Pakatan mampu tawan N. Sembilan?

July 7, 2011


Demam BERSIH kembali panas. Pertembungan baju merah dengan baju kuning mungkin tidak dapat dielakkan lagi. Malaysia dah jadi macam Siam.

Apa pun, BERSIH kena pergi jugak, dan dalam  masa yang sama, petugas pilihanraya kena terus buat kerja juga. Jangan nanti jadi macam tahun 1999. Lepas teruk kena air asid, kena belantan dan cota, tapi bila pilihanraya kita tewas.

Semalam, Cenangau dah buktikan pengundi hantu yang masih berkeliaran. Itu baru 37 nama….kalau disemak lebih teliti, macam-macam lagi hantu yang akan keluar. Sekarang ini, kita masih lagi belum mengesan anggota polis dan tentera yang mempunyai Mykad dan Kad polis atau tentera. Tang situ saja nanti entah berapa ribu.

Sapa-sapa yang ada data pengundi, tolong merge Pengundi Nibong Tebal dengan Parit Buntar. Banyak sangat nama yang sama. Pelik…macam la tak ada nama lain.

Anyway, kali ini aku upload keputusan pilihanraya 2008 DUN Negeri Sembilan.  Boleh download kat sini.

Negeri Sembilan macam Sibu 2010. Nak menang PRU 13 perlu ada kelebihan yang tinggi berbanding PRU 2008. Kalau setakat mengharapkan perubahan pertambahan 5% undi, tak cukup. Ia tak akan membawa apa-apa perubahan.

Kedudukan sekarang, BN: 21, PR:15.

Sekiranya berlaku pertambahan sebanyak 5%, keadaan tak berubah. Kalau berlaku pertambahan 10%, barulah Pakatan mendapat pertambahan 7 kerusi menjadikan 22-14. Itu pun kalau pertambahan berlaku pada kerusi-kerusi, Lenggeng, Klawang, Labu,Linggi, Pilah, Chennah dan Johol.

Ini bukan mustahil. Malah boleh berlaku sekiranya Pakatan mempunyai strategi yang tepat.

Sekiranya ini berlaku, maka DAP akan mendapat 11 kerusi, PKR-7 dan Pas-4.. Tapi ini hanya atas kertas…belum dikira persepsi terkini.  dan belum juga dikira apakah yang akan berlaku dari sekarang hingga pilihanraya nanti. Semasa PRU 2008, tak ada siapa yang dapat menyangka bahawa Pakatan akan dapat 5 negeri…kerana perubahan besar hanya berlaku beberapa hari sebelum mengundi.

Lepas ni aku nak rehat sikit daripada bercakap tentang data pilihanraya. Selepas BERSIH, kita sambung balik tentang apa yang perlu dilakukan.