Piawaian pemimpin (3)
Oleh: MSK
Ramai orang marah kat aku pasai aku selalu kutuk Pakatan..tapi jarang kutuk Umno. Sebab itu juga, ramai member-member yang lari dari aku dan kata aku dah lari dari perjuangan. Depa mau aku ikut macam depa..kutuk Umno tiap-tiap hari. serang Umno tiap-tiap hari.
Aku kurang setuju..sebab daripada membuang masa dan menghabiskan tenaga mengutuk Umno..lebih kita cari kelemahan kita dan perbaiki. bukan dengan menonjolkan kekotoran orang lain..tapi kita sendiri bergelumang taik.
Aku merasakan bahawa kita jadi begitu sebab kita menggunakan Umno sebagai penanda aras.
Bila aku cerita tentang orang Pakatan yang sapu balak…maka ada la suara yang mengutuk aku balik. “Umno sapu juta-juta hang diam…berapa Umno bayaq hang?”
Seolah-olah..kalau kita buat sikit tak salah..yang salah Umno pasai depa sapu lebih banyak.
Bila ada orang Umno yang kena cekup pasai rasuah..kita pun bising hingga tak terkata. Tapi bila aku tulis pasai orang Pakatan pun rasuah pasir…maka adalah yang kutuk balik. “Hang nak jatuhkan PR ka? Shahrizat sapu RM250 juta hang tak pernah tulih pun. Tapi bila ADUN PKR kena siasat pasai pasir..hang tulis sampai boleh buat buku!!”
Bila orang Umno kena cekup pasai khalwat…kita pun berkokok walaupun hari dah siang. Tapi bila ada orang kita yang kena cekup..mula la keluar hadis dan ayat Quran..”Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
Apa piawaian yang kita gunakan untuk menilai sesuatu berita? Adakah kita perlu menetapkan piawaian..ataupun sekadar membuat perbandingan dengan Umno?
Kalau kita buat perbandingan dengan Umno…maknanya kita pun buat benda yang sama..cuma Umno lebih teruk lagi. Kalau itu yang kita buat..maka aku tak yakin kat hangpa. Sebabnya..kalau hangpa memerintah nanti..hangpa juga akan buat lebih dari Umno.
Bagi aku yang duduk ditengah..aku memang dah tak percaya kat Umno. Hangpa tak payah kutuk Umno pun tak pa..sebab aku bukan nak membandingkan hangpa dengan Umno.
Kalau seorang pencuri itu mencuri RM5,000.00..aku tak berapa kisah..sebab memang itu kerja dia. Aku akan salahkan polis sebab gagal menjaga keselamatan.
Tapi kalau Tok Imam mencuri duit masjid RM50.00…yang tu aku salahkan Imam. Kalau Tok Imam bagi tau aku..”aku ambik RM50.00 hangpa maki aku..tapi yang mencuri RM5,000.00 hangpa diam saja!!” aku katok kepala Tok Imam tersebut. Boleh ka aku bandingkan Tok Imam dengan pencuri?
Aku lebih marah kepada Tok Imam yang sapu duit masjid RM50.00 sebab dia dok bercakap tentang halal haram siang malam. Kita dok percaya dia orang baik..tup-tup dia buat kelaku macam tu…hangpa tak marah ka?
Kalau Najib ada skandal dengan Ziana..yang tu pun aku tak heran. Hangpa heran ka kalau Najib buat benda tu? Aku pun tak heran kalau orang Umno masih sokong Najib..sebab benda tu dah biasa dikalangan orang Umno.
Tapi kalau Ustaz dalam Pakatan yang buat benda tu…yang tu aku marah. Sebab aku harapkan Ustaz dalam Pakatan lebih mulia..tak pernah buat salah. Siang malam dok berceramah tentang moral…tapi kalau dia juga buat…aku tak boleh maafkan.
So…ada dua piawaian kat sini. Satu untuk UBN…satu lagi untuk Pakatan.
Untuk BN..piawaian apa yang nak kita pakai? Kalau nak pilih Ketua Cawangan pun main duit..Nak pilih Ketua Bahagian pun main duit..maka yang lahir dari pemilihan tersebut ialah kaki songlap. Tak perlu kita menilai sama ada depa baguih atau tidak. Campak saja ke tong sampah. Jangan simpan…empty the recycle bin.
Tapi untuk pemimpin Pakatan..piawaian nya cukup tinggi. Tak boleh bandingkan dengan Umno saja.
Kalau ada pemimpin Pakatan yang main duit untuk menang Ketua Cabang…campak saja. Jangan pikir dua kali sebab dia lebih teruk dari Umno. Dia lebih tak boleh dipercayai dari orang Umno sebab dia bercakap tentang nilai. Dia bercakap tentang keadilan dan ketelusan…tapi dia buat sebaliknya.
Kadang-kadang…aku terbaca juga komen-komen dalam blog-blog.,”
“Bro..No matter how bad Pakatan leaders are…they are still better than Umno leaders.” Aku tak boleh terima benda ni. Sebabya..aku selalu dengar..’tak ada Islam suku atau Islam separuh.”. Hukum minum arak pun tak kira sama ada kita minum setegok atau satu barrel. Hukum zina pun tak kira sama ada kita buat sekali atau setiap hari.
“Mana ada orang yang perfect bro!.” Aaaaa..yang ni la aku selalu dengar bila dah tak boleh nak berhujah. Ayat ni selalunya last sekali. Macam mana kalau ayat ni kita letak dipermulaan hujah dan dijadikan piawaian?
Tepuk dada.






11 Comments
bro …
common la bro …
‘where got road, kalu like this’, bro …
please la bro …
kami cuma ‘hidu gam’ ajee….
‘the other side’ tu, depa lagi sakan laaa bro …
dadah gred A+++ punya ….
inilah lah yang dididik oleh UBN selama 50 tahun, menjadikan UBN sebagai penanda aras ….
MAHUKAH KITA biarkan sesiapa sahaja, makhluk yang ujud di malaysia ni, berpendirian seperti hidu gam dan dadah Gred A+++ ….
yang hidu gam pasai, depa tak mampu untuk dapat dadah gred A+++ punya … kalu idak depa pun guna gred A+++ punya …
serupa le… menyangak, menyamun, merogol, dan sat nike jenih lagi, peghangei yang haprak yang ada pade ahli politik … yang kecik cagha kecik yang beso cagha beso …
ate nak buat camne … first, UBN ‘getout’, PR make sure tidak menghidu gam, semasa depa papa-kedana ….
kalu dibiokan masa papa-kedana, depa hidu gam, bila dan kaya-ghaye, depa guna pulak, dadah gred A++++ …….
maka jadi lah seperti cerita “lanang sejagat – bunuh raja, naik yang lebeh zalim lagi” ….
kot manapun UBN kena ‘getout’ dulu ….
ABU perlu didahulukan …
Mind Blowing article mat…bye the way ..cuba hang baca nie mat….
There’s nothing stupider than a crowd. Take an average, intelligent person and put him in an emergency and he’ll likely remain calm and await instructions. Put him in a crowd and he’ll start screaming, looting and overturning cars. Right?
Well … not really. That’s why we have crowdsourcing.
“Crowdsourcing” is one of those business buzzwords that actually represents something very simple: letting crowds of strangers do your work for you. But it’s not just about convincing a bunch of bored people to do grunt work for free — when you see what the masses of untrained non-experts are capable of when they put their heads together, it’s almost magical. – -
kalau gen Y dalam group nie confirm ABU lah mat …
BismillahiRahmanirohim.
Macam cerita para malaikat jugak la. Para malaikat pakat abih mintak tolong malaikat Azazil doakan mohon kepada Allah s.w.t supaya depa tak termasuk dalam kumpulan malaikat yang menderhaka kepada Allah. Tapi malaikat Azazil lupa doakan untuk diri dia sendiri. Last sekali dia kena tendang jadi Iblis/Lucifer.
Kalau Politician Islam PR diumpamakan macam malaikat, potensi untuk jadi Lucifer tu aku nengok memang ada. Jadi kepada politician Islam PR, hangpa jadikanlah kisah malaikat ni sebagai ikhtibar sebelum hangpa kena tendang dengan pengundi jadi kupang tembaga!
Satu lagi yang menjadi kerisauan saya bang Mat (maaf kalau lari topik artikel) ialah masyarakat bukan Melayu yang begitu bencikan kepada Umno hingga mereka menjadi rasis terhadap bangsa Melayu. Tengok komen2 dalam Malaysia Today & Malaysian Insider.
Setuju. Dan ini menunjukkan Umno berjaya. Orang-orang macam Ibrahim Ali dan Hasan Ali diwujudkan untuk mencipta suasana supaya orang bukan Melayu membenci Melayu. Dan bukan orang bukan Melayu saja yang terperangkap..malah ramai juga orang Melayu dalam Pas juga terperangkap.
Bila orang bukan Melayu mengutuk Melayu disebabkan depa tak suka Umno..Orang Melayu dalam Pakatan juga marah. Akhirnya nanti..orang Melayu dalam Pakatan juga akan menyokong Umno.
kan ini akan menyebabkan perpecahan bang Mat? mungkin benar kata mereka akan terjadi two race party system?
Ha ha ha..
MSK..depa tu kompius antara Banchmark dengan Base-line..Depa suka ambik UMNO sebagai Benchmark (Penanda Aras) bukan sebagai baseline (garis-dasar) tu yang tak betul tu ..ha ha ha.
encik mat…cuba ko cerita sikit pasal badrol amin ni…aku dulu suka betul dengar cd dia ngaji…tapi bila bab politik memang aku tak gemar dia ni,since die mengata dr asri tu la….tiba2,kena tangkap khalwat pulok…hahha…tak kan takde cerita encik mat
Aku tak mau cerita kisah dalam bilik orang. Tak kira dia dari BN atau Pakatan. Apa yang depa buat dalam bilik berkunci..tu depa punya pasal.
Bukan setakat Badrul Amin..aku juga tau kisah sorang lagi ahli Parlimen PKR yang ada affair dengan Ahli Majlis yang juga bini orang. Selagi boleh, aku bagi tau kat depa diam-diam. Kalau kena cekup..mampuih pi la kat depa.
DALAM FESBUK PONG MACAM TU BRO…KALAU KUTUK UMNO… BERBAKUL2 KOMEN MASUK UNTUK SAMBUNG KUTUKAN… TAPI BILA BELASAH PR…. 2-3 ORANG JE YANG BERANI KOMEN…. KEH…KEH…KEH….
kalau ikut buku ‘the prince’ oleh Niccolò Machiavelli, banyak dinyatakan piawaian pemimpin.