… Kita Runtuhkan Pakatan Rakyat
Oleh: MSK
Kadang-kadang susah nak ceritakan kat orang. Aku tak minat ceramah..tapi selalu pergi ceramah.
Mula-mula dulu memang seronok dengar ceramah. Terutama kalau penceramah tu kutuk Umno. Disetiap ceramah..memang ramai orang. Paling cokia pun sekitar400-500 orang. Kalau dapat penceramah yang kaw macam Gobalakrishnan, Ezam..mesti naik sampai 1000-2000 orang. Yang tu sekitar tahun 2000-2004.
Tapi bila BA kalah teruk tahun 2004, Aku pun makin kurang minat dengan ceramah sebab aku rasakan ceramah hanya untuk hiburan. Jumlah yang datang mendengar ceramah tak boleh diterjemahkan kepada undi. Ini kerana orang yang datang setiap ceramah adalah orang yang sama. Malah..kebanyakannya bukan yang mengundi ditempat tersebut. Contohnya..kalau Anwar datang ceramah di Bagan Datoh. yang datang adalah orang luar Bagan Datoh.
Memang la kehadiran sampai 10,000..tapi itu pengunjung yang datang dari seluruh Perak.
Salah satu sebab aku tak suka tengok ceramah ialah kerana isu yang disampaikan kebanyakannya aku dah tau. Kadang-kadang, pendengar lebih tau sesuatu isu itu berbanding penceramah.
Lama kelamaan..aku pergi ceramah untuk memerhatikan pengunjung…ataupun untuk jumpa member-member sambil pekena bihun sup.
Dengan memerhatikan pengunjung.. aku membuat penilaian sama ada ceramah itu berjaya atau tidak. Aku tak menilai jumlah pengunjung yang datang..tapi sapa yang datang.
Kalau ceramah Mat Sabu.. yang hadir sekitar 5,000 orang…tapi 90% daripdanya memakai baju Pas ataupun berkopiah putih..Mat Sabu hanya berjaya 10%. Tapi kalau Mat Sabu berceramah dan kehadiran hanya 500 orang tapi yang datang kebanyakannya Melayu Rock, India pakai subang ditelinga, atau Cina pakai singlet…yang tu aku kata ceramah Mat Sabu berjaya.
Sejak kebelakngan ini..timbul pulak satu hobi baru. Aku suka memerhatikan reaksi pengunjung ceramah apabila mendengar ceramah. Itu sebab videocam aku selalu dihalakan kepada penonton berbanding penceramah.
Dalam semua benda yang aku buat..ianya mendatangkan kecurigaan.
Tahun 2000-2004 masa tu aku tak ada videocam..yang ada hanya kamera still. Jadi…bila aku ambil gambar dan bawa buku nota..orang kata aku SB.
Bila aku tak dengar ceramah tapi lebih banyak round padang untuk memerhatikan manusia…orang juga heran. Budak-budak unit amal selalu ikut aku.”Pasai apa orang tua ni dok round padang…bukan nak dengar ceramah.”
Sekarang bila aku halakan videocam kearah pengunjung…ramai yang tutup muka atau berpaling. “ni SB ka? Ramai juga yang tengok muka aku dengan muka semacam.
Mungkin lain kali aku kena pakai vest “Harakah” atau “Suara Keadilan”..baru orang tak skeptik.
Aku ambik video pengunjung sebab aku nak tengok body language depa. Berapa ramai yang terhibur. Berapa ramai yang tak yakin. Dan berapa ramai yang tak percaya. dari situ aku nak menilai sejauh mana keberkesanan ceramah seseorang penceramah tersebut. Aku nak tengok berapa ramai yang gelak terbahak-bahak. Berapa ramai yang dok main handphone. Dan berapa ramai yang bersembang.
Wei..aku bukan nak mengkaji sama ada Pakatan boleh menang atau tidak dengan menilai body language penonton. Aku buat benda ni sebab aku melatih public speaking kat budak-budak sekolah. ha.ha.ha.
Anyway.. sejak tahun lepas..aku pulak sudah mula mendapat undang berceramah. Sori la..semuanya aku tolak sebab aku tak minat berceramah. Bukan hangpa tak tau kepala hotak aku. Silap-silap dalam ceramah aku hentam member balik. Tapi kalau dalam ceramah tertutup..itu ok. Habis ceramah..ada soal jawab. Kalau dalam ceramah aku hentam hangpa..habis ceramah hangpa boleh hentam aku.
Aku lebih suka mengkritik Pakatan daripada menghentam Umno sebab aku tak mau apa yang berlaku tahun 2000-2004 berulang. Semua orang ingat…dengan melihat jumlah orang yang datang mendengar ceramah..kita dah boleh menang. Tapi kita tak tau bahawa kita sebenarnya khayal dengan angan-angan.
Sekarang ni pun masih ramai yang berfikiran begitu. Ramai yang ingat dengan menghentam Umno..orang akan suka dan terus mengundi kita. Macam mana pulak kalau ada penceramah yang berani mengkritik Pas dalam ceramah Pas? Aku rasa sekali tu saja la dia dipanggil berceramah.
Hari Sabtu lepas, aku pergi ke ceramah ABU di Buntong. Seperti biasa, aku dengan videocam aku dan duduk depan sekali merakam penceramah dan penonton.
Selepas dua penceramah berceramah..Pengerusi Majlis datang jumpa aku. “Mat…Mat Sabu tak datang….I minta you tolong bagi ceramah..please?”
Aku nak cakap apa?
Gila…dari merakam penceramah..aku disuruh berceramah pulak.
Hangpa jangan peduli sapa yang berceramah. Tapi cuba perhatikan apakah yang diperkatakan..dan bagaimana reaksi penonton. Kita mungkin berjaya menarik orang membenci Umno..tapi apakah kita sudah berjaya menarik orang untuk menyukai kita?






19 Comments
Salam abg mat… second speaker tu dari maner.. lancor benor dia nyembang
Hindraf
Bang Mat,
Teman ingat miker yg jadi wakil hindraf…second speaker to cuma translate jer…hehehe
apsal pendek jer video klip nyer
Cukup la. Sat lagi orang kata aku promo diri sendiri pulak.
hahaha patut la malaysiatimes dah kurang artikel.. dia start pg ceramah lak!!! hehehe
steady la Abg Mat.. projek video dah berjalan!!! teruskan.. wa pun dlm proses nak rembat 1 videocam..
bro ….
patut le teman ada terbaca dalam fb, ada oghang minat kat ceramah mika, sampei ngajak buat ceramah kat kuantan ….
ghope ghopenye mika punya ceramah ‘tip top’ ….
kalu dua tiga kali lagi mika ceramah…
teman ghase …. ‘meneghu’ oghang datang …
kalu betembung ngan ceramah najib, najib pun kene tenggei …
bravo …
otai punya pukulan bleh buat Najib tak lena tido mlm oooo…
keh keh keh keh keh..
nape janggut bro MSK lagi panjang dari rambut?
heee,yg itu ditanyenye…he..he..he..
Haah! janggut dah jadi background mic! Diharap MSK akan rebonding janggut. hihhihih!
AKU SETUJU BRO MSK, AYAT TERAKHIR YANG DIPERKATAKAN BRO MAT MSK VIDEO TU AMAT AKU SETUJU…. BRO… PENCERAMAH YANG KEDUA TU DIKATA APA…..????
Tu bukan penceramah tapi pengerusi majlis. Dia kata.
“Ini Mat saman aaaa…bila kita panggil dia suruh bercakap..dia tak mau. Dia cakap dia tak tau apa mau cakap. Tapi bila dia sudah cakap..apa dia cakap kita worang banyak setuju. Lain kali aaa…kita worang akan panggil lagi ini Mat Saman suruh bagi ceramah.”
kikikiki….. boleh paham hah….. kikikikiki… boleh jugak bro ceramah… takde gagap tergantung2… kalau bro ‘WALA’ pada pimpinan, da tentu sekarang merata2 tempat bro berceramah…. kikikikiki…
Wah, orang Tabligh mesti jealous bila tengok janggut kau Bro MSK, sebab kebanyakan janggut dia orang ciput je…
bravo la bang fendi, semakin ada tokoh menjadi ADUN… aku kena tuko tempat ngundi lepaih nih.
Ada tokoh bro……
Whats up Bro? H/p dah masuk ayor…leh terima call aje.
macam mana nak contact hang? aku tak boleh cakap kat sini.