mengikut telunjuk pemerintah, Inspektor Kesihatan pilih bulu bila nak menyaman, PDRM jangan kiralah semua dah maklum. Cuba bagi tau jabatan mana yang ber intergeriti ?
Jika PR memerintah sekalipun mampukah menangani atau membendung gejala rasuah yang telah berakar dan menjadi saka dalam jabatan kerajaan yang terbabit dan masyarakat yang suka mengambil jalan pintas.
kalau betul-betul mau bersihkan rasuah, kita mesti kena buat macam hong kong dulu-dulu. british masa tu set up ICAC kat HK sebab rasuah diorang cukup serious sampai polis pun macam kongsi gelap. polis diorang dulu suka suka bunuh orang pun takde orang boleh control atau dakwa mereka (msia pun lebih kurang dah lah macam HK yang lama). So once ICAC diorang masuk, tak kira siapa pun, kaya atau miskin, pangkat tinggi atau rendah, asal pernah makan rasuah je, semua masuk jail. Start start tu memang lah susah sikit sebab polis semua mogok tak mau kerja, lagi pakat dengan kongsi gelap untuk buat hal seperti merompak, etc. tapi selepas diorang lepas period yang susah tu, sekarang kita tengok betapa majunya HK dan kes rasuah diorang is in control oledi….bukan kata perfect takde rasuah langsung, tapi tak banyak dah macam kat Msia ni.
Malaysia is such a blessed and beautiful land free from natural disaster, but due to the greediness of those in power plus the majority of innocent rakyat who doesn’t seem to know/care much about the damage that this Lynas is going to do to our land, in many years to come, our children is going to suffer from this man-make disaster. We are protecting it for our future generation. Yes, you are right, many Chinese may be financially benefitted from this project, including my own husband company which is one of the supplier to this mega project, yet, we are protesting it for the sake of our future generation. And we live in Selangor.
abg mat..search kat sini..
Leighton Contractors (Malaysia) Sdn Bhd
t: +60 3 2035 1788 | f: +60 3 2035 1799 | m: +60 13 641 8093
PT 159983 Jalan Persimpangan Lahat, Lahat, 31500 Perak, Malaysia
http://www.leightonasia.com
Strive for L-I-F-E Leighton – Incident – Free – Environment
Tima kasih Jim. Aku pun dah tengok gambar-gambar apa yang depa buat dalam tu. Aku dapat tau, tempat tu hanyalah dumping site..tapi masih belum dapat tau tentang kilang memproses. Ada info tak?
lynas tu buleh masuk malaysia sebab tax freeeeeeee utk 12thn..heheh..itu pasai buleh buat kat malaysia..dan yg best nya ada org tengah yg kaut untung lebih dari menteri.. sapa ye??? hehehe…tunggu..
isu liwat adalah amat penting…ini libatkan keruntuhan moral pemimpin yang memalukan…
lynas sudah dikaji dan selamat..tidak perlu dibangkitkan untuk menang undi sahaja..
pkr amat memalukan dengan masalah moral..
idea ….
I
pasai ape keluo kenyataan …
‘Kabinet setuju hantar sisa, balik ke australia’
kenyataan australia pulak, tak benarkan import bahan tersebut masuk ke australia …
II
apakah australia begitu bodoh….
buang duit kat negara lain, sekadar untuk cuci ‘bahan’yang “selamat-mengikut kajian saintifik” …
lebeh baik dia ‘korek’ di australia, terus cuci, dan jual kepada negara luar, yang telah berseh, berlipatganda untungnye ….
ngape kene angkut, keluo dari australia, bukak pulak kilang di negara lain, upah orang dinegara lain, sekadar untuk membersehkan “bahan yang selamat dari segi kajian saintifiknye” ….
“betoi betoi le, beribu kali bodoh kerajaan australia ni – buang duit kepada oghang lain” …
kalu pikir cagha bodoh pun, buleh nampak, permainan silap mata tu …
tiada siapa akan semudah itu memberikan duit pada orang lain, banyak pulak tu …. kecuali “ada udang beso dalam meeeee” yang nak dingapkan…..
entry yang hanya pendapat dan tiada sains fakta dan bias..
sila baca banyak2 pasal radioaktif dan kesan2 dan juga tahap2nya ya…
ornag kampung boleh tertipu tapi tidak org yang sentiasa meneliti dengan ilmiah
Selama ini pun orang kampung sudah diperbodohkan oleh Umno dan BN. Itu sebabnya, Melayu sudah bodoh tak dapat memikirkan yang mana satu selamat atau tidak. Kalau selamat, buat saja la kat Australia. Pasai apa nak buat kat sini?
punya le bodoh orang malaysia ni….
tak mahu terima lynas … untung banyak …
kat papan, ipoh tu … itu “JEPUN punya – tak selamat – teknologi jepun – teknologi asia” …
ni Australia punya leeee – mat saleh punya – yang ni selamat punya, pasai mat saleh punya ….
kalu adepun radioaktif, kajian “saintifiknye dah terbukti” yang ni jenis “mesra alam”
tak gitu, idea …
ni gambar sejarah …
ARE di papan, Ipoh …
http://www.consumer.org.my/index.php/homepage/slideshow/453-wasted-lives-lessons-from-radioactive-poisoning-in-bukit-merah
perjuangan yang panjang … dan akibat dari ‘ketamakan’… yang teman ingat, Duit Tabung Haji terlibat sama …