Gerakan Anak Muda
Oleh: MSK
Masa aku dalam parti, bila nak buat sesuatu cukup susah. Mula-mula kena cadang dan kena ada penyokong. Lepas tu kena bincang berjam-jam..baru masuk minit mesyuarat. Sebulan lepas tu..kena sahkan minit mesyuarat. Ingatkan dah boleh buat…tapi lepas pengesahan minit mesyuarat, ada pulak yang komplen bila tiba masa “Perkara berbangkit”. Kena ubah lagi.
Akhirnya tiga empat kali mesyuarat, apa pun tak jadi. Tu pasai bila nak buat sesuatu kadang-kadang kena plan tiga empat bulan lebih awal. Tu pun belum tentu boleh jadi.
Tapi bila kerja dengan anak muda yang tak terlibat dengan parti, cukup seronok dan mudah. Cadangan dibuat dengan lontaran idea dalam Facebook. Ada dua tiga orang yang sambut idea tu. Secara otomatik dah ada penyokong. Sapa yang tak setuju, depa buat tak tau dan tak mau masuk campur. Kira ok la..sebab kalau tak mau buat..duduk diam-diam. bukan macam dalam AJK parti, yang tak setuju tu la yang paling banyak buat bising supaya idea tu tidak terlaksana.
Dalam sistem terbuka melalui Facebook ini, idea terlaksana secara dinamik dan pantas. Kalau la sistem terbuka Facebook dapat dimanafaatkan oleh ahli politik, aku rasa ia membawa perubahan yang cukup drastik.
Sekitar 20 Januari lalu, ketika menulis tentang Teluk Rubiah, aku diberitahu bahawa Najib akan turun ke Sitiawan pada 28 Januari. Aku PM kat Otai Manjung..”tak nak sambut Najib ke?” Simple. Tak perlu bagi intro “Yang dihormati Ketua Cabang..Yang berusaha…bla.bla..bla”
Otai jawab.. “jom”. Tak perlu minta laluan dari pengerusi mesyuarat… “saya menyokong cadangan Sdr. Mat Saman”.
Satu idea dilontarkan…satu penyokong diperolehi.
Otai pulak secara sepontan PM kat member-member dia..” Jom sambut Najib.” Tak perlu tunggu minit mesyuarat disahkan.
Secara “live” dia dapat empat lima penyokong. Bukan setakat menyokong tapi terus menyumbang idea macam mana nak buat dan apa yang nak dibuat. Tak perlu taip notis mesyuarat, tak perlu adakan mesyuarat dan menghabiskan kopi O empat lima teko dan tak perlu menghabiskan masa berjam-jam menaip minit mesyuarat.
“Nak buat benda ni..mana nak cari dana?”…itu soalan utama yang pasti keluar dari AJK kalau dalam mesyuarat parti politik. Tapi dalam sistem Facebook, tak ada yang tanya. Sebaliknya..ada orang yang secara sukarela bagi tau..”aku tak boleh turut serta..tapi aku boleh sponsor banner.” Selesai. Kalau dalam politik, ini menjadi satu masalah..tapi diluar lingkungan kepartian..masalah tidak wujud.
Yang bersetuju terus bergerak. Yang tak bersetuju..duduk diam-diam. Tak payah bangkang..tak payah bagi cadangan mengapa idea itu tidak boleh dilaksanakan.
Aku selalu ingat, ahli politik adalah penyelesai masalah…tapi makin lama…aku merasakan depa la punca masalah. Tak ada masalah…depa cipta masalah. Kemudian cari seorang penyelesai. Dan penyelesai masalah ini akan dianggap “pemimpin”.
Hari Sabtu, 28 Januari, aku turun ke Manjung. Tak perlu notis mesyuarat. Tempat?..tak kisah kat mana pun. Kat kedai kopi, kat bawah pokok…kat pusat khidmat…kat pejabat PKR…Pas..DAP. Bukan jadi masalah.
Apa agenda mesyuarat? pun tak ada. Tapi semua orang tau..matlamat berjumpa ialah nak sambut Najib. Tapi bukan nak hantar bunga kat Bik Mama…ataupun nak cium tangan Najib…tapi nak hantar memo bantahan tentang kemusnahan alam sekitar yang berleluasa di Manjung.
Aku tau, akan ada orang yang kata ini kerja bodoh. Najib sepatutnya hadir di majlis yang penuh dengan orang. Orang Umno dah jangka akan bawa 40,000 orang. Seluruh ahli Umno diangkut ke Sitiawan. Pelajar sekolah pun dipaksa turun untuk menyambut Najib. Seluruh polis Manjung dikerahkan bertugas. Tak cukup dengan itu, pasukan Simpanan Khas dan UTK pun mesti ada. Najib sudah pasti dikawal rapi dan macam mana nak bagi memo kepada Najib dalam keadaan orang penuh sesak?
Tapi itulah ideanya…kita nak hantar memo ketika Najib sedang dikerumuni oleh ribuan orang!
So, kita rancang. Siapa yang ditugaskan untuk menghantar memo. Siapa yang ditugaskan untuk merakam peristiwa itu. Dan siapa yang ditugaskan untuk “membuka jalan”.
Memorandum dibuat serta merta. Poster juga dibuat pada masa itu juga. Semuanya berjalan lancar. tak ada Pengerusi Majlis, tak ada Setiausaha…tak ada Bendahari dan tak ada AJK.
Tup-tup…bila tiba saat yang genting..ada masalah. Jalan sesak sebab kebanyakan jalan ditutup. Kena ambil jalan pintas. Orang yang ditugaskan untuk menghantar memo jatuh sakit dan terpaksa berundur. Apa nak buat?
Ini baru masalah. Dalam keadaan bermasaalah, mereka yang oportunis akan lari. Bila keadaan reda dan selamat, merekalah hero. Itu dalam politik. Masa kena sembur air asid..kena pukul dengan belantan..yang bangkit melawan adalah anak muda. Tapi bila pilihanraya, yang menonjolkan diri sebagai pemimpin rakyat yang kononnya berjuang untuk rakyat kebanyakannya orang tua. Yang berebut jawatan dan berebut glamer juga orang tua.
Tapi dalam gerakan rakyat, berbeza. Dalam keadaan tersepit..akan lahir lah seorang pemimpin. Dalam keadaan huru-hara, akan lahir seorang pemimpin yang benar-benar berani dan berpegang kepada prinsip dan matlamatnya.
Pemimpin yang berani tidak memikirkan risiko. tidak mempunyai “fear”. Kalau dia nak turunkan gambar Najib..dia turunkan tanpa memikirkan apa yang akan berlaku kepada dirinya. Kalau dia nak rempuh Najib..dia akan rempuh tanpa memikirkan sama ada dia akan kena cekup atau tidak.
Orang yang berani membuat tindakan tanpa memikirkan risiko adalah anak muda. Orang tua akan memikirkan apa akan jadi kat anak dia kalau dia kena tangkap. Orang tua akan memikirkan apa akan jadi pada keluarganya kalau dia kena cekup. Orang tua akan memikirkan sapa nak jamin dia kalau dia kena tahan.
Perubahan akan berlaku apabila anak muda berani bertindak. Perubahan akan berlaku apabila anak muda bertindak diluar birokrasi kepartian. Anak-anak muda yang menyertai Keadilan dulu adalah mereka yang berani kejalanraya. Tapi apabila mereka dikongkong oleh birokrasi kepartian…mereka jadi tukang escort Anwar.
Anak muda yang menyertai Pas dulu adalah mereka yang berani menjadi benteng kepada serangan FRU, tapi bila mereka dikongkong oleh birokrasi kepartian, mereka hanya menjadi polis moral untuk Tantawi…memprotes konsert.
Aku bukan nak memperbesarkan atau mengagungkan kejayaan Otai Manjung menyerahkan memo bantahan kepada Najib. Aku juga bukan nak menyamakan tindakan Otai Manjung macam Adam Adli. Biarlah kepuasan itu dirasakan oleh mereka yang terlibat. Tapi satu trend yang aku nampak ialah..kebangkitan anak muda.







21 Comments
nampak macam kosong la hang punya tulisan kali ni bro msk, aku baca 2 kali dan cuba faham hang nak kata apa, selalunya aku “pick up” cepat tapi yg aku qhapla.
pasal anak muda aku bole faham tapi hang dah tua macam aku, masa kita muda kita buat cara org muda.
aku selalu fikir hang punya nasib agak malang la sikit dalam bab2 politik ni, selalu hang cerita tentang keburukan dalam hal ehwal “berparti”.aku sejak pertengahan aktif berparti takla teruk sangat.
Tu pasai aku duduk belakang..sebab bagi anak muda yang lead. Aku tau..ini bukan masa aku dah.
Kalau la yang dok dalam parti tu juga rasa macam aku rasa…alangkah baguihnya.
wah. yg ni pedas.
Parti adalah tempat berlonggok manusia yg nak berkuasa dgn modal air liur. Juga tempat berlonggok manusia tua yang tak berjaya dalam hidup atas usaha sendiri. Politik parti dilihat sebagai tempat untuk cover kegagalan mereka. Kalau nak cari orang bengap, join parti!
chor
hang cakap agak kasarla, jangan macam tu, tak baik.
just because hang ada pengalaman kurang baik dgn parti hang dulu macam bro msk, hang main tibai secara total.
Nanti akan ada org kata, ‘alaa,.. takat bagi memo ape kejadahnya’.
Nanti akan ada org kata, ‘hang buat keja bodo jupe najib gitu ada dia nak bg port. Dibakul sampahkan memo tu adalaa..’
Nanti ada juga org kata, ‘aku keja berbincang terus dgn puak kjaan BN utk selamatkan rubiah. Korang buat keja apa bising2 utk puas hati diri sendiri?’.
Dan juga, nanti ada org akan berkata,’hangpa org muda tau mende dgn makna hidup? Anak pun takda lg. Nak pimpin lagu mana?’.
Itulah dia, nanti akan ada org kata,…. ‘tuan msk pun org tua, yg hang nyibuk hal org muda tu pekehal?’.
Maksudnya apa? Maksudnya apa yg kita buat, pasti ada yg tak kena walau bendanya sudah kena….;)
Aku tak boleh nak kata apa. Alasan tipikal AJK Cawangan.
“Nak desak SPR bersihkan daftar pemilih nak buat apa…depa buat tak tau saja.”
“Nak turun BERSIH buat apa? Silap-silap kena katok”
Lebih baik toksah buat apa-apa. Kita tumpu pada pilihanraya saja cukup la.
Tak payah pilihanraya. Kita revolusi terus!
cit! apala hang bro MSK, hang main2 ka kata toksah buat apa2.
yang hang dok main dgn statistik “siang malam” buat apa?
UPU aku ada 3963 pengundi,setakat ni dah hampir 90% siap, ada yg dacing, bulan, condong bulan, mati, pindah, tidak dapat di kesan dll.
kat situ maklumat kan baguih untuk kerja2 pilihanraya.
ps. pasai bulan dan condong bulan, aku rasa aku tak payah explain kat hang kot pasai SSDP ni
Nak tau apa kaderan. Ada ahli minta statistik ssdp utk depa buat keja, tapi nak tau apa jawapan. ‘tak leh. ini rahsia’.
Apa punya tuut la. Apekejadah buat cula, tapi simpan dlm komputa jaa? nak buat kojo pun susah….
hang tau apa tu ssdp?
its a system not data,
data need to be filled(cula),
sepatutnya hang tolong sekali buat cula, go to the ground buat kerja.bila dah selesai baru pakar strategi macam bro msk dan ehemm aku fikir apa nak buat..
kalau org PKR minta aku bagi penampaq sebelah kanan, kalau ahli pas yg muncul bila bubar parlimen minta aku bagi penampaq kiri.kalau bro msk minta terus aku email walaupun aku kena tahan pergi jamban.
Apelah kaderan ni memarah tak usul periksa.
Memanglah telah dibuat cula. Dah cula, masuk ssdp, dah masuk ssdp buatlah statistik. Masalahnya, Statistik itu yg tak diberi kpd ahli utk buat kojo.
Ingat ahli cawangan ingat semua ke rumah sape a, sape b, sape c, d , e, f dan g.
Upu hamba siap buat peta rumah lg. Tapi, yelah, disebabkan pkr tanding, benda tu ada dlm markas. Disimpan, nak tengok, ada tak pkr minta tolong dari kita.
Krn selama ni, kita volunter sendiri tolong…. lepas ni, sorry…..
ceh mana ada aku marah, cara hang tulis mula2 macam hang tak tau minatang apa ssdp, so aku terangla.
jawapam aku pada chor aku salin untuk hang:-
baguihla hang nak tgk pas menang, mungkin tempat hang berlainan kot dgn selangor, di sini majoriti pengerak adalah org bawah 40, yg tua2 mepengerusikan majlis saja.so isu mungkin berlainan sikit.parlimen aku siap ada online cula, tak payah pakai SSDP.hanya untuk ahli2 yg mendaftar dan dikenali saja di beri password.
kepuasan aktivis… bukan kepuasan politikus. umur tidak membataskan usaha.
Jangan terperangkap dengan umur..kalau biasanya seseorang itu berbicara soal kesesuaian umur maka dia telah memenjarakan dirinya sendiri, sedang tuhan melihat manusia itu pada amalnya dan taqwanya!
Typical manusia yang kisah soal umur dengan pembawaannya, ‘remaja-enjoylah,bila tua-bertaubatlah.. taruh kopiah lepak masjid”. Jenis mcm nie lah yang berselerak skrng nie, tiada kekuatan untuk menasihat dan membimbing anak2 muda kerana ada kisah “sisi gelap” di zaman mudanya yang akan ditempelak oleh anak2 muda..kelemahan modal akhlak & moral.Makin ke depan natijah anak muda makin jauh melencong dek kerana kualiti orang2 tua/veteran yang muflis kualitas dirinya.
So apa kau nak heran kaderan..jalan aje lah..!!
rimba
aku keliru samada hang keliru ka aku keliru dengan apa yg hang tulis he..
ceh! walaupun kalau nak di ikutkan aku di kira sebagai wargaemas oleh bank rakyat http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/pelaburanwargaemas TAPI jiwa aku muda macam bro MSK, masih boleh daki gunung kledang.
soal bimbing dan di bimbing hanya tuan puya badan yg tau bro rimba.soal taubat tu kita selalu kena taubat bukan masa dah tua.mati tak kira umur bro rimba
Kaderan,
Aku ada pengalaman berkaitan penyediaan statistik pengundi. Semua data aku ambik dari SSDP. Dah siap aku serah pada PAS. Depa kata “Uihh! lengkap la hang punya statistik! Hang dapat dari mana? Kat SSDP tadak pun!”
He he! pasai tu aku habaq parti ni tempat orang2 bengap. Pasal aku bukan jemaah (ahli PAS), depa tak ambik aku bantu depa berkaitan penyediaan statistik.
P/S: statistik aku depa guna untuk pembentangan kat negeri. Cuma bentang saja tapi kerja grassroot aku tengok tak bergerak pun! Nanti bila kalah mulalah bawak keluar mantiq pelbagai!
chor, baca ni betoi2.
DATA untuk SSDP yg raw satu malaysia tak kira di caw PAS jalan alor bukit bintang kolumpo atau caw kpg baru liman kati kat area bro msk pun ada kalu depa minta kat PAS negeri, infact kalu hang ada kawan dumbno yg sedikit cerdik pun depa bole bagi pasal data tu datang datang SPR, cuma di convert ke microsaft access, takat ni hang faham ka apa aku cakap chor?
yg hang kata statistic tu bole dapat dari pengunaan SSDP,mungkin ahli PAS yg jumpa tak tau guna SSDP kot, yg hang pegi kata depa bengap pasai apa? depa tak belajar tinggi macam hang kot.tak baikla hang ni.
bila hang kata “He he! pasai tu aku habaq parti ni tempat orang2 bengap” aku “piss off” la bro pasai aku “istiqamah” dengan PAS setakat ini, aku harap hang refer pada parti bekas hang jadi ahli macam bro msk.kalau hang sebut semua parti tentu bro msk pun rasa semacam pasai dia skg ni ahli DAP.
yg penting adalah data yg telah di cula yg “mungkin” hang dan kebanyakan bekas dan ahli PKR malas buat..ehem…
Aku nak tengok PAS menang lebih banyak kerusi dalam PRU13. Seperkara aku nak habaq hang, kebanyakan orang kuat UPU PAS yang aku jumpa tak tau berapa lokaliti dalam UPU depa. Tu belum lagi aku tanya peratusan ikut kaum, had umur, berapa pengundi duduk dalam, berapa pengundi duduk luar. Yang paling aku rungsing, 55% pengundi umur 49 below tapi majoriti yg handle parti 50 above. Samada orang muda menjauhi parti/orang tua tak pandai tacle orang muda/orang tua nak kongker parti. Tolong jelaskan bagi aku paham apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Seperkara lagi, acces bagus untuk pengumpulan data tapi untuk kerja semakan statistik ecxel lebih mudah.
baguihla hang nak tgk pas menang, mungkin tempat hang berlainan kot dgn selangor, di sini majoriti pengerak adalah org bawah 40, yg tua2 mepengerusikan majlis saja.so isu mungkin berlainan sikit.parlimen aku siap ada online cula, tak payah pakai SSDP.hanya untuk ahli2 yg mendaftar dan dikenali saja di beri password.