Selangor dalam bahaya

July 1, 2011


 Bahagian 1

Pada 2 Mei 2011, Zuraidah Kamarudin, Ketua Wanita PKR memberitahu dalam satu sidang akhbar bahawa Pakatan Rakyat selangor bukan saja akan mempertahankan Selangor, malah akan menguasai dua pertiga kerusi DUN Selangor. (Sini)

Pada 4 Jun 2011, Mat Sabu diisytiharkan menang jawatan Timbalan Presiden Pas. (Sini)

Pada 5 Jun 2011, Mat Sabu menyanggah kenyataan Zuraida tentang peluang Pakatan Rakyat di Selangor dengan menyatakan “”Belum tentu, belum tentu kita boleh menang,” katanya.

Pada 10 Jun 2011, Zuraida membuat laporan polis tentang penemuan “video seks” Mat Sabu. (Sini) Dari puluhan juta rakyat Malaysia, mengapa Zuraida yang begitu “prihatin” terhadap Mat Sabu? Sedangkan dalam kes video seks Anwar, Zuraida takat berceramah saja?.This is interesting.

Pada 12 June 2011, Hasan Ali digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Pada 13 Jun 2011, Blogger Ikutsukaakuisa menulis tentang Mat Sabu Di Sabotaj oleh PKR dan PAS….???? Apa yang menarik dalam tulisan ISA ialah “

Maka di lancarkan Video Kedua (CD-2), untuk merosakkan imej Mat Sabu… kali ini siapa yang lantang bersuara berkaitan video kedua ini… hahahaha… beliau ialah pompuan atasan dalam PKR, lu orang carilah kenyataan akhbar pompuan ini yang menjadi pencacai tegar orang atas… atas.. atas… lagi dalam PKR.

Aku tak mau tuduh sapa-sapa dan tak mau juga membuat sebarang kesimpulan. Tapi apa yang aku rasakan ialah bukan Umno saja yang takut dengan kemenangan Mat Sabu, malah PKR juga takut dengan kemenangan Mat Sabu. PKR lebih selesa kalau Hasan Ali jadi Pesuruhjaya PAs Selangor, pasai ramai orang tak suka Hasan Ali.

Bila orang tak suka Hasan Ali, Pas akan lemah dan PKR akan terus mendominasi Selangor. Tapi kalau PAS kuat… PKR Selangor akan merudum.

—————————————————————————————–

Bahagian 2

Dalam posting Jalan Tengah 2, aku tulis ayat-ayat ini….

Baru bulan lepas, Zuraidah dan Suhaimi dengan bangga mengatakan bahawa PR bukan saja akan mempertahankan Selangor, malah akan menambah kerusi lebih dari dua pertiga. Semalam Mat Sabu pula mengatakan Selangor dalam bahaya. Kalau pilihanraya diadakan sekarang, belum tentu Pakatan Rakyat Selangor akan dapat bertahan. Ini dua pandangan yang sangat ekstrim!! Siapa yang boleh dipercayai? Mat Sabu atau Zuraidah?

Aku lebih percaya cakap Mat Sabu dari Zuraidah. Malah aku tulis juga yang ini….

Bukan setakat Selangor, malah Kedah juga dalam bahaya. Dengan peralihan sebanyak 5% undi yang menyokong Pakatan dalam tahun 2008, akan menyebabkan Pakatan Rakyat Kedah tersungkur.

 Tapi…beberapa hari lalu, Kit Siang juga berkata Pakatan Rakyat akan dapat mempertahankan Selangor!! So, PKR dengan DAP begitu konfiden, tapi Mat Sabu tak konfiden. Aku pulak menyebelahi Mat Sabu. Sapa yang betul?

Tak perlu berbahas sapa yang betul. Hangpa tengok dan fikir sendiri.

Dalam PRU 2008 yang lalu, Pakatan Rakyat menang sebanyak 36 kerusi dan BN mendapat 20 kerusi. (Jangan kira yang lompat).

Tapi dalam jumlah 36 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan, 10 kerusi mendapat majoriti dibawah 10%.

selangor 2 - Selangor dalam bahaya

 Bagaimana kalau berlaku perubahan sebanyak 5% pengundi beralih kepada BN? Semua kerusi ini akan lingkup. BN akan mendapat 30 kerusi dan PR akan tinggal 26 kerusi.

BN juga memenangi 12 kerusi dengan majoriti dibawah 10%.

selangor 1 - Selangor dalam bahaya

Sekiranya Pakatan berjaya menambah 5% dari jumlah yang diperolehi dalam PRU 2008, maka Pakatan akan mampu mendapatkan majoriti 2/3. Sama keadaannya macam Kedah.

Kit Siang betul, kalau berlaku pertambahan 5% undi berbanding PRU 2008. Mat Sabu betul, kalau berlaku kekurangan 5% undi berbanding PRU 2008.

————————————————————————————————-

Apa kaitan Bahagian 1 dan Bahagian 2?

Seperti kata Maradona dalam ruangan komen..”Politics is about power”. There’s no permanent enemies or friends in politics.

Sekarang ini, DAP mempunyai 13 kerusi, PAS: 8 dan PKR 15(tolak 1). Oleh itu, PKR berhak menerajui Selangor dan Menteri Besar dari PKR. Bagaimana kalau Pakatan mampu mempertahankan Selangor tetapi dengan majoriti kerusi yang rendah daripada sekarang? Katakanlah  DAP kekal dengan 13 kerusi, tetapi Pas berjaya menambah kepada 10 kerusi, manakala PKR kehilangan 8 kerusi menjadikan hanya 7 kerusi? Jumlah keseluruhan, Pakatan Rakyat  30 kerusi berbanding BN:26. Siapakah yang akan menerajui Selangor dan menjadi Menteri Besar?

Ini persoalan menarik. Mengapa aku katakan menarik adalah berasaskan kajian yang dibuat oleh Merdeka Center baru-baru ini.

Sebaik saja selesai Muktamar Pas pada 4 Jun, PKR telah menugaskan Merdeka Center untuk membuat kajian tentang tahap sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat. Soalan yang diberikan cukup mudah dan hanya dua soalan yang diajukan.

1. Adakah anda percaya kepada Anwar Ibrahim?

2. Adakah anda percaya kepada Pas?

Kawasan kajian dibahagikan kepada beberapa kriteria:

1. Luarbandar ( Sabak Bernam, Sekincan, Sungai Besar dan Jeram)

2. Bandar (Shah Alam, Kota Damansara, PJ Selatan dan PJ Utara)

3. Pengundi Cina

4. Pengundi India.

Hasilnya?

1. Hanya 37% daripada pengundi luarbandar yang percaya kepada Anwar manakala tahap kepercayaan terhadap PAS meningkat kepada 57%.

2. Hanya 31% daripada pengundi bandar percaya kepada Anwar manakala kepercayaan kepada PAS meningkat kepada 61%.

3. Hanya 27% pengundi Cina percaya kepada Anwar manakala sokongan kepada PAS kekal pada tahap 46%.

4. Hanya 18% pengundi India masih percaya kepada Anwar manakala sokongan kepada Pas sekitar 23%.

Hasil kajian Merdeka Center ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PKR baru-baru ini. Sepatutnya ia adalah rahsia dalaman parti dan tak sepatutnya terbongkar. Lagipun, semua yang diragui kesetiaannya sudah pun meninggalkan parti. Rupanya ada lagi Trojan Horse dalam PKR. But that’s not your problem..or my problem.

Cuba plot hasil kajian ini kepada keputusan pilihanraya 2008 yang lalu dan apakah unjuran yang hangpa dapat?

DAP:13?

Pas:10?

PKR:7?

Untuk memudahkan hangpa membuat unjuran, aku attachkan keputusan PRU 2008 Selangor mengikut DUN. Download disini.

Sapa yang pakai Officet 2000, Download disini.

Selamat menjadi penganalisis politk.