Perubatan tradisi

September 10, 2011

 

Oleh: MSK

Sejak lepas Raya, aku cuba menulis tentang perkara-perkara remeh. Tentang bahasa Perak, Bahasa Inggeris, dan Perubatan Melayu. Didalam blog-blog lain, orang bercakap tentang Sejarah. Manakala yang terbaru, tentang Ekonomi.

Semuanya hancur. Bahasa Melayu sudah banyak kali dipinda tapi masih gagal menjadi bahasa ilmu. Banyak perbendaharaan kata yang diambil dari Bahasa Inggeris, sedangkan perbendaharaan kata yang sedia ada dalam dialek-dialek dinegara kita dibiarkan.

Penggunaan Bahasa Inggeris juga semakin lama semakin merudum. Mungkin aku silap, tapi tahap Bahasa Inggeris yang ada sekarang di university lebih teruk dari tahap LCE masa aku dulu. Sedangkan yang dapat “A” semakin lama semakin bertambah.

Pengajian Sejarah juga semakin hancur apabila semakin lama hanya sejarah Umno saja yang melambak dalam buku. Pelajar-pelajar hanya tahu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein. Bila Mat Sabu bercakap tentang Mat Indera…jenerasi muda tertanya-tanya…”Sapa Mat Indera?”

Yang terbaru tentang ekonomi. Macam mana Najib kata cukai 6% terhadap prepaid adalah cadangan syarikat komunikasi bukan dari kerajaan. Ini masalahnya bila orang bengong memegang jawatan PM dan Menteri Kewangan.

Apabila pemimpin bengong, maka yang diajar ialah kebingungan. Kemudian ditambah pula denga "pakar-pakar" pengampu yang terus membingungkan rakyat.

Aku tak mau masuk campur dalam hal-hal diatas sebab aku bukan pakar ekonomi, bukan pakar sejarah. Aku nak cakap tentang bahasa dan perubatan. Bukan pasal aku pakar dalam bahasa dan perubatan..tapi mahu mencadangkan pengajian alternative untuk kesenangan kita. Kita belajar sebab nak hidup senang..bukan nak susah.

Orang Melayu ramai yang handal dalam perubatan. Zaman aku dulu tak perlu hospital. Ubat-ubat ada disekeliling kita. Pawang-pawang ada dikalangan kita.

Aku bukan nak tolak perubatan moden..Cuma nak tanya pasai orang sekarang menolak perubatan tradisi?  Malah bila sebut perubatan tradisi…ramai yang skeptik.

Kira-kira dua tahun lalu, isteri aku terjatuh dan patah dipergelangan tangan. Aku bawa pi hospital..dan sementara nak X-Ray, nak simen…terpaksalah dia tahan sakit. Bila dah disimen..tak tahan gatal. Aku bawa dia pergi jumpa seorang bomoh patah di Trong. Pak Lah namanya. Dia ambil cutter…buang simen tu dan urut dengan minyak. Lepas tu dia balut dengan upeh pinang. Seminggu saja…tangan yang patah tu dah sembuh.

Aku katakan…Pak Lah lebih handal dari doktor-doktor dihospital. Tak payah X-ray, tak payah simen. Seminggu dah sembuh. Tapi pasai apa ilmu yang dimiliki oleh Pak Lah ini tidak diturunkan kepada ramai? Mungkin kalau ada lima ratus bomoh patah di negara ini…tak perlu semua orang kehospital. Dan kosnya pun rendah.

Dalam posting “Pulih Rumah” juga, seorang pawang mampu mengubat pesakit yang kena “sampuk”. Kalau cerita benda ni sekarang..ramai yang kata syirik. Tapi ada sapa-sapa yang mengkaji apakah yang dibuat oleh Pawang tersebut?

Aku cuba kaji..tapi selalunya pawang-pawang ni tak mau bagi tau apa yang depa baca dan apa yang depa jampi. “yang tu kena menuntut”. Tapi bila kita nak menuntut dengan depa pun depa tak mau ajar! Dan orang yang pandai ugama pun bagi tau jangan belajar..syirik!

Pada tahun 2005, masa tu aku bela kambing. Oleh sebab tak tahan dengan kos membeli ubat, nak suntik kambing…aku belajar cara tradisi dari penternak kambing India. Ramai orang kata orang India serasi bela kambing..tapi orang Melayu ramai yang tak serasi.

Penternak India hanya menggunakan kunyit dan dan mambu. (Azadirachta Indica). Kunyit boleh mengubat perlbagai penyakit. Kudis berulat, puru,cekam dikaki..hanya menggunakan kunyit. Cirit birit, kembung..hanya pakai daun mambu.

Perubatan tradisi terhadap kambing ini tidak dipersetujui oleh Jabatan Haiwan. Pegawai Jabatan Haiwan kata kalau nak bela kambing kena ikut piawaian depa. Ikut depa..kambing aku mati. Tak ikut depa..depa tak mau tolong dah. Ikut depa..duit aku kena keluar banyak. Jadi aku tak ikut depa..aku buat cara aku sendiri.

Pengetahuan ini aku dokumenkan dan aku hantar kepada United Nation Environmental Program (UNEP), dan akhirnya dengan kajian simple ini, depa panggil aku ke Jepun. Merasa jugak la aku ke Jepun.. Free pulak tu.

Balik dari Jepun, aku makin syok untuk mengetahui keistimewaan tumbuhan. Kata-kata yang aku pegang ialah “Makanan yang baik adalah makanan yang ada disekeliling kita. Dan ubat yang baik juga terdapat disekeliling kita.”

Pasai apa nak makan kobis, carrot, broccoli…sedangkan jantung pisang, pucuk ubi, kangkung dan ulam-ulam ada disekeliling kita? Pasa apa nak beli Panadol, beli Asprin, sedangkan kunyit, lengkuas,cekur,jerangau dan halia ada disekeliling kita?

Tahun 2006, aku dapat sedikit funding dari American Heritage Foundation untuk menghasilkan barangan tradisi. Pasai apa nak beli ubat dari farmasi untuk merawat panau, sedangkan lengkuas juga efektif? Pasai apa nak beli apple Cider dari Barat sedangkan cuka rambai dan pisang cukup mudah diperolehi? Pasai apa nak beli Talkum Powder dari Georgia sedangkan bedak sejuk kita lagi bagus? Pasai apa nak beli Body Shop Scrub sedangkan semua bahan-bahan tersebut ada di dapur kita. Selamat..berkesan dan murah!

Aku bukan nak auta. aku tak tulis apa yang aku buat..tapi kalau nak baca apa yang orang lain tulis tentang apa yang aku buat…boleh baca kat sini.

Yang aku heran..pasai apa orang Melayu sendiri tak minat dengan barangan tradisi Melayu…sebaliknya orang Barat pula yang minat? Apa yang telah berlaku kepada pemikiran Melayu?

Ada sorang kawan aku…kalau hangpa pi kekedai-kedai yang eksklusif, tentu jumpa dengan produk Tanamera. Produk itu dimiliki oleh orang Melayu tapi tak ada satupun penerangan produknya berbahasa Melayu. Pasai apa?

Produk Tanamera dihasilkan dikampung tapi kalau jual kat Malaysia, orang Melayu tak mau beli. Tak ada kelas!

Pengeluarnya kemudian menghasilkan produk kecantikan itu dan kemudiannya dilancarkan di Jerman. Kemudian di Jepun. Kemudian impot balik ke Malaysia…baru boleh laku. Pasai apa? Pasai ada kelas!

Aku juga susah nak pasarkan produk-produk aku dikalangan orang Melayu. Tapi yang selalu menggunakan produk aku ialah Mat Salleh dan Tok Arab. Mana ada orang Melayu yang nak pakai bedak sejuk sekarang? Mana ada orang Melyu yang nak pakai lengkuas dan halia untuk mengubat sakit kulit?

Aku bukan nak promosi barangan aku..tapi aku nak bertanya kepada Pakatan Rakyat.

Dalam manifesto pilihanraya yang lalu, Barisan Alternative masa tu menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat sekiranya memerintah. Tapi itu cuma tawaran atas kertas…dan selepas itu tidak diperbincangkan tentang sistem atau pelaksanaan.

Apa yang pasti..kalau Pakatan Rakyat memerintah, sistem pendidikan sudah pasti akan berubah. Apa yang akan berlaku? Apakah dasar pendidikan yang akan dikemukan oleh Pakatan Rakyat? Adakah sistem pendidikan kita akan menjadi lebih Arab dari Melayu? Apakah perubatan Islam akan menggantikan perubatan moden? Apakah anak-anak akan diwajibkan menghafal Quran…kemudian baru hafal sifir? Apakah perubatan tradisi Melayu akan terus dianggap syirik?

Sudah sampai masanya kepimpinan Pakatan Rakyat bercakap tentang apakah yang hendak ditawarkan kepada rakyat. Ta payah risau sangat dengan Umno…sebab depa sedang diambang kehancuran. Sepatutnya Pakatan Rakyat sedang sibuk merancang bagaimana hendak memerintah nanti.

Category: Dunia Blogger, Matsamankati, Realpolitik | RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.

17 Comments

  • laa…ada produk…
    mai kita joint venture bisness…

    jangan buat direct selling/MLM ….
    kita buat trading …emailkan senarai produk + harga …

    selamat maju jaya

  • YaBauk

    tahniah bang Mat telah menjadi usahawan semi berjay

    Melayu ajenye gitu itu sebab negara kita dijajah dek omputeh dulu. Buat la kempen beli barangan Malaysia tapi pemimpin pemimpin dok beli barang import bershoping luar negara.
    Ada ke anak melayu yang tulis buku sejarah kemerdekaan negara, Bila deme tulis keluo le cerita Mat Indera pejuang, kalo Omputeh tulis Mat Indera ni kominih le, pemberontak le dan yang samawaktu dengannya

  • chor

    Antibiotik yang terbaik untuk kambing, ambik bangkai ular tedung taruh dalam bekas buluh garam.

    Berkenaan Pakatan Rakyat, aku nengok politik nakkan kuasa je. Tugas yang lebih berat akan menant kalau UMNO tumbang dan Pakatan Rakyat duduk Putrajaya. Sekarang kita tumbangkan UMNO, lepas tu kita tumbangkan Pakatan Rakyat kalau tak berubah dalam masa 10 bulan (sebagaimana yang kerap mereka habaq dalam ceramah).

  • dawai koko+

    terbaik!

  • kgpadangbalang

    saya macam perasan orang dedulu yang berilmu tak formal (pawang, bomoh, bidan, tukang masak kenduri dll) selalu tak turunkan 100% ilmu diorang kat anak murid.

    katanya takut senjata makan tuan atau “the student has become the master”?

    macam mana kita nak buktikan sesuatu tu syirik atau menyalahi hukum Allah kalau tak nak atau tak mau explain rasional mentera atau bahan2 yang digunakan?

    itu sebab budaya Barat (sharing is caring atau bahasa komputer open source) perlu dibuat kat sini. tak perlu takut tok guru kalah kat anak murid….

  • newborn-otai

    jenama luo … bawak le ubat ape pun … ‘standard’
    walaupun yang dimakan, racun tikus … tetap standard ..

    tapi berbeza dengan ‘sinseng’ … di turunkan secara tradisi, dari satu jenerasi ke satu jenerasi, kekal hingga hari ini ….

    ate … !!

  • Hidup Kak Sa’s!!!

  • cyberboron

    Assalamualaikum. Punya la dok bekawan dengan Abg Mat, tak perasan la pulak dah ada bisnes produk rawatan/perubatan tradisional ni. 100% organic pulak tu! Tahniah, tahniah, tahniah!

    Nasib baik aku teringat kisah Abg Mat sakit telinga hari tu hanyalah polifiksyen. Kalau tidak, aku nak tibai Abg Mat … awat yang pi ke hospital. Ada banyak kaedah rawatan tradisional Melayu untuk kes sakit telinga tu.

    Selepas baca cerita tentang produk Abg Mat kat littlepenangdotcom, aku pun nak tumpang eksyen jugak bab rawatan dan perubatan ni. Aku dah 25 tahun tak makan/minum ubat klinik dan hospital. Tak kira la hat gomen atau swasta. Ubat aku hanyalah khazanah alam yang ada di sekeliling aku plus doa/jampi plus kaedah urut dan picit sikit sebanyak. Setiap kali buah hati aku melahirkan cahaya mata, aku la tok bidan bagi semua urusan selepas melahirkan. Ubat dan minyak aku buat sendiri. Pebetui urat saraf pun aku buat sendiri. Setakat ni alhamdulillah, sihat wal afiat belaka dengan izin Allah.

    Bab orang Melayu tak minat atau tak percaya pada perubatan tradisi Melayu macam Abg Mat kata, aku rasa masih ramai jugak yang percaya walau pun masih minoriti. Dan jumlah yang percaya tu semakin bertambah. Aku kata macam ni sebab pesakit aku pun dah ribu-ribu jumlahnya. Orang sakit kepala, sakit perut, sakit kaki, sakit urat, sakit tuan, sakit puan, barah, sakit mental dan macam-macam sakit lagi tak putus-putus mai mintak ubat kat aku. Aku bukan tok bomoh. Tapi dah depa mai, aku suruh la depa makan pegaga, susu kambing, selom, ulam raja, misai kucing, kunyit, halba, halia, lengkuas, buah melaka, kemangi dan dua tiga jenis herba lagi mengikut kes masing-masing. Depa pakai atau tak pakai cakap aku, tak tau la. Yang pasti, depa mesti nak bawak balik ayaq jampi. Selagi aku tak bagi ayaq sebotoi, depa tak mau balik.

    Dah tentu bukan semua yang mai tu berkesudahan dengan sembuh, tapi ramai la jugak yang mai balik selepas sebulan dua, huloq angpau tebai. Bila bagi angpau tu, kira-kiranya ok la kut. Mungkin Allah mengizinkan kesembuhan untuk depa.

    Satu lagi point aku … dah hangpa pun panggil aku ostad maka aku nak respon sikit yang Abg Mat kata “apakah perubatan tradisional Melayu akan terus dianggap syirik?”. Setakat yang aku nampak, perubatan tradisional Melayu tidak dihukumkan syirik secara borong. Segala macam yang melibatkan penggunaan khazanah bumi Melayu tak ada kena-mengena dengan perbincangan syirik atau tak syirik. Yang jenis hembuih dan tiup pun tidak dihukum syirik secara borong. Yang dikatakan harus tu pun bukanlah yang kumat kamit bunyi arab saja. Bunyi Melayu pun tak pa. Bunyi Semang pun tak pa. Bunyi Siam pun tak pa. Cumanya penentuan harus atau tak harus tu refer kepada rupabentuk, format dan prosedur jampi berpandu kepada garis panduan Quran dan Hadith. Kira-kiranya, ada berjuta macam yang harus berbanding dua tiga puluh macam yang dikatakan boleh membawa kepada syirik.

    Nanti la sat. Kalau ada lapang masa terdekat ni, aku tulis artikel pasai Kod Etika Jampi Serapah.

    • matsamankati

      Cantik. Tu la. Kalau aku tak cerita..sapa pun tak tau.

      Perubatan Ostad tu dah dapat sijil JAKIM ka belum? Sat lagi depa kata Ostad masuk geng Dr. Asri pulak!ha.ha

      Satu perkara menarik..duduk kat kampung ni tak payah mintak MC.

    • chor

      Panasbaran apa ubatnya? ha ha.

    • dawai koko+

      sempoi!

      menunggu dengan penuh minat artikel ostad “Kod Etika Jampi Serapah”.

  • abuzaid

    laa hang pun ada darah jawa gak ke…

  • Malie

    salam.

    Abang Mat, kami ada buat research pasal Teknologi dan sains alam melayu untuk kami buat dokumentari.Tapi malangnya, finas macam tak berminat.walhal itu antara sumber repositari tentang pendidikan sains dan matematik yang telah wujud sejak tamadun melayu campa (abad 1 masihi)

    ATMA-UKM pun banyak keluarkan research ini.Tapi malangnya, kurang mendapat dokongan dari ‘orang kita’ dan jabatan muzium sendiri.walhal, orang melayu dulu mempunyai pemikiran saintifik yang begitu tinggi.

    Haih, bila sains barat menggantikan sepenuhnya sains yang ada dalam alam melayu.

    • matsamankati

      Ada disiarkan dalam mana-mana web tak?

      Aku setuju dengan hang. Tu pasai banyak orang pi ke luar negeri untuk dikongsi maklumat tersebut. Vandana Shiva dari india mendapat anugerah alam sekitar tertinggi UN kerana mempertahankan pengetahuan tradisi India.

      Hangpa cari United Nation Environmental Program ka, American Hertitage Foundation atau National Geopgraphic.

  • binjai

    1. kalau nak bagi laku kena la bubuh nama inggeris untuk label, kalau tak jgn harap org malaysia nak beli. itu realiti dan mentaliti yang dah ditanam, kadang2 sesetengah ubat dari amerika selatan ja (condition negara diaorang pun lebih kurang malaysia, tp kita advanced sikit), tp sebab labeling bahasa orang puteh, jd dapat sambutan la. tengok la jenama2 kosmetik keluaran tempatan, mesti kena diinggeriskan baru towkey tu boleh jadi jutawan.

    2. keduanya org kita banyak makan gaji, kalau tak pi klinik perubatan moden mana bole dapat mc, sebab perubatan tradisional tak boleh bagi mc…., unless kena pi klinik tradisional kat dalam gomen hospital tertentu, tu pun mc kena endorsed dari doktor pakar. Rasanya malaysia boleh tawarkan untuk buka universiti pengajian perubatan tradisional…aku tak suka dikata perubatan alternatif, macam opsyen kedua kalau yang moden tak boleh settle.

  • malie

    Tak lagi.bahan dah ada.cuma masa tak izin nak laksanakan.terpaksa fokus lain dulu.Sebelum ni kami team up dengan Dr Alinor Abd Kadir.Dan yang menariknya, isteri kepada Arwah Pak Arenawati masih lagi boleh membaca Tulisan Kawi (melayu kuno)

    • matsamankati

      Dr. Alinor??? Mathematician tu ka? Kirim salam kalau jumpa dia. Anyway, good work.

Sponsors

Premium Wordpress Theme

Sponsors

kategori