Evolusi media
Oleh: MSK
Tahun 1969..masa tu aku berumur 10 tahun. Aku dilahirkan dalam sebuah kampung yang ulu..dua jam berbasikal dari pekan Tapah. Dalam kampung tu semua Melayu dan kampung yang paling hampir ialah sebuah kampung Orang Asli diseberang sungai.
Hubungan dengan orang Cina hanyalah dengan penjual ikan..Ah Sang. Orang India memang tak boleh jumpa sebab depa semua duduk kat estet. Tengok orang Jerman lagi senang..sebab masa tu depa tengah buat empangan Kuala Woh.
Satu-satunya suratkhabar yang dibaca oleh orang kampung masa tu ialah Utusan Melayu. Tu pun seminggu sekali. Paling tinggi pun dua kali seminggu sebab bukan tiap-tiap hari orang kampung keluar pergi pekan Tapah.
TV tak ada lagi..yang ada hanya radio transistor. Aku jarang dengar radio. Mak bapak aku pun bukan peduli sangat dengan radio sebab kakak aku dok pulun sorang-sorang..dengar lagi A. Halim,. A. Rahman Hasan.
Apa yang berlaku di luar kampung..sebenarnya ramai yang tak tau. Kalau apa-apa berlaku kat pemimpin negara atau parti politik pun..orang tak ambil pot. Pengetahuan am cukup rendah dan kadar buta huruf cukup tinggi.
Tapi pada tahun tersebut, satu perubahan politik berlaku dimana Perikatan kalah dibanyak tempat kepada pembangkang. Di Tapah masa tu, Ibrahim Singgeh jadi calon DAP untuk DUN Banir. Aku boleh ingat sebab dia masuk kekampung berkempen. Tapi calon Parlimen langsung tak masuk.
Pada tahun tu..DAP menang di dua-dua DUN dan Parlimen. Macam mana depa boleh menang..aku tak tau. Kalau nak kata orang kampung menolak Perikatan sebab Perikatan korup dan menyeleweng..tak mungkin. Sebab depa bukan tau apa-apa pun.Yang depa tau hanyalah cerita-cerita bagus Perikatan yang keluar dalam Utusan Melayu. Kalau nak kata DAP berjaya menyampaikan maklumat kepada orang kampung pun tak betui..sebab muka orang DAP pun orang kampung tak pernah tengok.
Tapi mungkin ada satu faktor yang menyebabkan orang kampung boleh berfikir.
Setaip pagi, pukul 6 pagi..akan keluar ucapan-ucapan pemimpin Parti komunis Malaya melalui radio underground depa. Masa tu, kalau kita pasang radia Malaysia pun kena potong..dan digantikan dengan radio PKM.
Yang ni aku respek Parti Komunis Malaya. Dah la duduk dalam hutan, tapi lebih canggih dari parti pemerintah. Malah aku lebih respek PKM masa tu berbanding dengan pemimpin parti politik yang ada sekarang yang tak tau macam mana nak kuasai media walaupun dalam kehidupan yang serba canggih.
Tu pasai aku banyak kali dok kata. Bagi Pengarah Penerangan Negeri Kelantan kat Aduka Taruna pun lagi baguih. Dengan duit jual T-Shirt pun boleh buat Radio Budu.
Tahun 1972, aku masuk Form 1 di Government English Secondary School . Oleh kerana jauh sangat dari rumah dan susah nak kesekolah, kami sekeluarga berpindah ke kampung yang lebih dekat dengan pekan Tapah. Berlaku la kejutan budaya sebab dalam sekolah tu semua ada. Melayu, cina, India, Punjabi dan Orang Asli.
Suratkhabar jawi Utusan Melayu tak main la. Aku baca Straits Times. Kakak aku dok pulun beli URTV, aku pulak dok pulun dengar lagu Deep Purple, Whitesnake, Uriah Heep, Rolling Stone. TV pun dah ada tapi budak sekolah mana minat politik.Perikatan dah mati masa tu dan digantikan dengan Barisan Nasional.
Satu pengajaran yang diperolehi oleh Perikatan dan kemudiannya BN ialah pentingnya penyaluran maklumat kepada orang kampung. Aku kata “maklumat”..bukan kebenaran. Ada maklumat yang betui dan ada maklumat menipu.
BN menguasai semua media..baik melalui suratkhabar, radio..dan TV. Dengan media-media ini..BN berjaya mengekalkan kuasa sampai kehari ini.Dan rakyat mempercayai maklumat-maklumat yang ada dalam media ini sebab masa tu madia boleh dikatakan liberal. Ada cerita positif dan ada cerita negatif. Cerita-cerita tentang keburukan BN pun kita boleh baca dalam Utusan Melayu.
Tahun 80an dan 90an merupkan era dominasi BN didalam media pasai depa kontrol semua media.
Keseluruhannya..media cetak, radio dan TV menjadi media utama untuk penyebaran maklumat untuk jangka masa 40 tahun.
Tapi bila masuk abad ke 21..keadaan berubah apabila internet menjadi popular.Ditambah pulak dengan penyingkiran Anwar dari Umno..secara tiba-tiba internet menjadi pilihan. Masa tu..orang Melayu lebih percaya kepada laman web dan Harakah berbanding Utusan dan Berita Harian.
Kalau media cetak, radio dan TV dikuasai oleh BN, media internet pula dikuasa oleh pembangkang.Dan dengaan kekuatan internet, pembangkang berjaya meruntuhkan BN di lima buah negeri.
Tapi selepas 2008, Pakatan Rakyat yang berjaya mengambilalih lima buah negeri pun tak berapa ambil pot dengan media internet…dan dalam masa yang sama menyalahkan BN sebab tak bagi peluang kat PR dalam media konservatif.
Sekarang tahun 2012. Dekad kedua dalam abad ke 21.
Media cetak dan elektronik masih lagi dikuasai oleh BN. Tapi media internet yang pada mulanya dikuasai oleh pembangkang…sekarang sudah dikuasai oleh BN jugak.
Yang ni nak salahkan sapa? Kalau media cetak dan elektronik..kita boleh salahkan BN sebab depa menguasainya dengan cara undang-undang dan kuku besi, tapi dalam media internet kita tak boleh menggunakan alasan yang sama. Hang boleh buat…aku pun boleh buat. Bezanya sama ada hang nak buat atau tidak.
Alasan “Nak buat atau tidak’ ni pun aku tak boleh nak pakai sebab masing-masing ada buat. Ada blog dan FB pro-Umno dan ada blog dan FB yang pro Pakatan. Aku tengok sama banyak.
Bezanya..mengapa blog dan FB pro-Umno makin lama makin popular manakala blog dan FB pro-Pakatan makin lama makin pudar?
Aku boleh setuju kalau ada yang mengatakan blog-blog pro-umno kebanyakannya blog porno dan fitnah. Hangpa boleh kata blog pro-Pakatan menyatakan kebenaran. Tapi kalau makin ramai yang menyukai dan mempercayai cerita-cerita “fitnah” dalam blog pro-Umno..ada sesuatu yang tak kena.
Kita tak boleh lagi kata masyarakat masih bodoh sebab tak nampak kebenaran. Kita tak boleh lagi kata pengundi tak pakai akai untuk menilai kebenaran dan kebatilan.
Kalau pengundi lebih percaya kepada fitnah yang dipromosikan oleh blog pro-Umno dan tidak percaya kepada “kebenaran” yang dibawa oleh blog pro-Pakatan..itu menunjukkan kita ada masalah.
Dimana masalahnya? aku minta terutamanya blogger dan Facebooker Perak mencari punca masalah ini.






14 Comments
1. Hardware lama (majority PR politician) tak boleh nak terima software baru.
2. Hardware baru pun jenis out of date (jual longgok pasar karat)
3. Majority blogger pro PR berblog atas inisiatif sendiri atas sikap bebas/tak walaq/menentang kemungkaran.
4. Sikap (3) menyebabkan blogger pro PR menjadi musuh (1) dan (2).
5. Individu genius tak dapat diterima di peringkat kepimpinan PR (PAS/PKR). Yang wujud cuma pimpinan yg orang bawah ‘boleh makan’. Kalau tak ‘boleh makan’ depa cantas.
Kesimpulan: PR berpotensi mati ‘bunuh diri’ bukan mati ‘kena bunuh’.
P/S: selanjutnya tunggu aku lambung kunyit dulu!
Betul lah cakap chor tue.. sokong sangat. Bila tulis sikit pasal keburukan pr dan2 kena kutuk kaw2.. contoh isu imam mahdi tue berapa teruk daa aku kena balon.. masalahnya anwar tue imam mahdi ka sepertimana yang dikiaskan oleh badrolamin? LAST2 kantoi.. t
tue pun masih ada yang suka tokok tambah citer buat drama babak kena serang dengan 20 orang dan etc2.. kadang2 pedap. Berhujah kena berdasarkan fakta bukan ikut label parti.. aku muak kalau ikut2 label neh.. kot ye kita nak mengangkat kebaikan kena angkat yang betul2 baik.. bukan main pakat sumbat dan anggap seme dari pr itu baik.
bro msk tahun 72 whitesnake belum ada laa..hang jgn bagi chor dan nizam telan bulat2 apa hang kata.Coverdale tubuh whitesnake late 70″s, sebelum tu dia dgn deep purple.
Hang betui. Benda tu dah lebih 30 tahun..aku pun tulis main ikut apa yang teringat saja.
Under estimate nampak! Tommy Aldrige drummer whitesnake tu sekarang ni umur dia 61 tahun. Coverdale penyanyi Deep Purple masa MSK teenager. Coverdale kuar tubuh whitesnake, Ricthie Blackmore kuar tubuhkan Rainbow. Bila2 kalau ada masa aku u tubekan video aku main lagu Burn versi whitesnake.
Chor kaderan bukan itu tajuk perbincangan kita di sini. Cuba hangpa pikir bagaimana PKM bergerak dan dapat menyebarkan maklumat kepada orang awam pada masa tu dengan tanpa adanya tenet, henpon, FB, Twiter dan bermacam media yang ada sekarang ni. Wa respek cara diorang buat kerja berjuang bukan untuk tembolok sendiri tapi untuk negara,nusa dan bangsa.
tapi aku suka yang ni
http://www.youtube.com/watch?v=ttlp1wgM7go
aisey bro chor, aku underestimated hang pulak, sorry. aku ni lain macam sikit kalu org start cite pasal genre heavy metal and glam metal.hang ingat semua org pas macam bekas manager team perak ke..
kalu aku link satu youtube zaman 80an masa battle of the band, hang sure kenal aku ngee….
Hang sebut nama band dengan instrument hang.
Err… prepare lagu Burn, Master of puppet, Creeping Death, Enter Sandman, Ribut Sweet Charity.
Nizam tu dasat gak. Suara dia boleh pegi 4 octave!
Ada rezeki boleh jeming!
takdak sapa dgq sex pistol ka? hahhaa
politic is a politic ….
politician is a politician …
dari dulu hingga kini ….
sukar mencari kebenaran didalmnye …
masing masing rakyat, dibiarkan dalam dilema dan persepsi sendiri …
maklumat yang diberikan, sekadar mengikut ‘kepentingan semasa’, oleh penyampai maklumat …
kebenaran ‘dipersetankan’ …
maka kitapun mengikut arus masa dan hanyut bersama persepsi sendiri sendiri …
lalu setiap politician ‘mengambil kesempatan’ diatas ‘kehanyutan’ kita ….
cuma apa yang boleh diharapkan, tukar dulu pemerentah yang dah menyelanak ‘ghete dan hak rakyat’, pastu, kita kigha lain, puak yang baghu naik tu …
ABU perlu dijayakan ….
dengan harapan, kebenaran akan boleh diserlahkan, biarpun masih kabor, sekurang kurangnye, kita dah ada pilihan … selagi UBN terus kekal, kita akan terus hanyut dalam ‘kekeliruan’ atas kebenaran …
cuma masalah besar untuk ABU dan kemenangan PR … tiadanye ‘kerjasama sebenar’ bagi sebuah PR yang jitu …
yang ade hang-hang, aku-aku …..
UBN senang senang aje ‘ngap’, ‘ghepah’ telan …
ni kali pertama masuk site matsamakati. Kali pertama jumpa tuan dlm majlus KAMI. Dengar cakap dan saranan dlm wacana tu memang m’kati seorg peneliti politik yg tidak kurang hebat. Seronok dpt denfar pendapat yg kritikal. Tapi tak ramai pimpinan yg dengar suara org yg tak berjawatan macam m’kati. Bukan m’kati je, ramai yg macam m’kati dialpakan. Tapi tak pa, hanya jauhari yg mengenal manikam. Diharap pengamal media yg merdeka minda akan gembeling suara utk dlm satu badan supaya idea2 bernas boleh diketengahkan utk dianbil kira oleh PR. BN tak payah hirau lah. Parti tu dah terlalu lama senang dan dibuai mimpi. Dua org lagi susah nak dengar idea dari pebgamal media yg ikhlad
bang mat.. tak paham. macam mana dengan siaran hijack PKM pukul 6am boleh memenangkan DAP?
Radio PKM setiap hari menceritakan penyelewengan dan kelemahan Perikatan. Dalam masa yang sama, orang kampung pun bukan kenal DAP. Tapi bila tiba pilihanraya, orang mengundi DAP bukan sebab depa suka kat DAP, tapi pasai depa tak suka kat Perikatan,