Rockers dan Pakatan Rakyat

October 15, 2011

 Oleh: MSK

Dua minggu sudah aku baca tulisan Zulkifli Yahya dalam Kedahlanie tentang kesilapan yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR. Setuju 100%. Zulkifli bercakap tentang FB, tapi kalau dipantau tulisan-tulisan dalam blog dan komen-komen juga serupa.

Sejujurnya, aku katakan bahawa penyokong Pakatan lebih brutal dari penyokong BN. Penyokong BN memang terkenal dengan porno tapi penyokong PR juga tidak akan melepaskan peluang bila ada. Pantang ada skandal maksiat…terus jadi headline. Tak kira la kalau skandal itu melibatkan Menteri atau JKKK.

Kalau nak katakan penyokong Umno tak tau hukum agama…tu pasai depa capui macam tu..aku boleh setuju. Tapi kalau penyokong PR yang dikatakan beragama, bermaruah juga buat macam penyokong Umno…yang tu aku kata lebih brutal.

Bila aku keluar dari PKR…macam-macam kutukan yang aku dapat. Seolah-olah keluar PKR tu macam keluar Islam. Keluar dari Umno dianggap hero…keluar dari PKR dianggap pengkhianat. Tukar parti dianggap macam tukar ugama.

Bila Bob Lokman masuk Pas, secara tiba-tiba Bob Lokman dianggap hero. Artis masuk Pas seolah-olah utusan dari syurga. Bob Lokman dirai sampai Nizar pun kena ketepi. Bila Amy Search rapat dengan Nik Aziz, fuiyo..ramai yang kata Amy dah dapat hidayah. Bila masuk Pakatan, semua dosa masa lampau seolah-olah dihapuskan. Tapi kalau keluar Pakatan, semuanya jadi tak elok.

Pakatan sudah jadi macam Hotel California. "You can come in anytime you like…but you can never leave".

Jadi, bila Awie masuk Umno..Awie terus dicerca..dikutuk..malah ada yang terus menghukum Awie ke lubang neraka. Ini mentaliti penyokong Pakatan. "Kalau hangpa tak sokong aku, hangpa tergolong dalam golongan musyrik, golongan munafik, golongan sesat," Aku tak dapat bayangkan kalau Pakatan memerintah nanti. Macam mana kalau kuasa ditangan depa.

Ini posting dalam karat e-jau.

Awie..Dari Umno Kamu Datang Kepada Umno Kamu Kembali

dan bila aku tengok komen-komen dibawahnya,

1. pegi mati lu orang…nak masuk umno ke nak ke neraka peduli apa aku…

2. GENG PARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO !

3. tak mainla awie ke, zed zaidi ke atau adam ke…pergi blah la lu orang…adapun tak menambah, takde pun tak berkurang….kalau nak mengampu dan cari makanpun agak-agak le weh….patutlah orang kata artis ni banyak yang otak udang…

Dan ini pula komen dalam blog Pulakdah.

1. awie bukan PUKIDA ,, tapi 77 laaaa ,,,,,,,,,

Kalau aku nak copy komen-komen tentang Awie ni..banyak lagi tapi cukup la. Kalau Awie masuk Pas…aku rasa dia akan dianggap hero tapi dia memilih Umno. Dan apabila dia memilih umno, maka teruk la dia kena kutuk. Aku tak kisah kalau penyokong Pakatan kutuk dia dari sudut politik, tapi bila kutukan itu bersifat "overkill", ia juga boleh membuatkan aku marah.

Aku rapat dengan Awie. Aku kenal Awie sejak dia dilahirkan kerana kami bersepupu. Bapa Awie adalah adik emak aku.

Aku tak marah kalau Awie masuk umno. Malah kalau member-member rockers yang lain macam Meor Pestajiwa, Nikbinjidan, Rahmat Haron nak masuk Umno pun aku setuju. Sebab selama ini Pakatan menganggap rockers macam binatang terbuang. Rockers dianggap tidak bermaruah. Rockers dianggap pemangkin maksiat. Kecuali kalau rockers tu buang jeans seasoned dan pakai jubah. Ataupun berhenti melalak kat konsert dan kemudian berceramah. Yang tu semua bagus.

Dua kali aku dan Meor Lanterajiwa cuba membantu Pakatan menarik golongan muda kedalam Pakatan Rakyat.

Kali pertama kami merancang konsert "Bangkit" di Perak yang membariskan Pyanhabib, Nikbinjidan, Meor, Airmas..tapi tunggu punya tunggu…duit modal habis..akhirnya konsert dibatalkan.

Kalu kedua kami cuba membuat konsert "Gelora anak Muda" di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman sudah bagi lampu hijau, modal dikeluarkan,tapi akhirnya kena kencing.

Bila aku nak buat di Selangor, Rodziah Ismail setuju tapi Hasan Ali kata "tak mau terlibat dengan dosa". Ceramah maki hamun orang tak apa…yang tu Islamik. tapi menyanyi lagu kemanusiaan, lagu anti-ISA tak Islamik. Butuh la.

So…dimana ruang rockers dalam Pakatan Rakyat? Apakah semua rockers yanag nak masuk Pakatan kena pakai jubah dan menjadi penceramah?

Apakah sudah lupa tentang perjuangan rockers dalam reformasi? Apakah kemenangan Pakatan Rakyat itu hanya dari titik peluh AJK Cabang? Sebelum pilihanraya, rockers ditatang…tapi bila dah menang…depa ni dikatakan pemangkin maksiat? Hipokrit.

Balik kepada kisah Awie.

Bapa Awie adalah pemimpin masyarakat di Dato Keramat. Dia adalah diantara yang meneroka Kg. Bumiputra dalam tahun 1960an., seangkatan dengan Hamid Tuah. Akhirnya dia menjadi Ketua Umno disitu. Tapi pada tahun 99, bapa Awie berubah angin apabila Anwar disingkir. 

Hangpa mungkin tak tau, bahawa gambar bapa Awie dengan Nik Aziz keluar dalam Harakah! Hangpa mungkin tak tau adik beradik dan ipar Awie juga turun kejalan raya pada tahun 1999. Selepas 1999, dimana Pas? Dimana Keadilan? Setinggan di Kampung Bumiputera kembali seperti biasa. Yang hangpa tau…haram, munafik, mungkar, maksiat.

Come on la. Jangan la kerana ketaksuban politik itu menyebabkan kita lupa tentang nilai hidup. Jangan lah menganggap rockers itu penuh dengan maksiat manakala yang berjubah itu penuh keimanan. Kalau hangpa…penyokong Pakatan, menganggap hangpa sebagai lebih bermaruah dan bermoral tinggi..tunjukkan contoh. bukan menjadi lebih haprak.

 Ada yang membangkitkan tentang PUKIDA. Tolong jangan celupar sangat. Jangan pakejkan semua ahli PEKIDA dengan label lucah. Lebih-lebih lagi kalau hangpa merasakan hangpa lebih bermaruah.

Siapakah yang membantu Nizar menang dalam PRK Bukit Gantang pada tahun 2009? Siapakah yang mempertahankan ADUN-ADUN PR semasa Krisis di SUK Perak?

Empat hari sebelum hari mengundi semasa PRK Bukit Gantang, Nizar telah berjumpa dengan semua Ayahanda2 PEKIDA dari seluruh negara. Tak percaya tanya Nizar..tanya Haji Ismail…tanya Tan Kuda. Kepimpinan PEKIDA telah memberitahu Nizar bahawa mereka tidak akan terlibat membantu Umno dalam PRK Bukit Gantang. Malah apabila ada ahli PEKIDA yang cuba menaikkan pondok, yang lain akan merobohkannya. Dan perlu ingat, dalam PEKIDA ada ahli yang tak ada kad keahlian…dan ada ada yang mempunyai kad keahlian. So..jangan kutuk main borong.

Semasa Krisis Perak juga, jangan lupa bahawa mereka yang berada dikeliling Nizar dan ADUN-ADUN yang lainnya juga adalah ahli-ahli PEKIDA.

So..hangpa tau pasai apa aku kata dua-dua pihak…BN dan Pakatan serupa saja? Pasai tak pakai akai.

 

 

 

Category: Dunia Blogger, Matsamankati | RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.

53 Comments

  • Megat

    Terbaekk la abg Mat..!

  • Megat

    Ada org pernah kata kat saya…
    ’2 perkara paling syok ialah.. Mengata kat orang dengan makan free’ hehe.. kalau boleh mengata.. sampai terlupa.. satu jari dok tunjuk kat orang 4 lagi tala mai ke kita..!

  • dawai koko+

    peh nie kena panggey abang mat ..ayah mat lah ,….kah kah kah kah..

    • matsamankati

      Ayah mat tak pa. Kalau hang panggey aku Kanda Mat..yang tu aku risau sikit.

      • Pendita Gila

        Baru nak cakap..lepas ni kalau jumpa kena cium tangan la..

        • Ha ha ha

          Bang Mat pakai Cincin Batu Besar, Lagi besar dari batu cincin kak ROS….baru senang Tuan Pendia nak cium Tangan ..ha ha ha..

  • Salam Bang Mat…

    Saya copy setengah artikel..

    • matsamankati

      Hang ambik setengah ni bahaya.

      Dulu…ada sorang pompuan baru kawin. dia tak tau lakinya pakai kaki palsu. Bila tiba malam pertama, lakinya bukak kaki palsu…tinggal sebelah saja. Apa lagi….dia pun jerit la keluar bilik.

      “Mak!!! Satu kaki je!!” dia jerit kak mak dia.

      Mak dia senyum je. “Baguih le. ayah kamu enam inci je.!!” ha.ha.

      (kredit kat Chor)

  • chor

    Dalam BN dengan PR bersepah dengan golongan 21st (i). Abg Mat! tolong tulis posting berkaitan 21st (i). Aku nak tulih tak dan. Sebok bakor tungku!

    • matsamankati

      Pakai seterika le.

      • chor

        Bagi mukadimmah sikit pasal 21st ‘i’ – The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn – Alvin Toffler

        selebihnya terpulang kepada MSK. Aku tak reti nak grenbal (grindvalve).

  • Dah betul sangat neh

  • YaBauk

    Salam,

    Apakah sudah lupa tentang perjuangan rockers dalam reformasi? Apakah kemenangan Pakatan Rakyat itu hanya dari titik peluh AJK Cabang? Sebelum pilihanraya, rockers ditatang…tapi bila dah menang…depa ni dikatakan pemangkin maksiat? Hipokrit.

    tang ni memang betui

  • MAT cabang.(Kedah)

    Minggu lepas MAT Cabang ke 7, Aku p…sebab depa pinjam PA System dari cawangan -kalau habak sewa depa bukan nak bayark, Mesyuarat tahun lepas depa nak Sewa PA, siap masuk dalam mesyuarat PRA, bila esoknya nak p pasang depa dah sewa PA SU cawangan UMNO. Bila depa suruh pasang lagu keadilan,depa tanya aku , hangpa pasang lagu umno le..semua terkedu.

    Tahun nie depa panggil Chua jen meng mai rasmi, hebat ketua cabang kata ahli kini sampai 5000 orang, yang hadir cuma 73 orang + wargamas, ibutunggal siap bagi hamper nak nampak bagi ramai, guna dewan pun yng kecil nak nampak bagi penuh.

    Bila tiba MAT berjalan tinggal cuma lebih kurang 40 orang, banyak AJK, Ahli Majlis, MKK yang tak mai…masa ucapan penangguhan…aku cakap…ahli yang hadir tak sampai 1% ape ke jadahnye..jawatankuasa yang ade cuma SYOK SENDIRI…nie akibat kaki bodek dok keliling K.Cabang. itu sebab aku letak jawatan S/U cabang 2009 dan 2010 tak bertanding apa jawatan. Lepastu depa kata aku pelari borang ahli…aku kata Lancau hangpa…satu hari hangpa tau jawapannya….

  • mansor abbas

    bukan kanda mat tapi ayahanda mat….he he he

  • Owh

    ko lupa papar news pro BN bila diorang komen tentang Bob Lokman masuk pas ;)

    • matsamankati

      Umno bukan benchmark aku. Kalau orang umno kutuk Bob Lokman…yang tu kita dah tau perangai depa. Tapi bila orang kita pun buat macam orang umno…kan serupa saja? Kalau kita ni bagus…kita tak buat macam depa.

      Bila orang umno rasuah..kita kutuk depa. Bila orang kita rasuah…kita kata…”Umno lagi teruk”. Maknanya kita pun kaki rasuah…cuma sama ada sikit atau banyak.

  • Asrul Perlis

    Terbaek!!!

    MSK, saya nak RT…

  • Mudim

    So..hangpa tau pasai apa aku kata dua-dua pihak…BN dan Pakatan serupa saja? Pasai tak pakai akai.
    ————————————
    Satu masa dulu Pemuda PR kat Johor tolong mangsa banjir. Kampung tu kuat sokong UMNO dan kebetulan pulak bulan puasa. Sedang orang lain sibuk angkat barang dan selamatkan mangsa banjir, boleh pulak dua tiga ekor budak-budak PKR ni pi isap rokok kat belakang warung.
    Hak yang Cina DAP tu pun tau hormat orang Islam depa tak minum depan kita.

  • pukida sial

    eleh bro setakat nak pertahankan pukida dan awie tu lupa2 kan lah bro. sampah je pukida tu. ,macam musibat

    • matsamankati

      Hangpa pun macam pu*i jugak.

      • pukida sial

        kih kih kih marah pulak bile pukida kena kutuk. baik ko kasi puki mak ko soh awie taram kih kih kih

      • pukida sial

        majoriti orang benci pukida. dan kebanyakan org dalam pr memang anti pukida walau bukan semua. org luar toksah ckp. lu bleh bikin survey kalau lu mau tgok sendiri org melayu suke atau x pekida cibai ni. lu nak bekap pekida sbb lu ahli ke lu atau lu nak bekap awie ke tu lu punye pasal. jadi jgn lak lu marah kalau org kutuk atau maki pukida. demokrasi maaaa kih kih kih…bila org sebut pekida je memang org akan terbayang samseng. ni mase di dun perak ipoh tu sape yg buat kacau. lu tgok sikit

        http://www.youtube.com/watch?v=YgPLp3XeUKo

        • matsamankati

          Betul. Yang buat kacau orang Pekida…tapi yang tolong defend pun ada orang Pekida. Hello brader!! Anwar tu pun Pekida jugak la.

  • Aku sebetuinye yang dipertanggungjawabkan untuk program “Bangkit”. Masa tu aku ingat la Amran yang cadangkan pada aku supaya buat program untuk anak muda sempena, setahun jatuhnye kerajaan PR di Perak. Aku tepon Meor Lantera Jiwa. So paperwork dah disiapkan dan dihantor ke atas…

    Sebetuinye paper kita tu kene reject. salah satu sebabnye budget terlalu tinggi dan disebabkan geng pemuda PAS dah atur program kt Pulan Sabit Merah… (ramai sangat la orang yang datang)Maklumla depa ada suara dalam mesyuarat tu, sedangkan aku cuma anto proposal kat kedai kopi je… apa la sangat.

    • matsamankati

      Biasa le Naz. 7 ribu untuk rockers terlalu tinggi. Tapi kalau 50k untuk Maher Zain..tutup sebelah mata saja. Masa nak buat program di Selangor, depa nak bayar member kita dua ratus sorang..tapi untuk Orkestra Petronas, sanggup bayar 18K.

      • bukan ape abg mat… kekadang malu alah dah dengan meor. malu alah dengan kawan2 kita. buat program camtu bukan bleh jadi kaya pun.lain la wat konsert tuk Umno. Bila kita nk tolon kita jadi batu penghalang kepada orang dalam parti sendiri menaikkan name… F.UK la…

        Abg Mat penah dengor Anti-Politicking Political Party??

  • kgpadangbalang

    bro, tak semua ahli pas atau pemimpin pas cam tu.

    boleh google ishak surin dengan pas cawangan kampung padang balang, apa diorang buat kat markaz tabiah diorang masa awal muharram tahun lepas.

    rahmat haron pun ada bro…..

    http://1.bp.blogspot.com/_snvxpmtrq20/TP2j2Fd5yrI/AAAAAAAAHM0/btXDjsqKXE0/s1600/154749_1731356520776_1144402756_1961213_1103321_n.jpg%2BPIAN%2BHABIB.jpg

    • matsamankati

      Boleh tak kita terima..tak semua ahli umno tu teruk Tak semua ahli Pekida tu samseng?

      • Mat Tam

        Yes… Itu saya setuju…
        Saya berbeza pandangan politik dengan bapak aku… dier kuat UMNO… tp kuat gi masjid… Aku penyokong PR tp masjid aku gi seminggu sekali jer itu pun miss hahaha… AKu cume harap kite ni berenti la kutuk mengutuk antara satu sama lain… Pandangan Politik tak pa berbeza…

  • andey

    Bro MSK, aku setuju 100% per yang ko tulis, kalau masuk pas, pkr adalah hero, org alim dan semuanya yang lunak2, kalaumasuk umno semuanya bodoh, samalah jugak selepas piliharay kecik taupun PRU, yang ngundi pembangkang je bijak yang ngundi BN semuanya bodoh, so camna nak tarik minat orang BN nak sokong depa PAS (yang bodoh2 dan bangang nie, bukan semua eh) dan apa yang menarik MSK tulis kalau depa ada kuasa, heheh tengok apa yang mereka buat kat ganu, projek, balak, ladang sawit ( banyak projek dalam ladang kalau nak tau)etc, sesetengah YB dan JSr mula besar perut dan inilah peluang merebut harta rampasan, dan nak bagi tanah kepada orang2 depa jer dan akhirnya padan muka, orang meluat dan hancus mampus. aku setuju benor seseteangah tu hanya berkhutbah sana sini cakap teangtang agama tapi dalam menghayati dan mengamal,,,,,entahlah, lebih teruk dari UMNO lak rasanya

  • faytleingod

    ~~~sgt bez tajuk nie,klau la smua owg berfikir secara kemanusiaan,bknnya politik smata2~~~

  • Mudim

    Betul ke Mat Sabu pun ade pangkat dalam PEKIDA. Ayahanda lagi? Arwah Pak Mentua aku pun dulu Abang Long PEKIDA. Selepas dia meninggal baru kami anak-beranak tahu. Semasa pengkebumian arwah ramai yang datang, entah siapa-siapa. Kami sekeluarga pun tak kenal. Ahli PEKIDA kot?

  • prioryofjenin

    Ayahnda..
    This is how i think. PR or 3rd force r ok,but joining umno is like being paria, or so yesteryear.so uncool. Baik jgn join apa2.thats upper caste. Umno has to deal with perception 4ever,unless they change ideology.

    We need more musicians onboard. N things r ok in slgr. Persetankan hasan ali.

    • matsamankati

      Everybody knows that joining Umno is not cool. Why we make it hot by overkilling the issue? Pas, Umno, PKR are political parties, why can’t we restrict ourselves to political issues. Ni sampai nak jatuhkan hukuman terhadap akidah orang tu pasai apa?

  • prioryofjenin

    Ill tell the other side of stories later.pakai tab.mcm arem.

  • Mayang Abadi

    aku suka ceghita camni..
    tapi yg aku tak sokong, bila sebut anak muda, ada musik. sebut belia kena buat konsert, sebut remaja kena ada abg rockers..
    tapi tu la nak buat camana, dah kita dididik macam tu dari dulu sampai skrg. la ni asal sebut anak muda, musti ada sebut konsert. ahai. mai tang PAS mmg jadi masalah la, dah yg duk suka kat PAS pun ustaz2 hardcore punya. susah la depa nak terima macam ni. tapi aku percaya, masa depan PAS terpaksa/wajib/harus/sunat terima realiti masyarakat macam ni. nak tak nak kena ikut juga realiti, bak kata Mujahid Yusuf Rawa.

    sampai skrg org panggil aku ustaz rock, tapi aku sendiri taktau rock tu benda apa…berambut panjang ka? dgr lagu rock/metal/hard ka? pakaian sempoi2 ka? pemikiran ka?

    hohohoho.

    • apa lagi bayang yang memungkin kita orang mude selain dari itu… nak tahu juga??? klu bleh program, terasa mcm nk buat…

      • prioryofjenin

        Buatla xgames ka,fesyen show,drift,etc.futsal/football agak yesteryear, tp works well.
        artis yg disebut kt atas tarak crowd,serupa mcm pendekatan pas mencaandu org dgn bob lokman,romzi mana ntah. Depa ni bodo piang ingat bole suap org ikut taste depa je.

        • matsamankati

          That’s for gen Y, bro.

          Masa buat kat Kajang, kita ingat dewan 300 orang akan kosong. Akhirnya tak muat.

          • prioryofjenin

            yg kat kajang tu betoi 300org dtg.. tapi trend tu rasanya dah tak sama i think. recently we tired combining artis yg masuk radio and yg bergerak secara diy or yg leftist.. lebih kurang banyak tu la jugak. succesful? depends how you see la kot.

            also, nampak yg this so-called leftist musicians banyak benda kurang, sampai nak perform gitar pun kena pinjam. pastu payment nak sama banyak dengan the so-called big names. socialism sgt. mana boleh macam tu.

            tapi ayahnda, tak nafikan govt ada tendency nak bayaq murah melampau2 kat these kids. cth masa rapat amk kat shah alam. tanya la sapa involved.

          • matsamankati

            Aaa..yang ni la pasai apa aku kata politicians bukan penggerak perubahan. You see, bila politikus nak buat ssuatu, dia akan fikir political mileage dia dulu. Dia akan cari artis yang dah popular supaya dapat crowd. Leftist musician memang tak boleh nak tarik crowd macam Hujan, tapi depa juga ada followers sendiri.

            Kalau nak kata depa demand, kena fikir jugak la kos yang depa kena tanggung. Hang panggil depa buat show kat Penang, lepas tu nak bayaq depa RM300…come on la duit petrol dengan toll saja pun tak cukup. Bila aku buat kat Ureka dulu..aku bagi duit transport saja kat depa. Lebihnya kot-kot depa dapat dari jual CD depa.

            Masa aku propose buat “Gelora Anak Muda” kat Penang, untuk seluruh show aku cuma minta 7K. Show dari petang sampai malam. It involves at least 10 artists. Mahai sangat ka?

        • Mayang Abadi

          hahaha.. tula. aku pun kurang setuju cara PAS nak tarik anak muda dengan konsert, konsert, konsert. byk mender2 lain boleh buat.

          • Ha ha ha

            Betul tu..aku lebih suka konsep MSK masa kat UREKA..naikan sosio ekonomi anak muda..bila anak muda dah mula gila buat duit ..mereka dah lupa dah pasal rempit ke..dadah ke..dan mereka ini akan membalas jasa tersebut dengan membantu anak muda lain..macam konsep Grameen Bank..ha ha ha.

            Ekonomi kukuh, tabung Jihad penuh…Parti senang..ha ha ha.

            Anyhow…Rock tetap Rock..ha ha ha..

  • mustapha

    Bang Mat,
    ape sajer pertubuhan, wa ima..pertubuhan silat skali pun.. bunyi nyer menakutkan.. ada code code tertentu..salam ada cara, hinggakan beri salam pun ada cara..Itu sebab Gen Y atau Gen X dah tak minat nak join..terlalu fanatik… macam bang Mat kata…”You can come in anytime you like…but you can never leave”. bila kuar siap kena hamput lagi…hehehehe..

  • dawai koko+

    “kite bekap…kite bekap” (baca back-up)

    rockers utk gen x n y, coldplay la..apa barang awie kah kah kah!

    stock2 mus may, bandi amok, jerit2 high pitch, sluar kulit ketat, nie so yesteryear (pinjam wording jenin al juburi hehe…kah kah kah kah!)

    ok seriously, come on la..jiwa melayu nie dia tak kan bleh jadi omputih…rock la macam mana pun…mesti ade lenggok eddie hamid nye.. lenggok bob lokman…cube dengar lagu kempen 1 malaysia 1 pm najib, nd lala nyanyi…

    awie masuk umno? apa nak heran mamat khalid pun umno, tuh democratic right depa, follower depa ramai? yes here and there, tapi bob lukman? alamak….mcm tak cool je kena jadi serbanistas pastuh kondemn org lain..

    pakatan rakyat ni kalau pas n pkr, aku taktau nak paham treatment depa terhadap benda benda so called lagho ni.. u know tantawis n the gang..

    ehehehhehehe..

    pekida plak…. hehehehhehehehe..tak bleh ckp lebeh2 kang kena pow ngan ayah mat kang..heheheheheh

    fakap…!

    • prioryofjenin

      kot-e/dawai koko..
      hg koajaq. macam arem. hahaha.
      bercakap pasla edddie hamid and music melayu kan, aku rasa hang kenai kot ada band budak kemunting nama daily flavoured tunes. depa tu music memang melayu abih ahh, tapi ada class. i wish band melayu ada banyak macamni. baru la dapat memartabatkan seni melayu. takpayah la nak ckp band taiping yg lain, too westernized :) . lagu nd lala mcm p(*&^t. gila jilat pungkoque najib.

      talking about mamat kalid, lagi aku heran. macam mana la western educated balik malaysia boleh join umno. dok sana semua nak equal rights macam natives. sama la dengan geng kelab umno. dok sana dok bercakap pasal minority rights. balik sini ‘hidup melayu’. ada sapa boleh explain?

      kot-e koko (nama hg ada kebauan melayu.. haha), tuh la yg aku cakap kat hang. join la pembangkang. talk to them. let them know. some of them boleh kawtim la. tantawi n hasan ali kita ignore je.

      • dawai koko+

        lagu nd lala tuh dah di tarik balik dr siaran, bik mama nye nama tak sebut bik mama merajuk n ugut nk beli cincin baru.

        aku pun pelik lah western educated ppl balik join umno,
        aku rasa ni faktor cari makan. sistem sedia ada sungguh melayu dan di melayukan (baca umno)

        aku perhati dari jauh ja oposisi malaysia ni (pinjam word bos hang kah kah kah kah). hang boleh kata ignore hasan ali n tantawi tapi tu sekadar nama yang popular dalam menentang kemaksiatan ni tapi hakikat nya pas itu sendiri secara realiti sistem nya anti (baca en-tai) hiburan, nak kena jadi mat nasyid ja payah lah…pkr pulak (parti bos hang..) tak tau la apa cerita, aku rasa kurang lebih if depa dominan dlm pakatan depa akan apply cara umno jugak…kebebasan berkarya tut tut tut..
        dap???? asyik pas pkr ja dap tarak? dap aku rasa sempoi la kot…sekular yeah sekular…u see pertembungan nilai nilai dlm segala mcm aspek kat malaysia ni buat aku kdg kdg rasa even a change of government do occur the existing system should be improvised, nak pi radian keagamaan ala pas sgt pun tak bleh…nak too secular jugak lagik tak bleh…

        bebel pjg tarak guna,
        oh yeh ttg band yang hang sebut tuh, dailyflavouredtunes, bagus depa tuh, cuma dengar nya dah bungkus dah sejak pendita gila “gila”.heheheh.
        khabar yang aku dengar penyanyi nya mau buat projek solo.konsep ala eddie hamid jugak lah.. nama projek tentatively “Tetuan Yusaini Dan Anak Anak”.
        but it all depends whether 2012 “kiamat” atau tidak.

        trials and tribulation of al-jub.backed by jenin. hahah!

  • ha..yang best nye..dok je luar dari BN maupun PR..buleh hentam, boleh sokong..tapi kena ingat bila sampai masanya kena jugak buat perubahan..kalau dok takok lama je alamat mampuih!!!..hehehhe

Sponsors

Premium Wordpress Theme

Sponsors

kategori