Kempen Pilihanraya 2

September 20, 2011

 Oleh: MSK

Penyelidikan

Kita fokus kepada penyelidikan dulu. Nak buat apa pun kena ada R&D. Nak buat bisnis, nak buat project paper, nak ternak ayam pun kena ada R&D.
1.       Peraturan-peraturan pilihanraya.
Perkara yang paling menyakitkan hati ialah bila pihak lawan menang free disebabkan masalah teknikal. Ada calon yang tak hantar penyata kewangan, ada calon yang bankrap. Semua hal-hal teknikal ini boleh dipelajari dalam undang-undang pilihanraya.
Kalau ada peguam duduk dalam Jawatankuasa Pilihanraya, lagi bagus. Tapi kalau tak ada, perlu ada sesorang yang memerhatikan aspek teknikal. Setiap JK Pilihanraya kena ada buku Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5), Akta Pilihanraya 1958 (Akta 9), Peraturan-peraturan pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya 1958), Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih 2002).
Kalau nak main bola, tapi undang-undang pun tak tau…macam mana nak main. Akhirnya asyik kena tipu. Lepas tu kita kata SPR berat sebelah.
Setiap kali selepas pilihanraya, kalau BN kalah..SPR akan buat pindaan dalam undang-undang. Sama ada persempadanan semula, belah bahagi kawasan..dan kalau tak ada orang yang ikut perkembangan ini…lingkup la. Bila dah tiba nak mengundi, baru tau tempat mengundi dah berubah, nama dah kena tukar ke tempat lain.
Begitu juga dengan undang-undang yang lain, terutamanya Akta Polis. Kalau dulu ceramah boleh pakai video, sekarang dah kena tulis dalam permit.
Begitu juga macam mana nak komplen bila kita nampak sesuatu yang kita rasakan salah. Takat menyalak kat Pengurus peti undi buat apa? Kita kena juga tau apakah kuasa kita.
Memang la undang-undang ini bertujuan nak menyekat kita…tapi kalau kita pandai tentang undang-undang, kita pun boleh kelentong depa.
2.       Maklumat kawasan.
Ada bilik gerakan yang tak ada peta Parlimen atau DUN. Macam mana nak bertanding kalau kawasan yang hendak ditandingi pun tak tau? Ini bukan auta! Masa PRK Hulu Selangor, Pengarah Pilihanraya PKR tak tau berapa Daerah Mengundi!! Dia ingat keadaan masih sama macam PRU 2008.
Bila ada peta, baru kita boleh isikan maklumat-maklumat tentang kawasan tersebut. Berapa penduduk? Apa sumber ekonomi utama? Lanskap politiknya macam mana? Adakah tempat tu kubu Umno atau kubu Pakatan? Siapa tokoh perniagaan? Siapa pemimpin masyarakat? Siapa Imam masjid? Siapa Naib Kadi? Apakah sumber maklumat depa? Berapa ramai yang mempunyai akses internet? Berpa ramai yang baca suratkhabar free kat kedai kopi?
Dalam satu-satu lokaliti itu berapa ramai yang pakai kereta second-hand? Berapa ramai yang pakai kapcai? Kalau orang yang pakai kereta pun road tax dah mati bertahun-tahun..kita cakap pasai kenaikan cukai jalan..tak guna.
Bila dah ada maklumat ini, baru boleh rancang strategi. Kalau kita buat blog dan buka acebook, tapi yang ada akses internet Cuma dua tiga kerat…maklumat tak sampai.
Benda ni kena buat sebelum pilihanraya…bukan nak tulis dalam post-mortem sebab apa kita kalah.
3.       Sifat-sifat pengundi.
Pertama sekali kena ada Daftar Pemilih terkini. Kalau Daftar Pemilih pun tak ada..macam mana nak kenal pengundi? Dah dapat Daftar Pemilih, kena buat analisa. Berapa Melayu? Berapa Cina? Berapa India? Pecahkan lagi mengikut kumpulan umur. Gen Boomers berapa? Gen X berapa? Gen Y berapa?
Berapa ramai yang sokong BN? Berapa ramai yang sokong Pakatan? Berapa ramai yang masih atas pagar?
Kalau seorang petugas jaga 100 orang…dapatkan maklumat 100 orang ini, kita dah boleh tau kekuatan dan kelemahan kita. Ini bermakna, bagi setiap DUN yang mempunyai pengundi sekitar 15,000 orang…kita perlukan petugas seramai 150 orang. Ada ka petugas banyak tu? Kalau nak harapkan ahli saja..memang tak cukup. Yang ni kena kreatif sikit. Kita bincang tentang petugas nanti.
Kalau boleh, pecahan-pecahan ini dibuat mengikut lokaliti, supaya senang buat kerja. Dan bila ada maklumat ini, baru la senang pakar-pakar strategi mengatur strategi.
4.       Trend pengundian masa lalu.
Walaupun suasana pilihanraya itu sentiasa berubah, tapi ada beberapa perkara asas yang boleh kita ambil iktibar kalau kita melihat keputusan pilihanraya yang lalu. Berapa undi kita dapat tahun 2004? Berpa pula yang kita dapat pada tahun 2008?
Tahun 2004, prestasi kita teruk..dan apabila melihat kepada jumlah undi yang kita dapat…kita boleh katakan itulah pengundi hardcore kita. Tengok pula undi yang kita dapat tahun 2008. Jumlah peningkatan yang kita perolehi boleh dikatakan undi swing. Macam mana kalau undi swing ini berubah ke sebelah sana?
5.       PRU 13.
PRU kali ini macam mana pulak? Adakah ianya sama macam 2008? Kalau hangpa ingat ianya sama, maka jangan harap nak rampas Putrajaya. Kalau macam 2004, siapla gulung tikar. Kita perlukan suasana yang lebih baik dari 2008 untuk ke Putrajaya. Boleh ka? Kalau tak boleh nak buat macam mana?
Kalau nak menang kita kena cari lebih banyak kawan..bukan lebih banyak musuh. Apakah usaha-usaha yang dibuat untuk meramaikan kawan? Setakat yang aku nampak…kita lebih suka cari musuh.
Dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu, kalau pengundi tak suka kepada seseorang atau sesebuah parti itu, depa diam. Tapi depa pangkah ditempat yang salah bila mengundi. Sekarang, orang dah lebih vocal. Apa yang depa tak suka…depa sebut. Hangpa nak tolak terus orang-orang macam ni…atau nak terus berhubung?
PRU 13 akan menjadi lebih kotor dari PRU sebelum ini. Pengundi hantu dah tak laku. Tapi pengundi Bangla, pengundi Indon akan mengundi. Tempat-tempat mengundi dah berterabur. Jalan akan sesak. Pengundi akan marah. Dan bila masing-masing tension, macam-macam boleh berlaku.
Apa pelan atau perancangan untuk menghadapi suasana ini?
6.       Calon kita.
Sapa calon kita? Adakah calon kita yang dikenali oleh rakyat atau dikenali oleh pemimpin parti?  Calon wahyu dah tak laku. Pengundi tidak lagi melihat lambing parti sebagai penentu siapa yang depa nak undi. Pengundi akan melihat siapa calon yang bertanding. Kalau Calon tu depa suka, maka depa akan bagi undi. Tapi kalau calon itu depa tak pernah nampak…depa takut calon tu macam Zul Nordin ka, Jamal Behrang ka. Macam mana depa nak tau?
Toksah ingat bila dapat sokongan dari Anwar, pengundi akan percaya. Tahun 2008 dulu, yang melompat tu pun semuanya orang-orang pilihan Anwar.
7.       Kekuatan lawan.
Dah selesai menilai kekuatan kita? Kalau dah selesai, cuba nilai kekuatan lawan. Apa istimewanya calon Umno, sehinggakan dia dapat bertahan sampai tiga penggal? Aku ambil contoh ADUN Kenering dalam Parlimen Lenggong. Aku berani gerenti, selagi dia bertanding, tak ada sapa yang dapat mengalahkan dia. (Kalau dilihat kepada kepimpinan PR yang ada di Lenggong sekarang).
 Pasai apa? Hangpa cuba pi tanya kat orang Kenering. Sebut saja Haji Tarmizi, boleh dikatakan semua orang kenal. Cuba cari kelemahan dan kekuatan Haji Tarmizi, dan bandingkan dengan kekuatan dan kelemahan kita.
Kalau nak menang, kena buat sesuatu yang lebih baik dari Haji Tarmizi. Bukan mustahil.
Dulu ada seorang ADUN dari Selangor. Cikgu Jabar, ADUN Batu Laut. Dia ni calon bebas, tapi menang dua penggal. Masuk penggal ketiga, dia jadi calon NASMA…dan lingkup. Orang suka dia bila bertanding sebagai calon Bebas, tapi orang tolak dia bila dia bertanding atas tiket parti.
Begitu juga dengan Fazlan Yahya, calon DAP Pasir Berdamar. Pasai apa orang Cina lebih suka kat dia..sedangkan Gerakan meletak calon Cina?
8.       Tugas dan tanggungjawab.
Cakap saja tapi tak ada orang nak buat tak guna. Kerja-kerja mencari maklumat ini perlu dibuat lama sebelum pilihanraya…tapi selalunya, jentera pilihanraya hanya digerakkan bila dah dekat dengan pilihanraya.
Bila nak buat benda ni, kena keluar duit. Yang aku heran, bila nak buat benda ni…semua orang tak ada duit. Tapi bila tiba pilihanraya, boleh belanja RM10-20,000 untuk poster dan bendera dan macam-macam lagi perkara yang memberikan pulangan yang sedikit.
Setiap Jawatankuasa Pilihanraya kena ada paling kurang seorang Penganalisis Data bagi setiap DUN. Team gerak saraf, team culaan undi kena buat kerja lama sebelum pilihanraya.

Category: Dunia Blogger, Matsamankati, Realpolitik | RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.

34 Comments

  • kisah calon ditolak pr12 di Dun Bukit Selambau,calon PKR seorang peguam,Saiful Izham sebab diprotes tidak menghantar penyata kewangan pada SPR, nasib baik ada calon bebas Arumugam lawan dengan BN Saravanan, nasib baik BN Kalah kemudian Arumugam masuk PKR pasal dapat jadi EXCO,kemudian Arumugam letak jawatan. Jadi kalau peguam pun buat silap…ape ke jadah nye…

  • oldborn

    Dulu aku totok pakatan…sekarang aku 100% atas pagar.bila aku mula follow politician2 dari umno yang aku kira boleh pakai,aku dapat rasakan pakatan tidaklah sesuci mana dan bn tidaklah semuanya hina dan busuk.Kesimpulan yang dapat aku buat bila aku campur dua2 side ialah,kebanyakan org bawah2 byk yang baik,yang setan2 ialah pemimpin2 BN dan PR.

    • anon

      Orang bawah banyak mempunyai sikap negatif. Orang atas tidak kompeten

    • kaderan

      tak kan baru tau? org atas pagar atau “sudah atas pagar” selalunya naive politik, betul ke bro mat?

      • matsamankati

        Kalau 5-10 tahu dulu aku setuju dengan hang, tapi sekarang aku tak setuju sepenuhnya. Aku bagi dua kumpulan atas pagar. Satu yang tak minat, satu lagi yang fed-up.

        Yang tak minat terdiri dari generasi baru. Gen Y. Depa ni tak ada nostalgia politik dan hanya melihat politik sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Dan apa yang depa nampak…sama saja.

        Golongan yang kedua, orang yang dah fed-up dengan ahli politik, tapi tak semestinya naive politik. Macam orang India yang merasakan terpinggir dibawah BN, dan terbiar dibawah Pakatan. Dan cuba tengok kepada kumpulan ex-PKR yang tak puashati macam aku.

    • newborn-otai

      politician is a politician …
      sikit sangat yang pejuang …
      tu pun terpaksa mengelak ketepi …
      politician lebeh ramai …
      kejap lompat sini … kejap lompat sana …

      bila lompat belah sana …kita kutuk, belah sana puji..
      bila lompat sini, kita pulak puji … belah sana pulak kutuk …

      “cari makan, bangggggg” …. kata kata ‘mat parking’ …

      • YaBauk

        newborn-otai

        Pejuang macam Burhanuddin, Chinpeng, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan yang sama waktu dengan nya
        Politician itu Tun Mahathir, Berahim, Mat Monggol, Anwar Ibrahim yang kerjanya putar belit.
        Pemimpin rakyat macam Tuan Guru Nik Aziz hanya ada seorang dalam seratus tahun

  • zul

    PAS dan DAP setakat ni ok. PKR teruk! kerana sikap lembu punya susu sapi dapat nama, yang tinggal di kebanyakan cabang2 PKR cuma tunggul buruk yang dah taklarat/tak reti buat kerja. Yang depa larat (yang diorang reti) tersengih atas pentas bila Big Gun datang ceramah. Hanya PAS dan DAP yang boleh diharap dapat mengharungi PRU13. Jika PKR tak mampu berubah dalam masa terdekat, kemungkinan tersingkir dari Pakatan Rakyat selepas PRU13 adalah tinggi. Kini PKR telah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dalam menuju cita2 ke Putrajaya.

    • anon

      Tapi PKR yang hendak kerusi lebih

    • kaderan

      zul apa yg tuan kata ada kebenarannya tapi pkr sebenarnya ramai pengundi yg bukan ahli mana2 parti.
      so aku tak rasa depa liability.

      • zul

        PRU12, pengundi yg bukan ahli mana2 parti tidak dapat membuat perbandingan. PRU13 keadaan akan bertukar. UMNO akan menang di DUN di mana lawannya adalah PKR dan kalah di DUN di mana lawannya adalah PAS. PRU13, jika BN tewas kerusi parlimen di DUN dan Parlimen akan didominasi oleh PAS, DAP dan pembangkang dari Sabah dan Sarawak. PKR telah diberi peluang sekali tetapi tidak menyelenggara kemenangan yang diberi dengan baik (Selangor selamat kerana diselenggara dengan baik oleh MB Khalid)

    • Mudim

      Pengalaman aku PAS dan PKR suka buat kerja last minute. DAP ok. Depa prepare awal. Contohnya DAP ada petugas khas yang jaga senarai pengundi.Bang Mat tentu lebih tahu.

      • kaderan

        tekaan aku tentang Mudim

        1) hang bukan ahli PAS
        2) hang ahli PAS yg keluar hanya waktu dewan rakyat bubar
        3) hang ahli PAS yg bersemangat tapi berada di tempat PAS tidak bertanding langsung samada parlimen atau dun

  • Satu cadangan….calon2 YB tolonglah pandang wajah bila bersalam dengan pengundi…elakkan dari menoleh kearah lain…..walaupun nampak kecil tp ia besar ertinya lbh2 lg bg orang kampung…..melambangkan mereka dihargai.

    • chor

      Ha ha! aku beberapa kali kenakan YB jenis camni. Kalau masa bersalam dia toleh ke lain aku alihkan tangan aku! Selamat mencuba!

    • Nizam

      Ini perangai najib kalau korang perasan. Melayu hutan yang bodoh dok cium tangan dia pun dia tak pandang.

  • amin

    Penilaian saya untuk negeri pahang adalah kekuatan agak tidak seimbang bagi setiap daerah. DAP menumpukan kawasan majoriti cina dan kawasan tradisi diaorang shj, kawasan lain agak kurang menonjol. PKR pulak lebih tertumpu di kawasan tengah pahang iaitu temerloh, kuala krau, maran serta kuantan dan indera mahkota, tempat lain out. PAS pulak sesetengah tempat ada peluang utk menang tapi kena usaha lebih, salah satu masalah PAS PAhang adalah pemimpin yang kurang menonjol serta beberapa tempat kurang efisien tentang pengurusan pilihanraya. sebagai contoh, ayah saya antara calon yg akan bertanding di DUN dlm Parlimen Cameron Hihgland, byk lg cawangan PAS yang masih tidak bergerak lg utk pilihanraya & masih menganalisa mengenai pengundi hanya sekarang lebih kepada mengenali pengundi. Saya ingin mendapat sedikit pandangan MSK, apakah gerak kerja yg boleh dilakukan sekarang & akan datang? terima kasih

    • matsamankati

      Aku pengundi Cameron Highlands. ha.ha.

      Aku tak tau nak cakap apa yang patut dibuat sebab aku tak tau macam mana situasi sekarang di Cameron Highlands. Apa yang dah dibuat..apa yang belum dibuat. Dah ada ke jentera Pilihanraya, ataupun semuanya dah siap dilatih?

      Memang kebiasaan la. Kalau kawasan tu DAP bertanding, Pas dan PKR akan duduk diam sampai la nak mengundi. Kalau kawasan tu PAS bertanding, PKR dan DAP akan duduk saja. Dan yang lebih seronok, kalau PKR bertanding…semuanya dok relax lagi.

      • Kalau PKR bertanding…semuanya dok relax lagi…Depa cuma tunggu DSAI mai ceramah…lepastu depa buat speklukasi..berapa ramai datang…kalau mai 1500 orang depa kata 15000 orang hadir…depa kata kita boleh menang dah…Depa lantik pengarah Pilihanraya,mesyuarat cukup kerap ,jawatnkuasa sampai ketua cabang tapi depa pakat tembak itu dan ini, data takdak tindakan mcm kura-kura,latihan paca tak buatpun sebab takdak orang….tu negeri memerintah…

        • chor

          Amin,

          PRU13 kena hantar 1 team angkut MSK dari sauk.

          warekganal,

          setuju!

      • amin

        Betui…………. saya pun ingatnye nak jemput MSK jadi penasihat pilihanraya. tapi minta persetujuan ayah saya dululah sebab die yg bertanding nanti (kalau terpilih lah) he he he. Utk pengetahuan MSK, bagi DUN Jelai, PAS dah gerak tapi tak menyeluruh…sebab dalam DUN ni ada penempatan org asli, org Felda & org kampung totok…bg DUN TAnah Rata x pasti sebab bukanye PAS yg bertanding malah PAS punya cawangan ade 3 aje

        • matsamankati

          Susah la macam tu. Aku kat Tanah Rata…nak pi Jelai kena pusin jauuuuh woo. Dalam posting terbaru, matlamat kena realistik. Semangat nak menang saja tak cukup…

      • YaBauk

        Dan yang lebih seronok, kalau PKR bertanding…semuanya dok relax lagi. Adoi pedisnya

        Kat Cameron Highlands Indon N Bangla ada lebih kurang 40 ribu orang orang tempatan dok ada 20 ribu

    • Ha ha ha

      Amin.

      Ha ha ha..Dun Jelai..susah deme nak menang..YB Che Wan bila salam tengok muka wehhh…ha ha ha..

      • amin

        Ye betuiii…tapi lawan tetap lawan, kalah dah pasti tapi kalau menang ALLAH yg tentukan….yg penting kita berusaha kuat dan guna strategi yg betul, kalau ikut sentimen sedara YB Che Wan & sedara ayah saya, same ramai aje yg lain2 aje penentunye. saya x mau jd mcm pilihanraya lepas PKR yg bertanding haru nak kempen sebab ramai x puas hati

        • Ha ha ha

          Amin..Kalo nak menang dapatkan Undi Orang Asli, Kg Melayu tradisional masih ada harapan, Felda, aku rasa kalau kena gayenye boleh dapat..

          Woi..MSK..tak teringin jadi Calon DAP Parlimen Cameron Highlands..orang Melayu ket Dun Jelai dah hangin dengan MIC ..ha ha ha..tapi hangpa kena pandai tari Sewang lawan Doto’ Cherah..ha ha ha..

          • amin

            betui… kg melayu 50-50, same kuat, tapi org asli payah sebab sape bagi duit banyak die yg dapat undi. org felda gak tgh usahakan lebih2 lagi tentang isu perahan minyak felda kantoi tp masih agak payah sikit sebab totok UMNO ramai. saya setuju MSK tanding Parlimen Cameron, saya leh tolong kempen belai DUN jelai

          • matsamankati

            Woi…Kat Tanah Rata…Bangla lebih ramai dari Melayu la.

          • matsamankati

            Kalau takat nak berasik, kena tuak dua tiga gelas…semua orang pandai.

        • amin

          opsss lupe pilihanraya yg lepas saya bantu kempen di Parlimen Pekan…… sempat dua hari je bantu sebab keje.

          • Chor, setuju..tapi pengeras jgn. lupa…depa buat poster+bendera > 30K , kalinie depa dah tengah design T’shirt…awal..

Sponsors

Premium Wordpress Theme

Sponsors

kategori