John Soh: Orang nombor 2 PKR

February 16, 2012


Ini adalah bahagian kedua. Bahagian pertama adalah mengenai Siapa Datuk John Soh. Kali ini kita akan mengetahui apa kaitan John Soh dengan PKR.

Selepas meraikan kemenangan March 2008, dimana buat pertamakalinya sejak Mei 1969 pembangkang berjaya dalam pilihanraya dan memungkinkan terciptanya sistem dua parti di Malaysia, terdapat keperluan untuk merancang bagaimana untuk memerintah.

Seperti apa yang pernah ditekankan oleh John Soh yang perlu difahami oleh pembangkang: Tak susah untuk menang..tapi susah untuk memerintah. Kemenangan adalah permulaan kepada masalah…bukan penyelesaian. Masalah kita bermula selepas kita menang sebab mengurus kerajaan adalah lebih susah dari mendapat kemenangan.

John Soh sedar bahawa perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendapatkan satu bangunan untuk PKR dan dilengkapi supaya ia dapat befungsi sebagai pusat operasi, bukan saja untuk PKR malah untuk Pakatan Rakyat juga. Pakatan Rakyat sebenarnya hanya mempunayi masa selama 4-5 tahun, satu jangka masa yang boleh dikatakan pendek untuk melakukan apa yang patut untuk menjadi satu kerajaan pusat yang kredibel dan berdaya tahan.

Apa yang tidak diketahui oleh ramai orang, kecuali mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim, John Soh bukan saja menyediakan keperluan kewangan kepada PKR. dia juga merupakan pakar strategi yang fokus tentang bagaimana hendak memenangi Putrajaya dalam pilihanraya akan datang. walaubagaimanapun, untuk melakukan ini, kita perlu menunjukkan bahawa kita tahu bagaimana hendak memerintah. Ini saja yang dapat meyakinkan rakyat.

Tidak ada jalan pintas untuk ke Putrajaya. Ia penuh dengan liku-liku dalam 4-5 tahun yang kan datang. Dan perjalanan itu bermula hari ini tetapi jalan tersebut bukan saja berliku, tapi penuh ranjau dan duri. dan apabila baru saja mau bermula, John Soh dan Anwar tidak dapat bersetuju dalam banyak isu.

John Soh sentiasa mengingatkan Anwar bahawa sentimen dan emosi tidak seharusnya menghalang agenda besar untuk menubuhkan kerajaan pusat. tapi amaran itu tidak dapat diterima oleh Anwar. Anwar merasakan bahawa John Soh cuba untuk  menguasai dirinya hanya kerana PKR bergantung kepada kewangan John Soh untuk mencapai impian ke Putrajaya.

Diperingkat awal, John Soh berhujah betapa perlunya menyediakan generasi kepimpinan yang baru, memandangkan mereka yang menang dalam PRU 12 dulu  tidak mempunyai kualiti. Malah Anwar sendiri mengaku secara terbuka bahawa mereka yang menang dalam PRU 2008 sebenarnya tidak mengharap kemenangan dan adalah satu kesilapan untuk meletakkan mereka sebagai calon.

Walaupun begitu, Anwar tidak bertindak dalam perkara ini. Malah apabila kes Elizabeth Wong tercetus dan John Soh mahukan sesuatu dilakukan. John Soh memberitahu Anwar bahawa kes Elizabeth Wong adalah lebih serius dari yang disangkakan dan adalah lebih baik isu ini dipadamkan sebelum ianya menghantui parti kemudian nanti.

Anwar tidak bersetuju dan merasakan bahawa John Soh terlalu emosional dan memberitahu bahawa perkara ini akan selesai bila tiba masanya. John Soh memberitahu Anwar bahawa bertindak awal adalah elbih baik daripada memperbetulkan kesilapan tetapi dia gagal  untuk memastikan Anwar bertindak.

Satu lagi fokus John Soh ialah kawasan Melayu. John Soh menegaskan bahawa adalah mustahil untuk memenangi pilihanraya kecuali sesuatu parti itu mendapat sokongan kaum Melayu. Adalah penting, sekiranya Anwar menumpukan kawasan Melayu. Ini juga tidak dipersetujui oleh Anwar kerana dia lebih suka memberikan tumpuan kepada penonton diluar negara daripada menghabiskan masa diluar bandar.

Keadaan semakin jelas dimana sejak awal lagi, John Soh dan Anwar mempunyai konflik dalam menghadapi masalah dan perbezaan keutamaan. John Soh memilih untuk “bertindak lebih awal”..manakala Anwar lebih suka “tunggu sampai ianya berlaku”.

Sebenarnya, perbalahan diantara Anwar dan John Soh bermula lebih awal lagi dan hanya memuncak lama kemudian. Perbalahan pertama bermula apabila Anwar mengumumkan pelan 16 September.

16 September sepatutnya hari dimana Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Untuk melakukan ini, Anwar perlu memujuk sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan.

Untuk mendapatkan 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat bukanlah satu perkara yang susah. apa yang diperlukan ialah duit. Dengan lebih tepat..RM300 juta diperlukan untuk membayar RM10 juta seorang kepada Ahli Parlimen BN untuk melompat. Masalahnya..selepas RM300 juta dibayar, yang mana perlu dibayar lebih awal, apakah yang boleh memastikan bahawa Umno tidak akan menawarkanRM15 juta untuk membeli mereka balik?

Diakhirnya: Pakatan membayar setiap AP BN sebanyak RM10 juta seorang dan Umno pula akan meningkatkan tawaran sebanyak RM15 juta. Ahli PArlimen ini akan menerima RM25 juta dan mereka akhirnya tetap bersama BN. Kalau mereka boleh dibeli, maka tidak mustahil mereka juga boleh dibeli balik dengan harga yang tinggi. dan mereka akan menerima tawaran yang lebih tinggi tanpa memulangkan RM10 juta yang telah diberikan diperingkat awal.

Hujah John Soh ialah dia terpaksa menanggung RM300 juta itu. Sekiranya berjalan lancar, tak ada masalah. Tapi bagaimana kalau ia gagal seperti yang berlaku di Perak, dan Umno menawarkan harga yang lebih tinggi kepada ahli Parlimen ini? RM300 juta akan hanyut kedalam longkang.

John Soh tidak bersetuju untuk membiayai RM300 juta kecuali anwar boleh menjanjikan kejayaan. Tapi macam mana anwar boleh menjamin kejayaan? Bagi 30 ahli Parlimen yang sedia menjual diri ini..kalau mereka boleh menjualkan diri mereka kepda Pakatan…mereka juga boleh menjual diri mereka kepada BN.

John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan impian untuk ke Putrajaya pada 16 September pun berkecai. Dan ini juga bermakna Anwar terpaksa berhadapan dengan tuduhan liwat 2. Hanya satu cara untuk Anwar menghindari tuduhan liwat 2 ialah dengan menjadi Perdana  Menteri, yang mana tidak akan berlaku buat masa ini.

Berminggu lamanya Anwar tidak mahu bercakap dengan John Soh. Anwar meletakkan kegagaln 16 September kepada John Soh. Apabila mereka akhirnya berjumpa, Anwar dan John Soh bertegang urat. Apabila Anwar mengatakan John Soh patut dipersalahkan diatas kegagalan 16 September, John Soh menjawab, “Kalau awak begitu yakin ia akan berjaya..mengapa tak pakai duit sendiri? Bawa balik la berbillion duit yang awak simpan diluar negri tu dan bayar RM300 juta dengan duit sendiri!”

Boleh dikatakan, ini adalah bermulanya kegagalan hubungan Anwar dan John Soh. Dengan sekali jawapan tersebut, John Soh menghancurkan apa saja kemungkinan untuk bersama. Mulai saat tersebut, hubungan Anwar dan John Soh mulai meruncing dan mereka boleh dikatakan tidak bersetuju dalam semua perkara. Anwar tidak memaafkan John Soh diatas kegagaln 16 September.

Satu lepas satu, isu-isu berbangkit yang merenggangkan lagi hubungan mereka. John Soh mahukan reform didalam PKR tetapi pelannya untuk melakukan reformasi dibalas dengan tentangan. Ketika itu, John Soh sedar tentang pengaruh Azmin Ali terhadap Anwar. Kalau John Soh mahukan Anwar bersetuju terhadap apa-apa jua perkara, dia perlu memastikan Azmin bersetuju terlebih dahulu. Hanya dengan cara itu dia boleh memastikan Anwar bersetju dengan cadanganya.

Majlis Tertinggi PKR hanyalah boneka kerana Anwar sering merujuk kepada mafia-mafia Umno yang menjadi rakannya tentang bagaimana mengurus parti. Apa yang paling menyakitkan hati John Soh ialah struktur parti dalam parti dimana didalam lingkungan pemegang jawatan dalam parti, muncul pula satu lagi kumpulan semua Melayu yang dianggotai oleh bekas-bekas umno. Malah kumpulan kedua bekas-bekas Umno ini mengadakan mesyuarat yang berasingan selepas mesyuarat utama.

Apabila Zaid Ibrahim menyertai parti, John Soh dengan serta merta merasakan terdapat peluang untuk melakukan reform yang sangat-sangat diperlukan dalam PKR yang akan diketuai oleh Zaid. John Soh melihat peluang ini ketika krisis Jeffrey Kitingan dan meminta Zaid untuk membantu meredakan keadaan. John kemudiannya membantu mempopularkan Zaid di Sabah dan Sarawak.

John Soh tersangat marah apabila Anwar membuat U-turn dan menolak Pelan Damai Sabah walaupun bersetuju pada awalnya. John Soh bekerja kuat untuk pelan damai ini dan marah apabila mendapati bahawa orang yang menghancurkan pelan damai ini ialah Azmin Ali.

Dalam kejadian lain, John Soh menyokong Zaid dalam percubaan untuk jawatan Timbalan Presiden dan merasa jijik apabila melihat penipuan yang berlaku. Dengan menggunakan perkataannya sendiri, ” Saya tak fikir Anwar dan Azmin boleh bertindak sekotor ini.” Ia menyebabkan keadaan menjadi bertambah teruk

Apabila keadsan sudah tidak dapat diperbaiki lagi, John Soh dan Anwar berpisah. Punca perpisahan mereka ialah Pilihanraya Negeri Sarawak hampir setahun yang lalu.

Ibupejabat PKR sebenarnya dimiliki oleh John Soh dan PKR hanyalah menumpang secara percuma. Sebelum itu, sejak 1999, PKR menumpang bangunan yang dimiliki oleh Datuk Ravi di Phileo Damansara juga secara percuma. (Kebetulan, Datuk Ravi adalah penama kepada Samy Vellu).

PKR menafikan ini. Saifuddin Nasution, Setiausaha agung PKR memberitahu media bahawa PKR membayar sewa. Tetapi saifuddin sendiri tidak tahu siapa pemilik bangunan tersebut dan berapa sewa yang dibayar.

Bendahari PKR, William Leong, enggan memberi komen PKR menyewa dari siapa. William Leong menabah bahawa PKR menyewa dengan bayaran RM20,000 sebulan dan sewa dibayar dengan tepat. Walaubagaimanapun, laporan menyebut bahawa PKR tidak pernah membayar sewa sejak november 2008, yang menyebabkan tunggakan berjumlah RM600,000.

Kalau ini benar, maka jumlah sewa yang tidak dibayar sejak mula mungkin mencecah RM1 juta.

Terdapat spekulasi yang menyebut bahawa John Soh mungkin akan menuntut jumlah sewa yang berjumlah RM1 juta ringgit itu. Dia telah membelanjakan diantara RM20-30 juta untuk membiayai Anwar. dan kemudian PKR sejak 1998. Sama ada Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dan Anwar menjadi Perdana Menteri…ataupun semua duit tersbut akan hanyut kedalam longkang, bukan lah tugas kita menentukannya.

Anwar perlu mencari sekurang-kurangnya RM600 juta (berbanding BN RM1.5 billion) untuk pilihanraya akan datang kalau benar-benar mahu menyaksikan pertukaran pemerintah. Kalau tidak, kita akan melihat Barisan Nasional terus memegang kuasa untuk jangkawaktu yang lama. adakah Anwar akan bersatu kembali dengan John Soh…ataupun perpisahan ini muktamad?

Pas dan DAP tak ada masalah. Mereka boleh menggerakkan jentera dengan belanja yang minima. Malah, mereka telahpun membuktikannya sejak lebih setengah abad yang lalu. Tetapi PKR tak boleh. PKr memrlukan duit untuk menggerakkan jentera pilihanraya (pada dasarnya, budaya Umno). Tanpa RM600 juta, PKR tenggelam dan Pas dan DAP akan muncul sebagai taiko dalam PRU akan datang denagn jumlah kerusi yang tinggi. PKR akan menjadi parti yang terkecil didalam Pakatan Rakyat dan kemungkinan tidak layak untuk menuntut jawatan Ketua Pembangkang. Perdana Menteri jauh sekali.

Diakhirnya, Melayu bermain politik…tapi tidaka kan dapat bergerak tanpa duit Cina. Seperti yang saya katakan, lihatlah siapa orang Cina dibelakang setiap ahli politik Melayu. Dua-dua pihak sama saja. Itulah kisah hidup Umno, Semangat 46 dan sekarang PKR. Nasib baik PAs mempunyai ahli-ahli yang berjuang untuk Islam dan bersedia melakukan kerja-kerja Tuhan secara percuma.Dengan nama allah..mereka tidak memerlukan duit. Malah, penyokongnya pula memberikan duit..sesuatu yang PKR hanya berharap tapi tidak berlaku.

Soalan yang bernila 100 juta sekarang ialah: Apakah kaki PKR sudah terpotong? Jawapan kepada soalan tersebut akan terbongkar sekitar waktu makan malam pada hari Mengundi PRU 13 nanti. Bersedialah. Warna biru PKR mungkin bertukar kepada biru BN.

(Terjemahan bebas MSK dari artikel asal EPISODE 8: The man behind PKR (Part 2) di Malaysia Today)